DA Bros dan seorang pelajar perempuan masuk ke bilik mesyuarat itu. Mereka ditemani oleh beberapa orang cikgu disiplin.
"Aydin, sila buat pengumuman. Minta semua AJK pengawas untuk datang ke sini sekarang" arah Cikgu Nafisa. Aydin mengangguk. Sementara itu pula Luth, Kasyaf dan seorang gadis itu duduk di kerusi sebuah meja panjang.
"Minta perhatian. Minta perhatian. Diminta kepada semua AJK pengawas sekolah untuk datang ke bilik mesyuarat sekarang juga. Terima kasih" Suara Aydin menggegarkan seluruh pelosok sekolah. Kemudian dia berjalan ke kerusi di sebelah Kasyaf. Di hadapan Aydin tika ini ada seorang pengawas perempuan. Penolongnya.
Beberapa minit kemudian, masuk AJK-AJK pengawas lelaki dan perempuan. Di tangan mereka ada sebatang pen dan senaskah buku nota. Bagi memudahkan mereka untuk mencatat apa yang bakal diberitahu nanti.
Mereka semua mengambil tempat duduk di meja panjang. Masuk juga seorang guru lelaki. Guru lelaki itu duduk di kepala meja. Guru-guru perempuan tadi sudah keluar.
"Semua dah ada?" tanya Cikgu Zahir. Merangkap guru disiplin Qristal High School. Aydin memandang semua orang yang berada di dalam bilik mesyuarat itu. Dia mengangguk.
"Semua dah ada, cikgu" jawab Aydin.
Cikgu Zahir memulakan perbincangan mereka semua pada pagi itu.
"Seperti yang sedia maklum beberapa hari yang lepas. The Trio sudah kembali" ujar Cikgu Zahir. Diam. Bilik mesyuarat itu sepi. AJK-AJK pengawas berpandangan sesama mereka. Aydin memandang Kasyaf.
"Siapa tu?" tanya Aydin. Kasyaf menggeleng. Dia menoleh ke Luth.
"Siapa tu?" tanya Kasyaf pada Luth. Luth mengangkat bahu.
"Entah la" jawab Luth. Kasyaf kembali memandang Aydin. Dia mengangkat bahu juga.
"Entah la. Kitorang tak kenal" Kasyaf menjawab dengan mengulang kata-kata Luth.
"Cikgu nak awak semua memantau pelajar-pelajar junior dari tingkatan satu hingga empat. Untuk Da Bros pula... awak bertiga harus memantau The Trio" ujar Cikgu Zahir. Dia memandang tiga orang pengawas lelaki di sebelah kanannya. Aydin, Kasyaf dan Luth. Da Bros mengangguk serentak.
"Cikgu. Kenapa bukan kami yang perempuan ni yang pantau The Trio? Da Bros kan lelaki. Seeloknya saya dan pengawas perempuanlah yang memantau mereka" tanya Afrina, merangkap penolong ketua pengawas. Matanya tidak lepas dari memandang Aydin. Sempat dia mengenyit mata pada lelaki itu.
Aydin yang melihat menjeling saja. Kasyaf dan Luth yang ternampak perkara itu membuat gaya ingin muntah. Sewel agaknya minah ni.
"Begini Afrina. Kita tak tahu apa masalah yang The Trio bakal lakukan. Mungkin diaorang akan belasah pelajar, kurung pelajar dalam tandas. Atau panjat pagar sekolah. Kita tak tahu. Kekuatan awak tak akan setanding dengan The Trio. Saya bukan pandang awak lemah. Tetapi awak di sini sejak di tingkatan satu lagi. Mungkin awak sudah tahu diaorang tu macam mana" terang Cikgu Zahir panjang lebar mengapa dia memilih Da Bros untuk memantau The Trio. Afrina mengetap gigi
Dengar saja keterangan Cikgu Zahir, Da Bros memandang sesama sendiri. Bahaya sangatkah The Trio itu?. Da Bros sangat layak untuk menjalankan amanah yang diberi oleh Cikgu Zahir itu. Mereka sudah terlatih dan boleh diharap.
Cikgu Zahir menyambung semula perbincangan mereka di bilik mesyuarat itu. Bukan tentang The Trio sahaja perkara yang dia ingin beritahu kepada pelajar-pelajar di hadapannya itu.
SELESAI mesyuarat, mereka semua terus bersurai dan terus ke kelas masing-masing. Dalam pejalanan Da Bros ke kelas 5 Gold, mereka disekat oleh Afrina yang menunggu mereka di tepi pintu lif.
"Naik tangga je la wey. Bukan jauh mana pun kelas kita" ujar Luth. Tak kuasa nak tengok muka tak siap Afrina tu. Mereka mendaki anak tangga untuk ke kelas mereka di tingkat tiga.
"Korang! Tunggu la!" Afrina berlari menghampiri Da Bros.
"Korang hati-hati tau nanti. The Trio tu bahaya. Terutama sekali ketua diaorang. Pernah nak belasah cikgu dulu tau. You Aydin, nanti jangan lemah semangat pulak bila bersemuka dengan diaorang. You tu boyfriend I" ujar Afrina. Dia senyum pada Prince Charmingnya itu. Aydin membuat muka menyampah. Boyfriend terpaksa!
"Kenapa pulak? Kau memang berdendam dengan The Trio tu ke?" tanya Kasyaf sinis. Luth menggeleng kepala. Apa-apa sajalah. Mereka meneruskan langkah mereka ke kelas 5 Gold.
Mereka masuk ke dalam kelas dan duduk di tempat masing-masing.
"Kenapa tak ada cikgu?" tanya Kasyaf kepada Safwan. Ketua kelas mereka.
"Korang kan dari bilik mesyuarat. Takkan tak tahu yang semua guru tingkatan lima ada meeting pagi ni" jawab Safwan sebelahnya.
"Ha... ye lah" balas Kasyaf sambil terangguk-angguk.
"OMG!! Korang tahu tak yang esok The Trio akan masuk sekolah? Habis la kita nanti..."
"Really? Mesti makin bertambah cantik diaorang tu nanti. Aku stalk la ig diaorang. Pergh...! Cantik do..."
"Tak sabar nak tengok perubahan diaorang. Hopefully diaorang tu masih ada hati dan perasaan lagi la but, I think this time we should be more be careful"
"The Trio, they're a pretty girls but heartless"
Pelbagai gosip yang timbul dalam kelas 5 Gold itu. Tentang kedatangan semula The Trio. Aydin menongkat dagu di meja. Telinga dipasang untuk mendengar gosip tentang The Trio itu. Dia tertanya-tanya, siapakah kumpulan The Trio itu.
"What?! You nak break up dengan I? Okay, kalau itu yang you nak, fine! Between you and me, it's over! Jangan cari I lagi!" Luth meletakkan telefonnya di atas mejanya. Dia merengus kasar. Kepalanya bergerak melihat sekeliling. Kenapa kelasnya sepi?
Rakan-rakan kelasnya yang lain memandangnya pelik. Termasuk Aydin dan Kasyaf.
"Apa? Tak pernah tengok orang kena tinggal ke? Bodoh! Perempuan semua sama!" kata Luth. Dia bangun dan keluar dari kelas.
Kasyaf tidak hiraukan. Aydin hanya menggeleng kepala. Bukan mereka tidak tahu yang hubungan Luth dengan kekasih hatinya itu sudah memang ada masalah.
"Esok lusa jumpa la tu yang baru. Bukan tak kenal si Luth tu macam mana" kata Aydin. Kasyaf duduk di tempat Luth. Sebelah Aydin.
"Ya... kita kan Da Bros" sambung Kasyaf dengan senyuman senget.
WAKTU rehat sudah tiba. Selesai membeli makanan, Da Bros memilih meja untuk mereka duduk dan makan.
"The Trio tu siapa ek? Kenapa satu sekolah bercakap tentang diaorang? Famous sangat ke diaorang tu?" tanya Luth.
"Haah la kan. Kita tengok la esok macam mana. Dengar cerita yang diaorang masuk sekolah esok" kata Kasyaf.
"Tak, masalahnya sekarang ni. Kenapa semua batch macam takut je dengan The Trio tu?" tanya Aydin.
"Ish kau ni. Kita tengok esok la macam mana. Makan tu" marah Kasyaf. Orang tengah lapar-lapar. Dia nak tanya soalan pula.
Done: 30/8/2021

ANDA SEDANG MEMBACA
THE TRIO DA BROS | SU |
Teen FictionBOOK 3: THE TRIO DA BROS "𝐓𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫? 𝐂𝐚𝐧 𝐢𝐭 𝐛𝐞 𝐟𝐨𝐫𝐞𝐯𝐞𝐫?" Biasanya lelaki yang kecoh bila nak pikat gadis idaman. Ini lain pula jadinya. Beautiful as always. Sweet words with a rude mouth. A rude mouth with a pretty smile. Th...