2 bulan kemudian...
Kini, aku sudah sarat mengandung. Kandunganku sudah mencecah 9 bulan. Tunggu masa je nak bersalin ni.
Pinggang yang lenguh aku urut sedikit. Perut yang memboyot diusap perlahan.
"Ya Allah, tak sabar Mama tunggu sayang..."
Aku tersenyum lalu membuang pandangan ke luar tingkap dari arah bilik.
Anak aku?
Sebenarnya anak aku seorang lelaki. Cuma aku je yang tahu. Masa checkup dulu, kan aku pergi sorang, so aku je yang tahu. Lagipun aku nak buat surprise dekat diorang tu.
Nama anak aku tak fikir lagi. Nanti nak tanya Arie dulu, apa pendapat dia.
SPM pun dah habis, tunggu result lagi beberapa bulan je. Dan kami semua, masih serumah. Tunggu para lelaki dapat kerja tetap dan beh sara isteri, baru kami akan pindah ke rumah masing-masing.
"Sweetheart, termenung apa tu?" soal Arie yang mencul tah dari mana.
Aku tersenyum dan menggeleng.
"Takde, bosan je. Tak boleh nak buat apa," aku menunduk memandang perutku yang memboyot itu.
Arie melabuhkan punggung disebelahku.
"Nanti kalau baby dah lahir, confirm dah tak bosan dah. Kerja rumah pun banyak," kata Arie.
Aku mengangguk setuju.
"Nama dia, nak letak apa?" soalku.
"Kalau lelaki... Thiraz Anaqi?" balas Arie kembali.
Aku mengangguk perlahan.
"Kalau perempuan?"
"Perempuan... Puteri Lara?" soal Arie sambil mengangkat sebelah keningnya.
Aku hanya mengangguk faham.
Wait for us, Thiraz Anaqi !
•
•
•
•Aku tersedar dari tidur dan bergerak ke bilik air. Setelah selesai, aku kembali ke arah katil.
Jam dilihat, 11:38 malam. Arie mana? Tak masuk lagi dia ni? Dah nak dekat tengah malam dah ni.
Tiba-tiba, perut aku terasa seperti memulas. Sakit bukan kerana bayi menendang, tapi rasa ini tidak pernah lagi aku rasa sepanjang 9 bulan mengandung.
"Aduh, anak Mama buat apa ni? Ganas sangat ni..." aku memgusap lembut perutku.
Nak bersalin dah ke? Tapi due date lagi 3 hari je.
Rasa sakit itu kian reda tatkala aku mengusap lembut perutku. Namun tidak lama. Sakit itu kembali menyerang.
"Ya Allah, anak Mama jangan ganas sangat, sayang..." pesanku sambil mengurut lembut perutku.
Sedang aku mengusap perutku, terasa ada cecair yang mengalir dari celah kelangkangku. Cecair itu mengalir sehingga ke betis.
Tok Tok Tok
Pintu dibuka lalu Arie masuk ke dalam bilik. Pelik dia melihat isterinya itu dalam keadaan duduk.
"Sweetheart, kenapa bangun ni?" soal Arie hairan.
"Biy... sakit..." aku menggigit bibir menahan kesakitan dibahagian bawah.
Bahagian bawah aku terasa ditolak seperti ada yang hendak keluar.
"Sakit? Dekat mana?" soal Arie cemas.
Bertambah pelik dia melihat kain isterinya basah. Air apa tu?
YOU ARE READING
Princes vs Princess [C]
DragosteBOOK 02 [completed]✅ Start: 26 Ogos 2021 End: 18 September 2021 💗 Known as Ini Takdir Kita 💗 ♡︎ Arie × Tiara ♡︎ " Mampu ke kita hidup bersama ? " •PRINCES• Arie Luqman , Qarl Daniel , Iqbal Zaim dan Zidan Rayyan . 4 jejaka idaman para gadis di Sel...