ERYNA berjalan mengelilingi padang sekolah. Sudah dua pusingan dia lakukan. Namun tiada tanda-tanda yang Kasyaf menyuruhnya supaya berhenti.
"Ryn! I suruh you lari! Bukan berjalan!" jerit Kasyaf yang duduk di bleachers.
"Suka hati aku la nak merangkak ke nak mengesot ke. Ada aku susahkan kau?! Tak, kan!" balas Eryna.
Kasyaf menggelengkan kepala. Lain yang disuruh, lain yang dibuat Eryna. Eryna berhenti melangkah.
"Kenapa berhenti? You tak nak masuk kelas ke?" tanya Kasyaf. Eryna mengempal penumbuk.
"Kenapa I perlu ikut cakap you sedangkan I tak buat semua tu?! Tak tergamaknya la I nak skodeng orang berak!" kata Eryna. Dia menyingsing legan baju sukannya. Baru sedar, dia tidak sepatutnya mengikuti arahan daripada Kasyaf.
"So what? I dah denda you pun, Eryna. Why not kalau you teruskan saja denda yang I bagi ni" Kasyaf melangkah turun dari bleachers.
Eryna menghampiri Kasyaf. "I tak salah la Kasyaf! I cuba lindungi perempuan tu! Takkan you pun tak percayakan I?!"
"Tell me. How can I believe you without proof, Eryna Naurah?" Kasyaf mendekatkan wajahnya pada wajah Eryna.
"We just met this year. I don't know you very well. What you like, what you don't like. I don't know. Entah-entah... you seorang yang suka sama jenis" sambung Kasyaf. Dia menyeringai.
"So... let's know each other. Without anyone else knowing that we are getting to know each other" Eryna menolak dahi Kasyaf jauh dari wajahnya.
"Let's see. Who will fell in love first, dear" bisik Eryna. Dia mengenyitkan mata.
SEORANG pelajar perempuan tingkatan empat masuk ke tandas berdekatan kolam renang. Di sana ramai pelajar yang sedang membuat latihan renang bagi hari sukan yang mendatang. Kerana sakit perut punya pasal, pelajar perempuan itu tersalah masuk jamban.
Eryna yang berada berdekatan tandas itu berjalan ke belakang. Mencari duit syilingnya yang terjatuh entah ke mana. Eryna berjalan di sekitar kawasan tandas itu.
"Aku dengar ada pelajar perempuan salah masuk jamban" kata seorang lelaki.
Langkah Eryna mati.
"Betul ke? Kita intai, nak?" cadang seorang lagi.
"Boleh jugak"
Salah seorang dari pelajar-pelajar lelaki itu memanjat sebuah kerusi plastik yang ada. Dia mula merapatkan matanya pada sisip angin tandas. Sementara Eryna merapatkan badannya pada dinding. Dia berjalan perlahan-lahan mendekati suara-suara itu.
"Kau nampak apa wey?" tanya salah seorang. Muka Eryna mula merah padam.
"Hei!" jerkah Eryna. Pelajar yang berada dia dalam tandas menoleh ke atas. Terkejut dia melihat seperti ada bayang seseorang. Dia menjerit.
"Argh....!!!" pelajar perempuan itu cepat-cepat keluar dari tandas.
Dua pelajar lelaki itu berpaling sebaik mendengar jerkahan Eryna dan jeritan pelajar itu. Mereka berlari meninggalkan kawasan itu. Namun Eryna tidak sempat untuk mengejar dua pelajar lelaki itu.
"Apa yang you buat ni?!" tanya seseorang. Eryna menoleh.
PANG!
Kepala Eryna terteleng ke tepi.
"I akan report benda ni pada cikgu disiplin!" kata pelajar itu.
Eryna tersentak. Dia hilang kata. Pipinya mula menunjukkan kesan merah. Eryna menyentuh pipinya.
YOU ARE READING
THE TRIO DA BROS | SU |
Novela JuvenilBOOK 3: THE TRIO DA BROS "𝐓𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫? 𝐂𝐚𝐧 𝐢𝐭 𝐛𝐞 𝐟𝐨𝐫𝐞𝐯𝐞𝐫?" Biasanya lelaki yang kecoh bila nak pikat gadis idaman. Ini lain pula jadinya. Beautiful as always. Sweet words with a rude mouth. A rude mouth with a pretty smile. Th...