SEMINGGU kemudian, Da Bros menjaga pagar sekolah. Jam di tangan menunjukkan pukul tujuh empat puluh pagi. Sudah tiba masanya untuk menulis nama mana-mana pelajar yang datang lambat. Seorang demi seorang mula masuk ke dalam sekolah.
Sebuah kereta jenis mini cooper berwarna biru berhenti di hadapan pagar sekolah. Setelah bersalam dengan kakaknya, Afrina turun dari kereta. Berbaju pengawas berjawatan. Dia sudah kembali ke jawatannya yang asal. Rambut dibetulkan agar tidak kelihatan serabai. Lalu dia masuk ke dalam sekolah.
"Lambat" tanpa riak Aydin berkata.
Afrina senyum saja. Sedikitpun tidak terasa. Malah dia diam dan biarkan Aydin menulis namanya pada buku log. Sedangkan dia penolong ketua pengawas.
"Alasan?" soal Aydin.
"Kereta I rosak. Jadi I kena tunggu kakak I hantar I. Seperti yang you nampak, sekarang baru I sampai" Afrina memberikan alasan.
Aydin gigih menulis alasan tersebut. Kereta rosak.
"Kau pergi berdiri dekat sana" arah Kasyaf. Jari ditunding kepada sepuluh orang pelajar yang terlewat itu.
Riak wajah Afrina terus berubah. Dia mendekati Kasyaf beberapa langkah.
"What? Lepaskan I" Afrina menyilangkan tangannya ke dada. Sudah kenapa dia kena berdiri bersama pelajar yang lain. Dia penolong ketua pengawas!
"In your dream, Miss Afrina Dania. Hidup ni kena adil, baru tak ada yang membenci" balas Kasyaf.
Afrina senyum sinis. Seriously? Dia tahu yang dia akan diberikan denda nanti. Kerana itulah Kasyaf menyuruhnya menyertai yang lain.
"Pergi Afrina. Jangan buat kecoh. Orang tak nak dengar kau mengamuk dekat sini" celah Luth. Dia sedang menulis nama beberapa orang pelajar yang baru sampai. Kini bilangan mereka telah mencecah lima belas orang. Termasuklah Afrina.
"Shut up, Luth. You sama saja macam Adara. Mulut busuk!" marah Afrina.
Afrina alihkan matanya ke arah mata Aydin. Pandangan mata mereka terpaut. Sebaik menyedari hal itu, Aydin membawa bebola matanya ke atas.
"Go, Afrina. Atau aku akan bagitahu guru disiplin yang kau tak ikut arahan. Ingat, kau masih dibawah pemerhatian guru-guru yang lain" jam di tangan Aydin berbunyi. Dia segera berjalan ke arah pagar dan menutup pagar sekolah yang besar itu.
Afrina ditinggalkan terkebil-kebil seorang diri. Lambat-lambat gadis itu berjalan ke arah yang lain.
"CUCI tandas tu elok-elok. Buat kerja amal ni bukan selalu!" pedas sindiran pengawas junior itu di telinga Afrina. Mana tidaknya, cuma dua orang sahaja yang ditugaskan mencuci tandas perempuan blok budak tingkatan empat dan lima itu.
Jaga kau betina. Ada hari aku akan balas. Aku akan bagi kau denda yang lagi teruk dari ni! Bebel hati Afrina yang cukup panas itu.
Pintu tandas dibuka. Kelihatan Khayla masuk tanpa mempedulikan tiga orang pelajar perempuan itu. Pili air dibuka. Dia membasuh tangan yang kotor itu. Khayla berpaling ke belakang untuk keluar. Namun sempat matanya melihat seorang pelajar yang sedang menggonyoh mangkuk tandas dengan sebatang penyapu berbulu keras.
"Afrina?"
Afrina berhenti melakukan kerja. Penyapu itu dilempar ke dinding dengan cukup kuat. Dia memusingkan badan.
"Apa?"
Khayla agak terkejut melihat gaya serba tak kena pada Afrina itu. Lengan kemeja disinsing hingga siku. Rambut yang sedikit lembap. Skirt yang basah. Terlakar satu senyuman mengejek di bibir Khayla.
YOU ARE READING
THE TRIO DA BROS | SU |
Teen FictionBOOK 3: THE TRIO DA BROS "𝐓𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫? 𝐂𝐚𝐧 𝐢𝐭 𝐛𝐞 𝐟𝐨𝐫𝐞𝐯𝐞𝐫?" Biasanya lelaki yang kecoh bila nak pikat gadis idaman. Ini lain pula jadinya. Beautiful as always. Sweet words with a rude mouth. A rude mouth with a pretty smile. Th...