Maneh

259 19 4
                                    

Imran bagai nak gila ..dia tak mahu menerima kenyataan yang Manis merupakan adik susuanya.

Imran tekad untuk lari bersama Manis.

Imran membuka pintu bilik Manis dengan kunci pendua miliknya.

"A...bangg..sakit ke.."Manis menyentuh lebam dibibir Imran.

"Ha ah sa..kit...ma..nis ..jom ikut abang ..!"Imran bangun dan menarik tangan Manis.

"Arghh a..bang sakitt...tangan Maneh sakit...lepass..lepas!!"Manis meronta ronta minta dilepaskan kerana sakit tanganya digemgam Imran.

Harum kebetulan lalu dibilik Manis terdengar jeritan Manis.
Tanpa membuang masa Harum menendang pintu bilik Manis.

"Imrannnnnn...lepaskan Manis.."Harum berkata dalam nada yang perlahan.

"Harum. Jangan masuk campur Harum!!! Aku cuma nak Manis ! "Imran memeluk Manis dengan erat.

"Baik...jadi kau rela tengok Manis sakit ..?"Harum cuba menenangkan Imran.

Cempaka dan Mak Yam hanya memandang mereka dipintu bilik Manis.

"Hah?!! Sakit!?"Imran terus memandang Manis.

Manis terkulai dipelukan Imran .

"Manis !!! Bangun Manis !!!" Imran mendukung Manis

"Bawak dia pergi hospital ! Now!!!" Harum memberi arahan pantas.

Sampai di hospital.

"Cik Harum ..kan dah saya pesan ..jangan letakkan Manis dalam keadaan stress ... Manis bukan macam kita yang boleh mengawal stress..."Dr Anita memberi amaran panjang kepada  Harum dan juga Imran yang berada disebelahnya.

Setelah berjumpa dengan doktor, Harum dan Imran duduk di ruang menunggu .

"Kau dengarkan apa yang doktor cakap.....kau kata kau sayang Manis tapi kau sendiri yang hantar dia kesini... Imran ..kau sedarkan ..aku dah tak nak benda ni jadi lagi ...pergilah Imran ..kau carilah orang yang betul betul boleh kau sayang ..orang tu bukan Manis ....lepaskan Manis.."Harum menarik nafas panjang.

Imran terdiam seketika.

"Harum...kenapa mesti Manis ...kenapa aku ??..."Imran menangis teresak esak.

"Bila Manis sedar nanti...aku akan pergi...tolong Harum..kali ni je ... Lepas ni aku akan balik ...tapi bila semua dah reda.."Imran meminta peluang untuk menjaga Manis sepanjang Manis berada dihospital.

Malam.

Manis telah sedar dan sedang makan malam dengan lahapnya.

"Heii sayang...slow slow..tak de siapa yang nak ambik makanan awak.." Imran mengusap rambut Manis.

"Manis...abang minta maaf tau ..tadi buat Manis takut..abang janji abang tak buat lagi ...lepas ni Manis kene duduk dengan Mak Yam dengan kak Harum dengan Cempaka elok elok tau .."Imran menyuap nugget ke mulut Manis.

"Habis..tuu...a..bang...meerann nak pergi mana? Pergi keje eihh?..."Manis membuat muka polos .

"Ha ah ...bos abang dah suruh datang kerja ..."Imran tergelak kecil .

"Okeyy...Ma..niss janji Manis duduk elok elok dengan Mak Yam dengan kak Harum dengan Cempaka "Manis membuat pinky promise dengan Imran.

Setelah pulang dari Hospital.
Seperti yang dijanji kan..imran pergi balik ke bandar.

Mak Yam menangis lalu berkata"eihhh kalau tak sebab kau sundal !! Anak aku tak tinggalkan aku lagilah!!"

Mak Yam masuk ke rumah dan menuju ke bilik.

Harum memeluk Manis...

"Manis....akak esok..kene balik tau..nanti akak balik sini balik tapi kali ni lama sikit tau ...nanti apa apa Manis cakap dengan tok ujang ..nanti tok ujang bagitau akak ..okey ?"Harum akan pergi ke luar negara atas urusan kerja dan mungkin akan mengambil masa 2ke 3 minggu ...dia risau akan keadaan Manis . Kot kotlah mak nya buat apa apa kepada Manis...

"Tak apa...nanti Manis..lari lari jumpa tok ujang..."Manis senyum dengan lebar .

Keesokan harinya, Harum pergi . Manis menemaninya ke muka pintu.

"Mak ... Jangan buat yang bukan bukan ..kalau Harum tahu...siap eihhh..ni Harum pergi lama sikit ..duit belanja tu belanja elok elok ... Jangan boros ..jangan membazir ..kalau Manis nak apa-apa bagi je ..." Panjang lebar Harum memberi pesan.

"Eihhh kak nanti terlepas flight kang ..panjang sangat amanat nya.." Cempaka berseloroh...

"Dah dah...mak tahu lah nak buat apa ..kau tu pergi elok elok...kat rumah ni jangan risau dah pergi" Mak Yam mendorong Harum masuk ke kereta.

Mereka melambai Harum lalu masuk ke rumah ..
Tinggal Manis yang masih melambai ..

Harum didalam kereta memerhatikan Manis ...entah kenapa hatinya rasa teramat berat untuk pergi ..mungkin perjalanan kali ini terlalu lama ...
Harum membalas lambaian Manis ...

Manis kembali masuk ke rumah. Dia melihat Mak Yam sedang mendial telefon.

"Madammm you nak datang rumah i tak hahahaha hari ni kita boleh main sampai pagi ..anak anak i dah balik " Mak Yam berkata di telefon.

"Haiiiyaaa boleh boleh nanti ajak semua datang hahaha hari ni i nak menang macam hari tu ...wahhh tuan Kuok datang ke ...hahahaha boleh boleh ... "Mak Yam teruja ..matanya bersinar-sinar ..

Habis sahaja membuat panggilan telefon dia memanggil Manis.

"Manis hari ni kawan kawan aku nak datang pergi ambik meja yang aku baru beli tu ...."Mak Yam mengerah tenaga Manis untuk membersihkan rumah dan membuat hidangan.

Tak lama kemudian Cempaka yang baru keluar dari bilik ....

"Mak !!!! Cempaka nak keluar !! Ehhh meja ape ni ?"Cempaka terkejut melihat ruangan rumahnya yang telah bertukar menjadi ruangan ...seperti ruangan berjudi..

" Mak!!! Apa ni !!!?? Mak nak bawak madam Yong main mahjung kat rumah ke ?" Cempak bertanya dengan nada yang tinggi .

"Halahh kau nak keluar pun kan dah pergilah ..."Mak Yam menjawab dengan acuh tak acuh sahaja sambil membaca majalah di hadapan televisyen.

" Hari tu dah menang tak sampai 10 ribu ...tapi kalah...sampai 70 ribu!!! Mak tak serik ke? Haihhh baik duit tu bagi Cempaka lagi bagus.."Cempaka mula geram dengan hobi baru Maknya itu...

"Ehhh tak cukup ke duit yang aku bagi kau selama ni...dah pergi sana !! Kejap lagi diorang nak datang ..dengar kau bising bising...habis diorang balik.."Mak Yam menghalau Cempaka keluar.

Tak lama selepas Cempaka keluar .
Beberapa buah kereta mewah memasuki ruangan rumah Tuan Borhan.

"Helloo Puan Mariammm!!!"Tuan Kuok menyapa Mak Yam.

Mak  Yam mak Yam haihhhh habis semua harta Manis dikikisnya...sekarang berjudi pula ...
Hahahahaha yang tulis pun sakit hati ni ...😂
Yang baca ade nak komen ?

Maneh.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang