"Kau gila ke !!!"Harum menarik kolar baju Melayu Imran lalu dilayangkan satu lagi tumbukan .
Imran jatuh sekali lagi..tumbukan kali ini lebih kuat ... Sakitnya bukan kepalang.
Harum keluar sambil menarik Manis .
"Balik sekarang !!!" Harum sudah naik hantu . Dia membawa Manis naik ke keretanya lalu pergi.
"Maaf tok...saya pergi dulu.."Imran meminta diri.
"Hah yelahh ..selesaikanlah elok elok yaa" tok kadi nya terkejut begitu juga dengan 2 orang saksi yang lain.
Sampai di rumah .
Imran baru sahaja keluar dari kereta.
Satu tumbukan dilayangkan oleh Harum.
"Hahhh kau gila ke !!! Dia adik kauuu!!!Kau abang dia !!! Kau tak boleh kahwin dengan dia lah setan!!! Bukan kau tak tahu !! Kau tak pikir halal haram ke hah !!!"Harum bagai baik gila membantai Imran menggunakan batang penyapu.
"Aku sayang dia kak !!! Aku tak nak jadi abang dia !!!" Kata imran sambil menutup mukanya dari terkena sebatan Harum.
Harum berhenti .
" Imran...kau tahukan hubungan kau dengan dia ...kenapa kau nak menidakkan benda tu ....kau ingat aku suka ke bantai kau hahh...sedarlah Imran ..kau tak boleh sayangkan Manis lebih dari sorang adik..." Harum duduk kelelahan.
"Arghhhh ni semua salah kau Mak ..kalau kau tak buat dulu !!! Aku dengan Manis ..kami dah boleh bersama !!! Aku benci kau Makk!!"Imran ingin menyerang Mak Yam tapi dihalang oleh Harum.
Imbau kembali 20 tahun yang lalu.
Sewaktu Imran baru saja dilahirkan.
"Kak Yam !!! "Rohana memanggil Mak Yam.
"Apa kau nak !!! Cepatlah cakap ! Aku nak keluar ni ..."Mak Yam menepek bedak dimukanya dan bersiap untuk keluar.
"Yam kau nak pergi mana !!"Suami Mak Yam iaitu Megat Hasyim.
"Tu anak kau aku dah keluarkan ..sekarang aku nak keluar dari sini.. penat aku hadap muka kau ..dan bila aku balik nanti..aku tak nak tengok muka kau dekat rumah adik aku lagi... Aku tak nak hidup dengan orang miskin macam kau lagi ..hidup pun kene menunpangkan rumah adik aku !.. hah Rohana ...kau pandai pandai lah bagi dia makan ..dulu aku nak gugurkan kau beria ria tak bagi..anggaplahh ni ganti kepada anak kau yang dah mati tu..hah aku tak balik seminggu dua ni ...kalau kau berani berani bagitau Borhan ...siap kau !!!"Mak Yam memberi amaran.
"Akak...sampai hati akak langsung tak nak pandang imran ni ..kesian dia kak "Rohana memujuk.
"Biarlah dia ..kalau kau malas nak jaga ..kau bagi je dia kat bapak dia..kalau bapak dia taknak ..kau buang je kat mana mana...aku tak kisah...dah aku pergi dulu.." Mak yam keluar dan masuk ke dalam kereta yang sudah sedia ada menunggunya.
Sejak dari itu Imran dijaga dan disusukan oleh Ibu Rohana yang kebetulan baru sahaja kehilangan anak akibat keguguran.
Setelah setahun, Manis pun lahir .
Akhirnya, Manis dan Imran sah menjadi adik beradik susuan.
Imran memang sayangkan Manis dan pernah menyatakan hasrat untuk menikahi Manis pada usianya 15 tahun.Setelah diberitahi tentang hubungannya dengan Manis . Imran tidak dapat menerima kenyataan . Lalu dia meminta untuk Ayah Borhan menghantarnya belajar di asrama .
Setelah itu, Imran tidak lagi pulang kerumah.
"Mak....kalau kau tak tinggalkan aku dulu ...aku tak kan buat sampai macam ni...sampai hati kau mak ..."Imran menangis lalu bangun menuju ke bilik.
Mak Yam menangis teresak esak..
Lalu dia berbisik didalam hati..
"Ni semua salah kau Rohana!!! Kalau tak susu kan anak aku!! Dia tak akan benci aku sampai macam ni sekali ...keturunan kau memang bawak sial!!"Mak Yam mengengam tangannya ,sakit sungguh yang dia rasakan sekarang..
"Tunggu kau manis...."bisik hati Mak Yam .

ANDA SEDANG MEMBACA
Maneh.
Любовные романы"Tanah ..Rumah !harta ni semua milik manis ...Korang tak de hak satu sen pun atas harta Tuan Tanah Borhan ..segala aset Tuan Borhan ..Manis adalah pemilik yang sah ..!"Pak Alang tidak lagi dapat menahan sabar ... "Manis tu cacat !!Dia tak layak pun...