PVSP 21

823 47 0
                                    

20 Julai.

Hari ini.

Ye, hari ini.

Hari kelahiran ke-17, suami kesayangan aku.

Terpancar sinar kegembiraan di wajahnya. Aku suka, tengok dia senyum macam ni. Dulu, kami asyik bergaduh, susah nak tengok senyuman dia.

Tapi sekarang, dia jadi pemurah dengan senyuman dia terhadap aku. Dia rasa, aku adalah sinar kebahagiaan dia.

Aku juga tidak sabar hendak memberitahu tentang 'hadiah istimewa' dari aku, kepada dia. Aku yakin, kalau aku berikan padanya, pasti dia akan gembira.

Kerana hadiah itu, adalah yang dia mahukan.

"Sweetheart, termenung apa tu?" Arie yang baru sahaja datang terus memaut pinggangku.

Aku mengukir senyuman manis.

"Takde apa, saja je. Biy, saya nak naik kejap tau?" soalku meminta keizinan.

"Okay, sweetheart," pipiku dicium sekilas.



Aku mengintai dari tangga. Dilihat Princes, Qalia, Aulia dan Zara sedang lepak depan tv. Seronok lah tu dapat tengok bola, sampai aku pun dilupakan.

Haih, nasib badan-

Aku turun ke bawah dan menuju ke ruang tamu. Punggung dilabuhkan di sebelah Arie. Lengannya aku peluk manakala kepala dilentokkan ke atas bahunya.

"Biy," panggilku.

"Yes, sweetheart ?" soal Arie sambil matanya masih tertancap pada tv.

"I want to say something," bisikku.

"Just go through," balas Arie sedikit hairan.

"Something !" usikku.

Arie memandangku dengan kening sebelah diangkat.

Aku tersengih.

"Okay ni betul-betul punya," aku membetulkan duduk.

Aku berdehem beberapa kali sebelum bercakap.

"First of all, of course happy birthday 17th years old for my lovely husband. Semoga panjang umur, murah rezeki, diberi kesihatan yang baik, terus istiqamah ke jalan Allah, jadi suami yang terbaik untuk isteri kesayangan awak ni. Dan jadi ayah yang baik untuk anak-anak kita nanti," sengaja aku perlahankan suara dihujung ayat.

Arie tersenyum.

"Thanks, sweetheart," dahiku dicium lama.

"Hehe, you're welcome. So, biy nak hadiah apa?" soalku.

Arie berfikir sejenak.

"Maybe Arie's junior or Tiara's junior," bisik Arie nakal.

Aku tersenyum penuh makna.

"Eh, selain happy birthday, I want to say congratulations too !" jeritku teruja.

Badan Arie aku peluk erat menimbulkan kehairanan kepadanya.

"Oi, apa yang congratulations tu? Bola ni pun dari tadi tak masuk gol," celah Zara.

"Entah, aku geram betul tengok bola tu, degil betul, tak nak masuk gol dari tadi," ujar Aulia kegeraman.

Aku ketawa kecil. Aku menghiraukan soalan itu sebaliknya pergi ke arah almari lalu mengambil satu surat.

Aku kembali melabuhkan punggung disebelah Arie. Di tanganku terdapat satu sampul coklat.

Princes vs Princess [C]Where stories live. Discover now