TTDB 0.5

373 67 12
                                        

KHAYLA menerjah masuk ke sebuah kelas yang pelajar lelaki itu masuk. Dia terkejut saat melihat bukan hanya pelajar itu seorang sahaja, tetapi ramai. Itu geng Aces.

"What are you doing here, sweetie?" tanya seseorang yang duduk di atas kerusi guru.

"I just want him" Khayla menunjukkan jarinya kepada pelajar yang merempuhnya tadi.

Ketua geng Aces itu melihat ke arah pelajar yang ditunjukkan Khayla.

"Why? Dia boyfriend kau?" tanya ketuanya.

Khayla mengeluh.

"Tak boleh ke cuma bagi dia pada aku? Aku bukan nak bunuh dia pun. I just want to teach him how to apologize" mata Khayla langsung tidak dialihkan dari wajah pelajar itu.

Pelajar itu berdiri di sebelah ketua geng Aces, Aaron.

"Apologize?" Aaron mengetuk kepala pelajar itu. Sebelum menolak pelajar itu ke arah Khayla.

"Sakit sial!" balas Rafqi. Dia menggosok kepalanya.

"Settlekan la. Jangan libatkan aku sudah" Aaron bangun dari kerusi dan bergerak keluar dari kelas. Langkahnya diikuti beberapa orang ahli kumpulannya.

"Sini kau!" tengking Khayla.

Namun pelajar yang bernama Rafqi itu mencapai sebatang penyapu yang berada dekat dengannya.

"Ka... kau dekat, a... aku pukul kau dengan penyapu ni!" katanya.

Penyapu itu seolah-olah menjadi senjata buatnya. Bersedia memukul Khayla jika gadis itu mendekat. Khayla tersenyum sinis. Kelakar pula!

"Pukul aku? Dengan penyapu tu? Are you kidding me? Zaman bila main penyapu ni?" Khayla menyilangkan tangannya ke dada.

Rafqi mendecit.

Dia berlari ke arah Khayla dengan penyapu itu masih di tangannya. Khayla smirk. Sebuah kerusi plastik di sebelahnya dilempar laju kepada Rafqi. Kerusi plastik itu terkena kepala botak lelaki itu. Dia jatuh terduduk di atas lantai.

"Bro... I just want you to apologize to me. Itu saja. Yang kau nak pukul aku dengan penyapu ni kenapa? Bukannya teruk sangat kesalahan tu. Minta maaf saja la. Benda senang, jangan nak rumitkan lagi..." kata Khayla.

"Hah?" Rafqi blur. Dia melepaskan penyapu di tangannya.

"Minta maaf... bila kau rasa kau ada buat salah, kau perlu minta maaf. Minta maaf tak semestinya tanda kau mengalah. Tak. Minta maaf tu tandanya kau sedar dengan kesalahan yang kau pernah buat" terang Khayla. Barangkali lelaki itu tidak tahu apa itu minta maaf.

'Tapi tadi aku cakap dekat dua budak tu no need to apologize. Hmm... lantak dia la. Bukan buat salah dengan aku pun!'

"Lah! Dah kenapa aku nak cuci otak kau? Minta maaf sekarang!" Khayla bercekak pinggang.

"So... sorry" Rafqi menggaru belakang kepalanya. Kemudian dia tersengih.

Pintu kelas dibuka kuat.

KLAK!

Khayla terus berpaling ke belakang. Da Bros masuk ke dalam kelas.

"Dah hancur ke tulang kau?" tanya Luth sinis. Rafqi menjeling. Dia bangun dan keluar dari kelas.

Khayla mengangkat kerusi yang dibalingnya tadi dan letak di tempat yang betul. Sementara Kasyaf pula meletakkan penyapu di tempat yang asal.

"Habis basah baju aku sebab dia" bebel Khayla sendiri.

THE TRIO DA BROS | SU |Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang