SELESAI sahaja kelas 5 Gold mengambil gambar kelas mereka bagi majalah sekolah tahun ini, mereka dibenarkan masuk ke kelas untuk memulakan sesi pembelajaran.
"Subjek apa lepas ni?" Khayla membetulkan bangsnya.
"Sains" Eryna membutang blazernya.
Khayla dan Adara membuat muka menyampah mereka.
"Malas aku masuk kelas" kata Khayla.
"Aku pun. Dahla Cikgu Nor yang mengajar. Tak pasal-pasal pulak dia nak cari salah kita nanti" sambung Adara.
"Jom lepak belakang sekolah" cadang Eryna.
The Trio menyambung langkah mereka pergi ke belakang bangunan sekolah. Port mereka.
"Aku rasa aku nak pergi jamban la" Adara menyentuh perutnya.
"Kau ni... mengada-ngada betul la. Tadi tak cakap" rungut Eryna.
"Tadi tak rasa. Sekarang dah rasa" Adara mencebik.
Khayla menggeleng.
"Kau pergi je la teman dia, Ryn. Bising pulak nanti. Bising tu okay lagi, buatnya terkencing dekat sini? Malu kita wey" kata Khayla.
Eryna dan Adara bangun. Melihat muka merah milik Adara, serba salah pula Eryna ingin mengetawakan gadis itu. Terus mereka berdua masuk ke dalam bangunan sekolah.
Khayla mengeluarkan telefon dan earphone dari poket blazernya. Earphone itu terus dimasukkan ke lubang telinga. Lagu Happier yang dinyanyikan oleh Olivia Rodrigo dipasang.
"Woi! Kat sini rupanya korang!" jerkah seseorang.
Khayla tersentak. Dia terus mencabut earphone dan berpaling ke belakang.
Dua orang pelajar lelaki sedang bertumbuk di atas rumput di belakang Khayla. Khayla segera bangun. Da Bros menghampiri dua pelajar lelaki itu. Luth dan Kasyaf memberhentikan mereka berdua.
"Ceh. Bodoh. Aku ingat guru disiplin mana tadi" omel Khayla. Dia mendekati Da Bros.
"Kenapa ni?" tanya Khayla.
"Gaduh! Mengejek nama bapa!" jawab Aydin dalam marah.
Khayla mengangguk.
"Cuba buat contoh macam mana korang ejek satu sama lain" pinta Khayla.
Berkerut dahi Da Bros jadinya. Apa yang gadis ni nak buat?
"Dia ejek ayah aku air yakult. Mentang-mentang la nama ayah aku Yakob" jawab seorang pelajar lelaki.
Yang di sebelahnya sudah menjeling.
"Kau ejek papa aku Mazlan jadi Maznah boleh pulak! Maznah tu nama perempuan kut!" balas seorang lagi.
Khayla mengangguk faham. Dia menarik nafas panjang.
"HAHAHA air yakult! HAHAHA dah lama tak jumpa kau, kan Maznah!" usik Khayla. Terkedu Da Bros. Masing-masing memandang Khayla pelik.
Dua pelajar lelaki itu pula sudah membuat muka geram. Khayla senyum sinis.
"Tahu pun sakit hati, kan? Sakit tu la yang masing-masing rasa bila korang ejek satu sama lain. Am I right?" Khayla berpeluk tubuh.
"No need to apologize. It's enough that you realize what other people feel when you do something wrong" pesan Khayla. Dia berlalu masuk ke dalam bangunan sekolah.
"Sorry wey, salah aku sebab mulakan dulu" salah seorang daripada pelajar lelaki itu meminta maaf.
"Aku pun nak minta maaf jugak"

ANDA SEDANG MEMBACA
THE TRIO DA BROS | SU |
Teen FictionBOOK 3: THE TRIO DA BROS "𝐓𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫? 𝐂𝐚𝐧 𝐢𝐭 𝐛𝐞 𝐟𝐨𝐫𝐞𝐯𝐞𝐫?" Biasanya lelaki yang kecoh bila nak pikat gadis idaman. Ini lain pula jadinya. Beautiful as always. Sweet words with a rude mouth. A rude mouth with a pretty smile. Th...