PVSP 02

1.1K 75 2
                                    

"You... you rindu I tak? I rindu you..." kata Jessica dengan gedik kepada Arie.

"Of course I rindu baby I, ni," hidung Jessica dicuit oleh Arie.

Jessica ketawa gedik.

Princess yang melihatnya sudah berbulu mata. Bukannya mereka mahu lihat pun. Cumanya, mereka terpaksa rehat sekali kerana ada perjumpaan selepas ini.

"You... sorry lah kalau I busy sikit kebelakangan ni, banyak kerja," jawab Iqbal.

"Takpe, sayang... I faham you busy..." jawab Charline sambil tersenyum menggoda.

Rasa macam mahu memuntahkan kembali makanan yang dimakan. Tak sanggup tengok pasangan gatal depan ni.

"You... buka mulut, I suap you..." Alice menyuakan sudu berisi nasi goreng kepada Qarl.

"Okay, baby," Qarl hanya menurut sahaja.

Adegan suap-menyuap? Ee, geli sis ! Rasa macam nak hempuk je diorang ni. Spesies ulat bulu betul.

"You, I sayang you tau," rengek Zidan.

"Awww, babe. I sayang you juga..." balas Jane.

Princess sudah tidak tahan melihatnya. Bukannya cemburu, tapi terlalu gedik. Entah lah, rasa benci membuak-budak.

Akhirnya, Princess mengambil keputusan untuk beredar dan berkumpul sahaja di bilik muzik.

"Ermm, guys. Aku rasa, kitorang tunggu kat sana lah. Bukan apa, tak nak lah ganggu orang bercinta ni," tegur Aulia.

Serentak Princes dan Babygirl memandang ke arah Princess.

"Yeah, pergi je lah. Tahu pun mengganggu," balas Jessica sinis.

"Memang nak pergi ni. Tetiba rasa loya pula tekak ni, mungkin silap makan kot" balas Qalia pula.

"Hmm, jealous ke sebab single ?" tanya Alice sinis.

Princess mengetap gigi geram.

"Eh, bukan. Aku bersyukur sangat sebab tak couple dengan sesiapa. Allah nak jaga aku dari zina. Almaklumlah, kesucian aku untuk bakal suami aku je nanti," sindir Zara pedas.

Babygirl sudah berasap telinganya mendengar setiap bait-bait kata.

"You !" Jessica mula berdiri.

"Sudah ! Stop it !" tegas Arie.

Jessica duduk kembali disebelah Arie dan memeluk erat lengan boyfriend nya.

"Dah lah, kitorang gerak dulu. Jumpa kat sana. Tak sanggup tengok orang berzina lama-lama. Dosa sendiri pun tak tertanggung," balas Tiara setelah lama mendiamkan diri dan berlalu pergi.

Zara, Aulia dan Qalia sempat menjelirkan lidah kepada Princes dan Babygirl sebelum mengikut langkah Tiara ke bilik musik.



𝘽𝙞𝙡𝙞𝙠 𝙢𝙪𝙨𝙞𝙠

"Jadi, kenapa madam nak jumpa kami?" soal Tiara.

Madam Ima memandang Princes dan Princess sekilas sebelum mengeluarkan beberapa helai kertas.

"Macam ni, Singing Competition of Malaysia tu akan diadakan pada bulan 3 nanti. Jadi, kita akan mulakan latihan dari minggu depan. Setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Pukul 2-5 petang," terang Madam Ima.

"No problem, Madam Ima !" kata Princess serentak.

Madam Ima tergelak kecil. Kemudian mengeluarkan lagi beberapa keping borang.

"Ini lagi satu. Pertandingan bola keranjang tu bulan 5 nanti. Latihan mula lepas habis Singing Competition of Malaysia. Setiap hari Isnin-Khamis jam 2-6 petang," terang Madam Ima lagi.

Princes sudah mengukir senyuman penuh makna manakala Princess senyum terpaksa.

"Okay, tu je buat masa ni. Ada apa-apa perkembangan, nanti saya inform," kata Madam Ima.

"Baik, terima kasih, Madam Ima !" kata Tiara mewakili semua.

Princes dan Princess pamit lalu beredar ke kelas 5 Gold.

TBC

Princes vs Princess [C]Where stories live. Discover now