TTDB 1.12

246 56 9
                                        

THE Trio masuk ke dalam kelas. Seperti biasa. Kelas itu senyap ketika jasad mereka bertiga masuk. Semua pelajar memakai pakaiaan sukan. Kerana pada hari ini mereka mengadakan persediaan untuk hari sukan yang akan berlangsung pada hari esok.

Khayla duduk di tempatnya. Kepalanya tertoleh ke tepi kerana terdengar suara-suara manusia yang menyakiti telinganya.

"Kenapa saya tak boleh jumpa dia?!" tanya pelajar perempuan itu. Luth menyekat langkahnya dari masuk ke kelas 5 Gold.

"Bahagian mana yang kau tak faham ni? Kau tak boleh jumpa dia. Faham tak?" tanya Luth balik.

"But why? I just want to see her! Salah ke?" marah pelajar itu. Rakan-rakannya membuat memek muka. Mengutuk dalam hati la tu!

Khayla sangat ralit melihat pertengkaran yang berlaku di luar kelas. Sehingga tidak sedar yang Aydin sudah tiba dan duduk di sebelahnya.

"Apa yang ralit sangat tu?" tegur Aydin. Naik hairan juga dia.

Khayla menoleh.

"Eh, kau rupanya. Tak ah. Tengok tu" Khayla memuncungkan bibir pada arah luar. Aydin melihat. Dia mengangguk.

"Dengar cerita ada budak baru masuk kelas kita nanti. Kau tahu?" Aydin merapatkan kerusinya pada meja.

"Tak tahu pulak aku. Malas la ambil tahu. Bukan penting pun" Khayla berkata. Dia mengeluarkan novel dari bawah laci meja.

"Tapi orang cakap kau dengan dia pernah satu sekolah" sambung Aydin.

"Itu orang yang cakap. Bukan aku. Jadi jangan percaya sangat" kata Khayla. Dia membelek helaian yang seterusnya.

Suasana kelas pada pagi ini seperti biasa saja. Mereka cuma akan belajar sebelum rehat saja. Selepas rehat, mereka akan pergi ke padang untuk membuat persiapan bagi hari esok. Hari sukan terakhir mereka.

JAM sudah menunjukkan pukul lapan sepuluh minit pagi. Semua pelajar sudah tiba ke sekolah. Menunggu cikgu masuk ke kelas untuk mengajar dan belajar.

Guru kelas 5 Gold masuk ke kelas.

"Assalamualaikum dan selamat pagi, semua" ucap Cikgu Munirah.

Mata Khayla tertumpu pada Cikgu Munirah.

"Waalaikumussalam, cikgu...!" balas semua pelajar.

"Mungkin awak semua sudah mendengar khabar angin tentang kemasukan pelajar baharu ke kelas awak semua" kata Cikgu Munirah.

Da Bros mengangguk. Adara dan Eryna memandang Khayla. Sudah terbayang di fikiran masing-masing tentang riaksi Khayla selepas ini. Mahu terkejut jatuh kerusi.

Cikgu Munirah memanggil seorang pelajar lelaki yang berada di luar kelas. Dia melangkah masuk. Semua mata tertumpu ke arahnya. Khayla mengerutkan dahi. Seperti pernah dia lihat wajah lelaki nerd itu.

Pelajar itu memandang Khayla. Khayla tersentak. Sah! Itu dia!

"Elias Fakhri?!" Khayla bangun dari tempat duduknya laju. Terkejut semua yang ada di dalam kelas.

Aydin memandang Khayla, pelik.

"Kau kenapa nyah?" tanya Aydin.

"Awak ada masalah ke, Khayla?" tanya Cikgu Munirah. Pelajar di sebelah Cikgu Munirah senyum pada Khayla. Khayla terus duduk sebaik sahaja perasan akan dirinya yang menjadi perhatian orang ramai.

"Maaf..."

Cikgu Munirah mengglengkan kepala. "Ada-ada saja la awak ni, Khayla. Sila kenalkan diri kamu"

THE TRIO DA BROS | SU |Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang