"Masuklah tunggu apa lagi !" Arah Tariq dengan nada keras.
Manis terpaku memandang tiang-tiang yang gah dihadapannya, kaki nya juga menjadi kaku. Bayangan rumah yang dahulu nya menjadi neraka kembali menghantui dirinya.
Terduduk Manis di hadapan pintu.
"Oii oii oiii....."Tariq dengan pantas menyambut Manis dari terjatuh.
'Sejuk' Detik Hati Tariq
Saat memegang tangan Manis.
Air mata hangat keluar berlinangan di pipi Manis namun riak wajah Manis tetap sama seperti tidak berperasaan. Mata nya tidak lepas memandang memandang pintu yang gah dihadapannya.
Tariq melihat pintu tersebut lalu menoleh ke arah Manis yang didakapnya.
Tariq menutup mata Manis menggunakan tanganya lalu memimpin Manis masuk ke dalam Rumah Utama.
Cik Enab dan Tokek memandang antara satu sama lain.
Manis kelihatan sangat takut dan lemah berbaring di bilik yang disediakan Tok Ayah.
"Manis tidur dulu ye nanti Cik Enab datang bawak makanan.."Cik Enab mengusap kepala Manis dan
Tariq keluar dari rumah utama menuju ke keretanya...lalu diberbalik memandang pintu...
Hatinya menjadi tidak senang apabila melihat Manis yang begitu takut apabila memandang pintu runah Utama.
"Apa sebenarnya dia nampak ?" Detik hati Tariq .
'biarlah..."Tariq menghidupkan enjin kereta dan meluncur laju keluar dari rumah utama. Dia tidak ingin berlama lama, kerana mungkin akan terserempak dengan Tok Ayah. Cukup hari ini dia menghabiskan masanya memandang sosok yabg benar benar membuat hatinya berdarah.
--------------------------------------------------------
Di rumah Tuan Borhan.
Suasana tidak pernah aman sekarang bertambah membara. Ketibaan Harum dari luar negara memecahkan tembelang Mak Yam yang mengatakan Manis berada di kampung orang asli.
"Ehhh Yam kau cakap betul betul dengan aku mana Manis!!!" Mak Alang meninggikan suara.
"Aku aku..." Mak Yam cuba menjawab tapi tergagap gagap.
"Harum dah cari merata mak !!! Semua orang kampung pun tak nampak mana Manis sejak dua menjak ni .. Mak baik cakap mak!" Harum naik angin. Walaupun kelihatan seperti anak durhaka tetapi demi keselamatan Manis dia sanggup.
Baru saja Mak Alang ingin bertanya lebih lanjut tiba tiba sebuah kereta membunyikan hon di hadapan rumah Tuan Borhan.
Tuan Kok dan anak anak buahnya turun.
"Heii Yam!!! Aku nak duit aku balik !!!" Jerit Tuan Kok sambil mengacukan parang dihadapan pintu rumah Tuan Borhan.
"Mak pinjam Ahlong ke ?" Bengis wajah Harum bertanya kepada Mak Yam.
"Ehh tak tak...Ehh apa kau nak hah ! Bukan semua dah aku dah selesaikan ke !" Jawab Mak Yam dengan lantang.
"Aku nak duit aku balik!! Perempuan yang you jual dah lari!! Sekarang aku nak balik duit aku !!"Tuan Kok berang.
"Apasal pulak.."belum sempat Mak Yam menghabiskan kata satu tamparan melayang tepat di pipi Mak Yam.
Mak Yam jatuh terduduk.
"Mak!"Cempaka menjerit.
"Kau jual Manis..?"Mak Alang memegang keras pipi Mak Yam.
"Alang sakit lang..."Mak Yam merintih.
Harum terduduk disofa..
"Allahurabbi..."Harum menangis
"Makk ...mak kenapa mak jual Manis mak...apa tak cukup mak dera dia selama ni...Tu Manis Mak...darah daging mak jugak..."Harum teresak esak menangis..
"Heii lu ingat aku ade masa ke nak layan drama family you ni !! Bagi balik duit aku!!"Tuan Kok menarik tangan Mak Yam dan ingin mengacu parang ke Mak Yam.
ANDA SEDANG MEMBACA
Maneh.
Roman d'amour"Tanah ..Rumah !harta ni semua milik manis ...Korang tak de hak satu sen pun atas harta Tuan Tanah Borhan ..segala aset Tuan Borhan ..Manis adalah pemilik yang sah ..!"Pak Alang tidak lagi dapat menahan sabar ... "Manis tu cacat !!Dia tak layak pun...
