Aku menghirup udara segar di sekitar pantai. Sesekali ombak mengena kaki aku. Sebelah tangan memegang kasut manakala sebelah lagi mengusap perut.
Aku sekarang di pantai.
Sejak kejadian hari tu, aku tekad untuk menghilangkan diri buat seketika. Tak jauh pun, dalam Malaysia je.
Bukan setakat Arie marah aku, bahkan hampir semua marah aku. Apa yang aku rasa, cuma...
sedih,
kecewa,
stress,
down teruk.
Hmm-
"Best lah kalau dunia ni, aku punya seorang je. Nak buat apa pun, takde orang kisah," gumamku sendirian.
Aku memandang matahari yang kian terbenam itu. Segala memori dan kenangan manis bermain di fikiran.
"Maafkan Tia. Semua ni salah Tia, memang Tia punca semua ni. Tia... perosak kebahagiaan orang. Andai dengan kehilangan Tia, dapat membuatkan korang bahagia, Tia akan pergi..." mata mula berkaca-kaca.
Air mata yang tidak dapat ditahan lagi. Akhirnya, aku kalah menahan air mata. Aku menangis teresak-esak.
Mengenangkan nasib anak dalam kandungan aku ini membuatkan air mata semakin lebat.
Adakah anak ini bakal lahir tanpa seorang bapa? Adakah dia akan kehilangan kasih sayang seorang bapa? Adakah dia dapat membesar dengan baik, jika tiada bapa?
Smuanya akan terjawab.
Bila tiba masanya.
Dan aku pasti, waktu itu semakin hampir.
Aku hanya mempu berdoa dan redha. Apa pun keputusannya, aku berserah kepada Allah.
Sungguh, aku cukup terseksa dengan permainan ini. Aku bagaikan patung yang tidak mempunyai perasaan. Aku cukup lelah untuk meneruskan perjuangan ini.
"Baby, teruskan bagi Mama semangat tau. Mama ada baby seorang je sekarang ni," aku mengusap lembut perut yang sudah mencecah 6 bulan itu.
Bulan depan, kandunganku berusia 7 bulan. Bulan depan juga kami bakal menghadapi satu peperiksaan besar yang bakal menentukan masa depan hidup kami.
Aku harap, aku sentiasa kuat dan tabah menghadapi segala cabaran dan rintangan.
Ingat, ujian ini hanya lah sementara.
Kuatkan diri.
Aku masih ada anak yang dikandungkan ini. Dia satu-satunya harapan aku sekarang.
"I'm a strong woman," aku tersenyum.
Air mata yang ada pantas ku seka dan diganti dengan senyuman indah. Segala masalah ditolak ke tepi dahulu.
Sekarang ini, tenangkan fikiran kau.
Relax.
•
•
•
•"Jadi, macam mana sekarang ni?" soalku kepada seorang lelaki dihadapanku.
"Macam ni lah senang. Esok, kami pergi tangkap dia," putus Encik Izzat.
"Apa hukuman yang akan dikenakan pada dia?" soalku teragak-agak.
Encik Izzat memandang ke arahku.
"Dia tu sebenarnya banduan yang lari dari penjara dulu. Dia akan dikenakan 80 kali sebatan kerana memfitnah tanpa usul periksa. Dan dia, bakal digantung sampai mati," jelas Encik Izzat.
"Ga-gantung sampai m-ma-ti?" soalku tergagap.
Encik Izzat mengangguk.
"Dia pernah membunuh ayah dan ibu kandung sendiri hanya kerana tidak dapat lelaki yang dia cintai. Jadi, dulu dia lari dari penjara sewaktu hampir digantung," terang Encik Izzat lagi.
Aku terdiam.
Sampai macam tu sekali perangai dia, aku tak sangka. 2×5 sahaja perangainya dengan geng Babygirls.
"Baiklah, saya minta diri dulu. Apa-apa, just give me a call. Thanks for today," pamit Encik Izzat.
Aku tersenyum kecil dan mengangguk lalu menghantar Encik Izzat melalui pandangan mata.
Aku mengusap lembut perut aku. Anak ini, perlukan usapan seorang ayah ketika dia masih dalam kandungan. Dan dia perlukan kasih sayang seorang ayah, ketika dia membesar.
Apa tah lagi jika, anak ini...
seorang lelaki.
•
•
•
•"Jadi, macam mana dengan rancangan seterusnya?" soal Mina.
Chalia dan Afia mengangkat bahu tanda tidak tahu. Rania hanya mendiamkan diri.
"Macam mana dengan status kita?" soal Rania serius.
"So far okay je, masih takde orang tahu tentang kita," lapor Mikhail sambil menatap skrin laptop itu.
Rania mengangguk.
"Aku rasa, bagi dia rehat dulu. Last nanti, baru kita ajar dia cukup-cukup," cadang Ziyad.
Masing-masing mula berfikir tentang cadangan Ziyad.
"Aku setuju," jawab Mina dan Afia serentak.
"Haah, weh. Last nanti, baru dia dapat 'menikmati kesedapan' tu," sokong Chalia.
Mereka berharap Rania setuju dengan rancangan mereka.
"Bagus cadangan aku. Aku setuju. Bijak juga otak kau ni kadang-kadang," putus Rania.
Masing-masing menghela nafas lega. Berharap rancangan mereka tanpa Rania tahu itu berjalan lancar.
"Well... tengok ah siapa," Ziyad sudah bangga diri.
PAKK !
"Auchh !"
"Over, bodoh," kata ketiga jejaka itu serentak.
Ziyad mencebik sambil menggosok kepalanya yang dipukul Amirul tadi.
"Aku kata kadang-kadang je," Rania membuat roll eyes.
Ziyad memuncungkan mulutnya tanda protes. Aishh, takde siapa ke nak backup aku? Mencik ah camni !
'Wait and see, Puteri Tiara. Kau tak kenal lagi aku siapa'
TBC
YOU ARE READING
Princes vs Princess [C]
RomanceBOOK 02 [completed]✅ Start: 26 Ogos 2021 End: 18 September 2021 💗 Known as Ini Takdir Kita 💗 ♡︎ Arie × Tiara ♡︎ " Mampu ke kita hidup bersama ? " •PRINCES• Arie Luqman , Qarl Daniel , Iqbal Zaim dan Zidan Rayyan . 4 jejaka idaman para gadis di Sel...