TTDB 2.21

92 20 1
                                    

(Disebabkan saya terlalu excited nak publish, jadi saya tak sempat nk buat double check)

TANGAN Khayla ditarik kasar. Lalu tubuh gadis itu ditolak rapat ke dinding. Khayla mengerutkan dahinya. Belakangnya juga sakit.

"Kenapa ni, nyah? Nanti orang nampak la" marah Khayla. Dia melihat sekeliling kawasan kolam itu. Kini mereka berada di tepi dinding yang bertentangan dengan kolam renang itu.

"Kau... Kau nak tinggalkan aku, Khay? Kenapa?" soal Aydin.

Khayla meneguk liurnya. Tangannya yang dirapatkan ke dinding menyukarkan Khayla untuk bergerak.

"Kau cakap its okey, dont be sad? Kenapa? Kenapa kau perlu ikut parents kau pergi sana? Tell me everything, dear" desak Aydin.

Hati Aydin bagai dikoyak apabila Khayla mengatakan yang dia ingin ke New York. Sakit yang dia rasakan seolah-olah dia akan kehilangan seseorang.

Khayla diam. Mata redupnya dibawa ke bawah. Aydin mencengkam pipi Khayla. Lalu dipaksa supaya melihat wajahnya.

"Kau sebenarnya... nak lari daripada aku, kan?" duga Aydin. Lalu dia melepaskan pipi Khayla. Aydin pusing ke belakang.

"Hm... aku tak tahu macam mana nak luahkan pada kau. Tapi aku pernah la rasa macam orang bodoh sebab tunggu seseorang. Tapi last-last dia tinggalkan aku" Aydin mengenang nasibnya dulu ketika beria-ia masuk ke QHS.

Cuma pengetua sekolah saja yang tahu rahsia terbesar Aydin. Sebelum dan selepas kembalinya Khayla ke Malaysia.

Aydin mengatur langkah untuk beredar.

"Aydin..."

Aydin berhenti. Namun dia tidak menoleh ke belakang. Khayla menghampiri Aydin.

"Jadikan waktu kita di sini sebagai kenangan yang tak akan kita lupakan. Aku tak nak pergi. Tapi aku tak ada pilihan. Demi kebaikan aku. Aku terpaksa" Bisiknya.

Aydin palingkan muka. Bahu Khayla dipegangnya. Wajah gadis itu sekali lagi diangkat supaya mata mereka bertemu.

"Khay, aku tak minta banyak. Cakap pada aku, kenapa kau kena pergi?" Pergi Khayla itu boleh memberi dua makna. Sementara atau selamanya.

Khayla senyum gaya Afrina. Senyum lebar dengan mata sepet. Tangan Aydin di bahunya dijatuhkan laju. Dia tidak boleh membenarkan Aydin mengorek rahsianya. Selagi dia belum bersedia, dia tidak akan memberitahu kepada sesiapa.

"Abe Din. Kan aku dah cakap. Dont be sad. Kau ni dah kenapa? Jangan la nak emo sangat. The Trio pun tak desak aku macam ni" Khayla gelenglan kepala. Menidakkan perasaan Aydin terhadapnya.

Sedikit demi sedikit, Khayla mula perasan yang Aydin seperti tidak mahu kehilangannya. Aydin menguak rambut ke belakang. Rasa nak tengking Khayla pun ada sekarang ini

"Khay. Tolong serius. Aku desak sebab aku tak nak hilang kau! Faham?" dada Aydin berombak laju. Memainkan irama lagu Melayu.

"Ye ke?"

Aydin menggigit bibir bawahnya. Banyak betul kesabaran yang dia perlukan sekiranya bercakap dengan gadis itu. Mata Khayla jatuh ke bawah. Mungkin sudah tiba masanya dia nyatakan perasaannya terhadap Aydin.

"Nothing can change my feelings for you, Aydin. But promise me..."

"Promise what?"

Khayla mengangkat kepala dan melihat mata Aydin. Mata yang mengharapkan dia, Khayla setia di sebelahnya.

"But promise me dont fall in love with Afrina again. Dengan perempuan lain aku boleh bersabar. Tapi dengan dia, maaf. Aku tak boleh nak bertolak ansur. Hihihihi" pesan Khayla. Ketawa halus mengakhiri bicaranya. Malu! Khayla mengambil langkah untuk beredar dari situ.

THE TRIO DA BROS | SU |Where stories live. Discover now