Aku merenung ke arah jalan raya melalui tingkap bilik. Sesekali aku mengusap lembut perutku yang memboyot itu."Sweetheart... makan lah sikit, sikit je," rayu Arie sambil menyua sesudu bubur kepadaku.
Aku menggeleng perlahan.
"Tak boleh macam ni, sweetheart kena makan. Sikit pun jadi lah," Arie mengeluh perlahan.
Perlahan-lahan aku memandang sudu itu dan Arie silih berganti. Arie mengangguk perlahan lalu sudu berisi bubur itu disua kepadaku.
Sampai sahaja suapan kelima, aku dah berhenti. Tekak ni rasa dah tak boleh nak masuk dah ni. Kalau masuk, confirm keluar balik.
"Dah? Ni, minum air," Arie menghulurkan segelas cawan berisi air kosong.
Air itu aku teguk sehingga habis lalu diletak kembali di dalam dulang.
"Sweetheart rehat dulu, biy pergi dapur kejap," Arie mengucup dahiku.
Aku mengangguk perlahan dan kembali ke atas katil. Badan dibaringkan lalu mata dikatup rapat.
Arie mengeluh perlahan lalu mengatur langkah ke dapur.
Sudah 2 hari, isterinya senyap sahaja. Makan juga kurang. Nak kata effect tengok abang haritu, tak mungkin lah. Sebab dia okay je haritu.
Muka isteri dia pucat habis, macam takde langsung darah kat muka dia. Tak bermaya, senang penat. Mungkin effect mengandung, tapi takkan seteruk itu.
Tiba-tiba, dia rasa seperti ada satu angin yang laju menerpa ke arahnya. Rasa seperti diperhatikan. Dipandang sekeliling, tiada orang. Lagi meremang bulu roma dia.
Cepat-cepat Arie basuh pinggan dan cawan lalu menutup lampu. Dia berlari pecut naik ke bilik.
•
•
•
•Seorang gadis tergelak jahat dengan sangat kuat. Perutnya ditekan-tekan menahan senak sambil mengelap air mata yang keluar akibat terlalu galak gelak.
"Aku dah agak, kau takkan boleh bahagia, kan?" soalnya tiba-tiba.
"Memang itu harapan aku... nak tengok kau tak bahagia, sebab kau dah rampas kebahagiaan aku ! Arghhhhhh !" gadis itu tiba-tiba mengusutkan rambutnya.
Dia kembali ketawa besar dengan nada sinis. Sesekali dia berdiam dan tertunduk. Kemudian, kembali tertawa persis orang gila.
•
•
•
•Aku mengurut sedikit bahu yang terasa lengah. Sejak dua menjak ni, bahu aku rasa berat sangat. Sakit dia, lenguh.
"Biy, nak pergi mana?" soalku.
"Keluar," jawab Arie sepatah dengan nada dingin dan terus keluar.
Perubahan kedua, aku tidak lagi dilayan. I mean, sikap Arie sedikit sebanyak berubah. Dulu dilayan seperti permaisuri, sekarang dilayan seperti sampah masyarakat.
Teruk sangat, kan?
Bukan Arie sahaja, orang-orang terdekat aku juga mula menjauhkan diri. Seolah-olah aku baru buat kesilapan besar. Lagaknya seperti aku seorang pembunuh.
Apa yang jadi ni?
Aku?
Aku pun tak faham apa dah jadi sekarang.
Can someone explain to me the truth ?
Aku hanya...
mengeluh,
mengeluh,
dan mengeluh.
Haih-
•
•
•
•
YOU ARE READING
Princes vs Princess [C]
RomanceBOOK 02 [completed]✅ Start: 26 Ogos 2021 End: 18 September 2021 💗 Known as Ini Takdir Kita 💗 ♡︎ Arie × Tiara ♡︎ " Mampu ke kita hidup bersama ? " •PRINCES• Arie Luqman , Qarl Daniel , Iqbal Zaim dan Zidan Rayyan . 4 jejaka idaman para gadis di Sel...