TTDB 0.2

346 66 13
                                    

KEESOKAN harinya, tiga buah motosikal berkuasa tinggi dan tiga buah kereta mewah masuk ke pekarangan Qristal High School. Tiga buah motosikal itu dipark di parking motor. Manakala tiga buah kereta mewah itu pula dipark di parking kereta pelajar.

"High class sungguh kereta-kereta diaorang" kata Luth. Matanya tidak lepas dari memandang sebuah kereta BMW i8 yang berwarna hitam itu.

"Kan... Mercedes Benz C-Class tu cantik" kata Kasyaf. Dia membetulkan rambut depannya di cermin superbikenya.

"Dah la korang. Jom!" Pangill Aydin yang sudah turun dari superbike.

Luth dan Kasyaf menghampiri Aydin. Sudah menjadi kebiasaan jika mereka datang ke sekolah dan ada pelajar yang bersorak untuk mereka. Tetapi pagi ini lain sedikit. Ramai pula yang berkumpul di hadapan bangunan sekolah. Ada yang terlompat-lompat. Terjerit-jerit. Siap ada yang angkat manila card lagi. "The Trio is back!"

"Weh... weh... tu The Trio la!"

"Beautiful as always!"

"Oh my god. Adara, I love you!"

"Please don't hate me sistah"

Da Bros berpandangan sesama mereka. Mereka berpaling ke belakang. Tiga orang gadis di belakang mereka berjalan menghampiri mereka. Da Bros terkaku di tempat mereka berdiri itu. Bidadari jenis apa ini?

"Hello, handsome boys. Tolong tepi sikit. Kitaorang nak lalu ni" kata gadis yang di tengah-tengah. Da Bros tidak bergerak dari tempat mereka berdiri. Sebaliknya mereka menenung tiga gadis itu.

"Hello... you all tak dengar ke yang dia suruh ke tepi? Tolong ke tepi" arah gadis di sebelah kanan. Perlahan-lahan Da Bros memberi laluan kepada tiga gadis cantik itu.

"Thank you handsome boys. See you all later" ucap gadis di sebelah kiri. Mereka berjalan masuk ke dalam bangunan sekolah sambil diikuti sekelompok pelajar dari belakang.

Safwan yang berjalan melepasi Da Bros tersentak apabila salah seorang daripada mereka memegang bahunya. Safwan menoleh.

"Kenapa?" tanya Safwan.

"Siapa diaorang tu?" tanya Kasyaf. Matanya masih melihat sekelompok pelajar tadi.

"Itulah The Trio"

Bagaikan jatuh rahang Da Bros saat mendengar. Terlopong mereka jadinya. Melihat keadaan Da Bros yang seperti dipanah petir itu, Safwan menggaru keningnya.

"Serious la korang tak kenal The Trio tu sapa?" Da Bros menggeleng.

"We know them as gadis-gadis cantik yang tengah beratur nak beli air mango di Dataran Food Truck Bukit Bintang, semalam" kata Aydin. Luth dan Kasyaf mengangguk.

"Oh... okay. A pretty face doesn't mean having a pretty heart too. Aku tak cakap diaorang tu jahat. Aku tak cakap diaorang tu baik sangat. They look kind. But in fact they are a heartless girl" pesan Safwan sebelum meninggalkan Da Bros yang kelihatan masih tercengang itu. Malas Safwan nak layan.



BELAKANG bangunan sekolah. The Trio duduk di sebuah kerusi meja batu yang sudah tersedia. Yang menjadi port mereka sejak dahulu lagi.

"Tiga mamat tadi tu handsome, kan? I feel like I'm in love" kata Eryna sambil menongkat dagu di meja.

"Aku rasa diaorang tu la pengawas-pengawas yang dimaksudkan pengetua tadi. Yang akan pantau aktiviti haram jadah kita dekat sekolah. Da Bros apa benda entah. Dah macam brush jamban dah namanya" kata Adara. Khayla ketawa besar mendengar ayat terakhir daripada Adara. Manakala Eryna tersengih di dalam lamunannya.

THE TRIO DA BROS | SU |Where stories live. Discover now