PVSP 18

808 49 5
                                    

"Weh, nampak Tia, tak?" soal Arie kepada Qarl, Iqbal dan Zidan.

Masing-masing menggeleng tanda tidak.

"Bukan setakat Tia, Qalia pun aku tak nampak," jawab Qarl.

"Aulia pun hilang, selalu ada je kat sini," kata Iqbal pula.

"Zara pun aku tak nampak batang hidung dia. Tadi, bukan last diorang kat sini ke?" soal Zidan pula.

"Haah. Yang kau, gelabah semacam ni asal, Arie?" soal Iqbal.

"Entah lah. Aku rasa macam, tak sedap hati lah. Macam mana diorang boleh takde? Tadi kan ada je dekat sini. Kalau diorang nak pergi mana-mana, mesti diorang roger dulu," terang Arie.

Qarl, Iqbal dan Zidan mula tidak senang duduk.

Sedang asyik mereka berempat termenung, phone Arie berdering minta diangkat. Tertera nama 'Jessica🙄' di skrin.

Berkerut muka Arie melihat nama yang terpapar. Ada apa hal Jessica call aku ni?

"Siapa, weh?" soal Zidan apabila melihat muka rakannya itu seperti pelik.

"Jessica," jawab Arie sepatah.

"Weh, kau angkat. Buka loud speaker sekarang," arah Qarl kalut.

Tanpa membuang masa, Arie mengangkat panggilan phone itu lalu membuka loud speaker.

"Hello baby..." Jessica menyapa dahulu.

"Hmm, kau nak apa ni?" soal Arie malas.

"Sekarang ni, mesti Princes tengah cari Princess, kan ?" teka Jessica.

Princes tersentak.

"Macam mana kau tahu?" soal Arie kedengaran sedikit tinggi.

"Oh well, Princess you ni, ada je dengan I..." jawab Jessica meleret.

"Kenapa diorang ada dengan kau? Kau buat apa dekat diorang, hah?" Arie mula hilang sabar.

"I tak buat apa-apa. Just nak bagi diorang rasa sikit kekecewaan I so I boleh bahagia," Jessica tergelak jahat.

"Kau !"

"You guys mesti rindu dia, kan? Nak cakap dengan diorang, tak?" soal Jessica polos.

Princes tidak menjawab sebaliknya hanya membatukan diri menunggu Jessica memperdengarkan suara Princess.

"Qarl... selamatkan Tia..." kedengaran suara Qalia dihujung talian.

"Iqbal... Tia, Iqbal, Tia..." suara Aulia kedengaran lemah.

"Zidan, tolong kitorang... tapi tolong Tia dulu," rayu Zara.

Princes terkedu.

"Apa kau dah buat dengan diorang, hah?" soal Qarl marah.

Mukanya merah kerana marah dan suaranya mula naik seoktaf.

"Awak... tolong kitorang... arghhhhhh, sakit !" suara Tiara kedengaran meraung kesakitan.

Princes mula tidak tentu arah.

"Cukup lah tu, eh? I just nak you guys tahu, yang diorang ada dengan I. Kalau kawan-kawan dia, mungkin akan keluar dengan selamat, tak tahu lah kan kalau Charline, Alice dengan Jane lepaskan diorang ke tak. Tapi kalau Tiara, tak akan selamat. So, say goodbye to your lovely girlfriend," kedengaran Jessica gelak jahat sebelum mematikan panggilan.

Princes vs Princess [C]Where stories live. Discover now