Aku mengemaskan beg baju. Baju disusun di dalam almari dengan kemas dan teratur. Satu buku lukisan bersama pensil diambil.
"Nak lukis lah ! Tapi, kena duduk kat pantai. Baru ada feeling gitew..." gumamku sendirian.
Aku membawa buku lukisan dan pensil lalu keluar dari bilik. Kelibat nenek dicari.
"Hah, mung cari gapo tu?" sergah nenek.
Aku berpaling ke belakanh dan mengurut dada. Ishh nenek ni, tanjat titew.
"Takde lah, Tia cari nenek. Nak minta izin, boleh tak Tia nak pergi pantai?" soalku dengan muka comel.
"Buleh ja. Dah, toksah duk buat muka gitu, tak comey pung," perli nenek selamba.
Aku memuncungkan mulut.
"Yelah, nek. Dah, Tia pergi dulu, eh? Assalamualaikum," pamitku lalu bersalam dengan nenek.
"Hmm, waalaikummussalam,"
Kepada yang tertanya-tanya tu. Meh aku jawab soalan yang ada dalam kotak fikiran korang tu.
Okay so, sekarang ni aku dekat kampung nenek. Nenek belah arwah Mama sebab arwah Papa dah takde dah. Nenek pun, tinggal seorang je sekarang.
Tapi, keluarga paklong baru pindah masuk dekat rumah nenek. Katanya, nak teman nenek. Almaklumlah, nenek dah umur 74 tahun.
Walaupun dah 74 tahun, nenek masih kuat tau. Boleh buat kerja lagi. Semua benda dia buat tau. Bila aku nak tolong, nenek suruh sikit-sikit je.
Tapi sekarang ni nenek tak bagi lah. Yelah, kandungan aku dah 7 bulan. Lebih kurang 3 minggu lagi, kitorang akan menghadapi SPM.
Aku takut lah, exam besar tu weh. Bukan beshe-beshe.
So guys, kita dah sampai ke pantai.

Cantik tak?
Okay, aku tahu aku lagi cantik dari pantai tu, ehek *flip tudung*
Aku berjalan ke arah pondok yang berdekatan bersama pensil dan buku lukisan di tangan.
"Nak lukis apa, ek? Oh, kita lukis ni," omelku sendirian.
Aku mula melukis di dalam buku lukisan. Angin sepoi-sepoi meniup lembut tudungku. Udara segar membuatkan suasana lebih nyaman.
Selesai melukis, gambar tadi aku tenung. Air mata bergenang di tubir mata mengingatkan insan yang aku lukis ini. Tidak dapat berjumpa lagi dengannya, kerana dia, sudah pergi bertemu Ilahi.
"Mama..." aku mengusap gambar yang dilukis.
Air mata semakin lebat di pipi. Sebak, mengenangkan orang yang kita sayang ditakdirkan bertemu Yang Maha Esa dahulu.
Sedang asyik aku termenung, satu suara yang ku rindu menyapa gegendang telinga membuatkan sebak berkumpul di dada.
"Assalamualaikum,"
"W-waalaikummussalam..." jawabku perlahan lalu menyeka air mata.
Mereka melabuhkan punggung di pondok yang aku duduk.
"Tiara..."
"Hmm?"
Tanpa sebarang kata, Mama lantas memeluk erat. Melihat air matanya, aku jadi serba salah. Betapa berharganya air mata seorang ibu.
Perlahan-lahan aku membalas pelukan Mama. Pelukan Mama hampir sama dengan pelukan arwah mama.
Melihat menantunya memberi respon positif, Mama kembali tersenyum.
YOU ARE READING
Princes vs Princess [C]
RomanceBOOK 02 [completed]✅ Start: 26 Ogos 2021 End: 18 September 2021 💗 Known as Ini Takdir Kita 💗 ♡︎ Arie × Tiara ♡︎ " Mampu ke kita hidup bersama ? " •PRINCES• Arie Luqman , Qarl Daniel , Iqbal Zaim dan Zidan Rayyan . 4 jejaka idaman para gadis di Sel...