TTDB 1.14

199 55 4
                                    

AYDIN disapa oleh Afrina. Dia tidak tahu apa niat sebenar Afrina datang ke padang. Tetapi selepas ini akan ada perlawanan diantara pasukan biru dan hijau. Sekarang ini pula pasukan oren menentang kuning.

Afrina menghulurkan sebotol air mineral. Aydin tidak ambil. Sebaliknya dia membuka botol airnya sendiri.

"Kau buat apa dekat sini? Pergi balik dekat pasukan kau la" Aydin melihat perlawanan sekarang ini. Afrina melabuhkan punggung di sebelah Aydin.

"Good luck. I tahu you minat bola sepak. I datang sini sebab nak sokong you" terang Afrina. Aydin menggeleng kepala perlahan. Dia berpaling melihat wajah Afrina.

"Sokong aku? Buat apa? Kita bukan dari rumah sukan yang sama"

"Tapi you boyfriend I. Of course I need to support you"

Aydin membuat muka.

"Should I tell you the truth, Afrina Dania?" Aydin meletakkan tangannya di bahu Afrina.

"The truth? What? Tell me. Now!" paksa gadis itu. Melihat wajah Afrina yang bersungguh-sungguh itu, Aydin berasa bersalah. Sangat bersalah sehingga dia merasakan kasihan kepada gadis itu, Afrina.

"The truth what, Aydin?"

Untuk menidakkan perasaannya, Aydin berfikir tentang hubungan dia dengan Afrina. Gadis itu bersungguh-sungguh ingin berkongsi kasih dengannya, tetapi Aydin hanya mempergunakan dia.

"The truth is... matahari dah tinggi. Baik kau duduk bawah khemah. Dekat sini panas. Nanti kau boleh sakit. Kulit kau pun akan hitam nanti. Kau kan perempuan yang mementingkan pernampilan" bohong Aydin.

Aydin ingin memberitahu hal yang sebenar tentang mereka. Tetapi tidak sampai hati apabila melihat kesungguhan Afrina itu. Takut kecewa saja gadis itu nanti.

Afrina senyum.

"Aydinku sayang... you tak tahu ke kelebihan matahari pagi? You nak I berhujah ke? I boleh saja kalau untuk you" Afrina berkata lembut.

"Tak payah. Dari dengar kau berhujah, baik aku berlatih. Aku tak nak kalah dengan rumah pasukan kau" Aydin bangun. Afrina mendongak.

"Lebih baik kau masuk masuk khemah kau. Karang pengsan aku tak tahu" Aydin meninggalkan Afrina.

Dia tidak sedap hati. Seseorang sedang memerhatikannya di bawah khemah guru-guru dan tetamu khas. Pandangan tajam si pemerhati membuatkan Aydin berdebar. Dia juga mencari alasan untuk mengelak daripada Afrina dan si pemerhati itu.

"Care jugak ey kau dekat aku, Aydin?" Afrina senyum. Sudah berbunga-bunga hatinya itu. Iyalah, kekasih sendiri yang peduli. Siapa saja yang tidak suka?


ELIAS mengatur langkah ke dewan badminton. Di sana dia ternampak Khayla sedang berlawan dengan pasukan biru. Muka serius Khayla membuatkan Elias ingin tersenyum. Elias lalai kerana asyik melihat Khayla sehingga dia melanggar bahu seorang perempuan.

PUK!

Gelas yang berisi air sejuk di tangan gadis itu jatuh ke lantai. Air yang tumpah telah menyebabkan kasut sukan gadis itu basah. Elias menoleh. Dia melihat apa yang jatuh.

"Mata kau dekat belakang ke?!" tengking gadis itu. Bahu Elias terhenjut. Takut dia dengan suara kuat gadis itu. Orang ramai melihat ke arah mereka berdua.

"Maaf, saya tak sengaja" Elias meminta maaf perlahan.

"Budak baru macam kau ni, memang menyusahkan orang. Dah la nerda. Mata ada empat. Tapi satu pun tak boleh pakai!" tengking gadis itu lagi.

THE TRIO DA BROS | SU |Where stories live. Discover now