"Baik murid-murid sekalian, harini kita ada berita buruk," ucap Pengetua.
Murid-murid mula berbisik antara satu sama lain.
"4 orang rakan kita dari Tingkatan 5 Silver, semalam baru sahaja diragut. 3 dari mereka sudah stabil, manakala seorang dari mereka dalam keadaan kritikal. Kita doakan moga mereka cepat sembuh," kata Pengetua sayu.
Satu suara dari bawah bertanyakan pada pengetua.
"Siapa tu, Pengetua?"
Pengetua menghela nafas perlahan.
"Jessica Luna, Charline, Alice Monica dan Jane Michael," jelas Pengetua.
Masing-masing mengangguk faham.
•
•
•Keluar sahaja dewan, Aulia, Qalia dan Zara memandang aku tajam.
"Korang ni kenapa pandang Tia macam tu?" soal Iqbal setelah perasan aku ditenung tajam.
"Ini kau yang buat, kan?" soal Aulia serkap jarang.
Aku menggeleng perlahan.
"Tipu, kau ni kalau buat sesuatu bukan bagitau kitorang," rajuk Qalia.
Aku menggeleng lagi.
"Eleh, yelah tu," kata Zara tak percaya.
Aku berhenti seketika. Badan dipusing ke belakang dan kening diangkat sebelah.
"It's up to you, want to believe me or not, not my problem," balasku lalu berjalan pergi.
Panas telinga aku dengar nama Babygirls tu lama-lama.
Tiba-tiba, seseorang menghentikan langkah aku.
"Kak Tiara," panggil seorang budak lelaki.
Amar Firhan. Tingkatan 4 Gold. Dia ni budak pandai. Atlet sekolah. Dia ni single tau. Siapa nak boleh dm. Hahhahh-
"Hah ye, Firhan? Nape?" soalku.
"Ini, ada orang bagi," Firhan menghulurkan sepucuk surat kepadaku.
Dahiku berkerut.
"Siapa bagi? Akak kenal ke? Lelaki ke perempuan?" soalku bertalu-talu.
"Akak kenal dia, lelaki. Dia suruh Firhan bagi ni," Firhan sekali lagi menghulurkan surat itu.
"Okay fine," aku mengambil kertas itu.
Firhan mengucapkan salam dan berlalu pergi.
Kertas itu aku buka lalu membaca isinya.
Kehadapan permaisuri hatiku,
bolehkah kita berjumpa seketika? Selepas waktu sekolah, di Taman Diamond?
Terima kasih❤️Ikhlas dari,
-AI-Apa lagi jantan ni nak?
"Hoi !" sergah seseorang.
"Hmm?" soalku sambil melipat kertas itu.
"Surat apa tu? Surat cinta ke? Kau jangan... nanti ada orang jealous tau," Zidan mengerling Arie.
Arie hanya beriak tenang.
"Tak lah," jawabku pendek.
"Habistu? Secret admire ?" soal Qarl pula.
YOU ARE READING
Princes vs Princess [C]
RomanceBOOK 02 [completed]✅ Start: 26 Ogos 2021 End: 18 September 2021 💗 Known as Ini Takdir Kita 💗 ♡︎ Arie × Tiara ♡︎ " Mampu ke kita hidup bersama ? " •PRINCES• Arie Luqman , Qarl Daniel , Iqbal Zaim dan Zidan Rayyan . 4 jejaka idaman para gadis di Sel...