Arie memarkir keretanya di dalam garaj. Handbreak ditarik lalu dia bersandar sebentar pada seat pemandu.
Isterinya di sebelah dikerling. Comel aje dia tidur dengan mulut sedikit ternganga. Arie menolak dagu Tiara untuk merapatkan mulutnya.
"Sweetheart, I miss you so much..."
Arie membelai lembut kepala isterinya. Dahi Tiara dikucup lama menyalurkan kasih sayang kepadanya.
Arie membuka pintu di bahagian pemandu lalu keluar dan berjalan ke arah tempat penumpang.
Tidak mahu menganggu lena si isteri, Arie mencempung tubuh Tiara lalu dibawa ke dalam rumah.
Tiara diletak perlahan di atas katil bilik di tingkat bawah. Mulai hari ini, dia akan memindahkan Tiara ke tingkat bawah. Tak sanggup melihat isterinya naik turun tangga dengan perut memboyot itu.
Dia memandang ke arah isterinya yang nyenyak tidur. Perut isterinya diusap perlahan.
"Anak Papa nakal tak? Ada buat Mama sakit, ke?" soal Arie.
Arie tersenyum apabila merasa tendangan dari dalam perut isterinya. Pandai sahaja si kecil di dalam rahim itu membalas.
"Dah, anak Papa tidur, okay ? Dah malam dah, sayang..." Arie mengusap lembut perut isterinya.
Kemudian, Arie berbaring di sebelah Tiara dan memeluk Tiara erat. Tiara yang sedang tidur itu membalas pelukannya kerana berasa rindu dan selesa dalam dakapan suami.
I miss this moment
•
•
•
•"Goodluck, korang !" teriak Qalia, Aulia dan Zara serentak.
Aku hanya mengangguk.
So, harini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh pelajar. Hari ini lah mereka bakal diuji dengan sebuah peperiksaan besar.
Ye.
Sijil Pelajaran Malaysia.
Atau lebih tepat lagi,
SPM.
"Oit ! Termenung apa? Orang nak exam, kau boleh termenung pula," Aulia memetik jari dihadapanku.
"Hah? Hmm..." aku melentokkan kepala di atas meja.
"Woi, orang nak SPM lah kejap lagi. SPM kot, periksa besar," kata Zara geram.
Aku memekakkan telinga sahaja.
"Okay, tengok lah result kau nanti..." Qalia mengalah.
"Kalau aku dapat straight A+, korang nak buat apa?" soalku sinis.
Seketika kemudian, Princes datang ke arah Princess. Berkerut dahi mereka melihat suasana yang sunyi sepi.
"Kalau kau berjaya dapat straight A+ SPM, kau minta je apa-apa, kitorang bertiga boleh belanja," putus Aulia.
Qalia dan Zara mengangguk tanda setuju.
"Okay, deal ?" soalku sekali lagi.
"Deal !"
"Wo, wo, apa yang tiba-tiba deal ni?" soal Qarl.
Arie, Iqbal dan Zidan mengangguk tanda setuju dengan soalan Qarl.
"Tia ni, dia tak belajar pun. Nanti, macam mana nak dapat result baik?" cerita Qalia.
"Tak belajar, ek?" soal Iqbal tidak percaya.
"Belajar lah, kelmarin," jawabku selamba.
"And now, tak belajar?" soal Zidan pula.
Aku sekadar menggeleng perlahan.
Qarl, Iqbal dan Zidan tergamam.
"Seriously ? Wow, amazing !"
Aku hanya tersengih.
•
•
•
•"Sweetheart buat elok-elok, okay ?" Arie mengucup dahiku.
"Okay ! Biy pun buat elok-elok, fi hifzillah," aku menyalami tangan Arie dan mengucupnya.
Arie tersenyum lalu mendekatkan mukanya ke arah perutku.
"Anak Papa jangan nakal-nakal, kay ? Mama nak exam, sayang..." Arie mengucup lembut perutku.
Aku membelai rambut Arie perlahan.
"Okay, jaga diri, sweetheart. Apa-apa, panghil je," pesan Arie.
"No problem, boss !" aku tersengih.
•
•
•
•"Huaaa... penatnya..." Zara meregangkan badannya.
"Itu lah, beb. Baru sehari je ni tau," rungut Qalia pula.
Aulia menguap sedikit.
"Tadi soalan 5, korang jawap apa?" soal Qalia tiba-tiba.
"Aku jawab A tadi," balas Zara.
"Eh, bukan C ke?" soal Aulia kembali.
"Tapi, aku jawab D, weh," kata Qalia pula.
Mereka berbalah antara satu sama lain hanya kerana soalan 5.
"Guys, sudah-sudah lah tu," aku menghentikan perbalahan mereka.
Mereka berpandangan antara satu sama lain lalu memandang ke arah aku dengan pelik.
"Kau jawab apa?" soal mereka serentak.
"B,"
"Wow, lain-lain eh jawapan kita. Takpe, kita tengok dulu siapa yang betul," kata Aulia.
Aku membuat roll eyes.
"Dah, jom balik. Penat je tunggu korang ni," aku mengubah topik.
•
•
•
•"Arie, Tia mana?" soal Zara kepada Arie yang baru sahaja keluar dari bilik di tingkat bawah itu.
"Tia? Ohh, dia dah tidur," jawab Arie lalu melabuhkan punggung di sofa single.
"Tidur? Awalnya... baru pukul 8 seh," jawab Zara lalu melabuhkan punggung di sofa double.
Berkerut dahi Zara memikirkan sahabatnya yang seorang itu.
"Sejak balik sini, dia dah tidur awal dah. Penat kot. Biasa lah, kandungan dah 7 bulan kan..." balas Arie.
"Eh, haah lah. Betul juga tu. Hah, biar lah dia rest," balas Zara kembali.
Arie mengangguk dan menumpukan perhatian kepada tv yang menayangkan cerita Shah Alam 40000.
Tamat sahaja cerita itu, Arie meminta diri naik ke bilik. Tinggal lah Zara seorang diri di ruang tamu.
Sedang asyik dia leka, pintu rumah diterjah dari luar.
"Hah !"
"Opocot kuali kau terbang !" latah Zara.
Qalia dan Aulia gelak mengekek melihat muka terkejut Zara.
"Eishh, korang pahal, dowh? Suka terkejut kan orang," Zara mencebik.
"Hahhah, sumpah lawak dowh muka terkejut kau," balas Aulia dengan sisa tawanya.
Zara membuat muka tidak puas hati.
"Yang korang ni, pahal? Esok ada lagi sehari tau SPM, dah balik lewat," tanya Zara.
Aulia dan Qalia mencebik.
"Kau ni, jangan spoil mood aku lah..." balas Qalia.
Zara tertawa kecil.
"Dah lah, aku nak masuk tidur dulu. Goodnight, bye..." Zara melambai ke arah dua orang sahabatnya itu.
Aulia dan Qalia pun mengangguk dan naik ke bilik setelah mematikan semua lampu di tingkat bawah.
TBC
YOU ARE READING
Princes vs Princess [C]
RomanceBOOK 02 [completed]✅ Start: 26 Ogos 2021 End: 18 September 2021 💗 Known as Ini Takdir Kita 💗 ♡︎ Arie × Tiara ♡︎ " Mampu ke kita hidup bersama ? " •PRINCES• Arie Luqman , Qarl Daniel , Iqbal Zaim dan Zidan Rayyan . 4 jejaka idaman para gadis di Sel...