TTDB 1.13

247 52 9
                                    

KEESOKAN harinya,  The Trio memunggah barang-barang yang diberikan oleh pengetua untuk rumah sukan mereka. Masih ada sedikit lagi hiasan yang tinggal. Selepas ini mereka akan bersiap sedia untuk acara perbarisan yang akan berlangsung beberapa minit sahaja lagi.

"Apa trademark pasukan kita?" tanya Adara pada ketua rumah oren, Fattah. Fattah terkedu. Adara berdiri di sebelahnya. Mereka terlalu rapat sehingga lengan Fattah terkena lengan Adara.

"Oh... eh, kumpulan kita tak ada trendemark" jawab Fattah. Gelisah tidak menentu dia berdiri di sebelah Adara.

"Memang tak ada ke?" tanya Khayla yang berada jauh sedikit daripada Fattah dan Adara. Dengar pula gadis itu.

"Tak ada. Aku tak ada idea nak buat trademark" Fattah berterus terang. Susah menjadi ketua rumah pasukan ini. Semua di atas kepalanya.

Khayla mengerti. Dia juga pernah melalui apa yang dialami oleh Fattah kini. Semasa berada di Singapura, Khayla dilantik sebagai penolong pasukan sorak sekolah. Semasa hari pertandingan, ketua kumpulan mereka tidak dapat hadir dan semuanya di atas kepala Khayla.

Seorang perempuan berjalan melepasi Khayla. Baju yang terdarung pada badannya merupakan warna merah. Itu tandanya perempuan itu dari ahli rumah merah.

"Kau Adara Alina, kan?" tanya dia. Adara mengangguk. Dia melihat perempuan itu atas bawah. Bukan ahli pasukan mereka. Pelajar perempuan itu berpeluk tubuh. Kemudian dia senyum sinis.

"Cantik. Patut la masuk perangkap" kata dia.

Adara dan Fattah menterjemah kata-kata pelajar perempuan itu.

"Maksud Cik Adik apa?" Adara bertanya. Dia mengukir senyuman.

Pelajar perempuan itu memegang tangan Adara. Riak wajahnya tampak runsing. Adara mengerutkan dahi.

"Kenapa kau rapat sangat dengan Luth? Dia baik dengan kau sebab dia nak lupakan bekas kekasih dia. Tolong la buka mata. Jangan disebabkan dia ada rupa, ada harta, kau terus terpikat dengan dia" tegur pelajar itu.

Adara terus menarik tangannya. Fattah membuat riak terkejut. Khayla menghampiri mereka. Tidak tahu apa hasrat sebenar gadis itu bertemu Adara.

"Apa maksud kau, Fia? Luth gunakan Adara? A... aku tak faham" tanya Khayla.

"Khayla, nothing. He's a playboy. Anyway, aku ada surat untuk Adara. Daripada Luth" Fia menghulurkan sampul surat kepada Adara.

"Hah?!" jelas riak wajah Adara sedikit terkejut. Surat? Dia ambil sampul surat itu.

Khayla dan Fattah membuntang. Surat cinta ke? Tanpa sengaja, Fattah mendengar semuanya yang dibualkan oleh tiga gadis itu. Kawasan padang mula dipenuhi pelajar-pelajar.

"Apa yang kau buat dekat sini, Fia? Ini bukan rumah sukan kau" Luth melulu ke arah Fia. Fia cuma menunduk. Tetapi apabila dia melihat wajah tenang Adara itu, hatinya sakit.

"Haih... drama pukul tujuh pagi dah mula" Fattah bereda. Tidak mahu menyibuk. Ada hal lain yang dia harus selesaikan.

Luth memandang tajam apa yang dipegang oleh Adara. Setahu dia, dia memang ada menulis surat. Nama Adara juga ada disebutkan dalam surat. Tetapi surat itu bukan untuk Adara tetapi untuk... Khayla.

"Bagi aku surat tu. Surat tu bukan untuk kau" pinta Luth. Suaranya kedengaran perlahan.

Luth menghulurkan tangannya. Adara bawa surat itu ke belakang. Dia mengundur setapak. Kalau Adara membaca surat itu, dan gadis itu memberitahu kepada Khayla, musnah hubungan Luth dengan Khayla.

"Luth... jangan tipu. Surat tu memang untuk Adara. You sendiri yang tulis nama Adara pada sampul" sampuk Fia.

"Kenapa kau perlu takut? Don't worry... aku tak akan buka dekat sini" Adara senyum kecil. Adara sangkakan surat itu untuknya!

THE TRIO DA BROS | SU |Where stories live. Discover now