DA Bros keluar dari bilik penyalinan pakaian.
"Kasyaf!" panggil Afrina dari bilik sebelah. Bilik penyalinan pakaian pelajar perempuan.
Langkah Da Bros mati. Kasyaf menoleh ke belakang. Afrina mendekati Kasyaf.
"Apa?" tanya Kasyaf dengan suara yang bernada perlahan. Tahu sudah. Mesti perempuan ini ingin membahas tantang mengapa dia menyekat tamparan tadi.
"Kanapa you pegang tangan I tadi? Kalau tak, dah merah dah pipi perempuan itu kena dengan I! Kurang ajar betul dia tu!" marah Afrina.
"Tu je?" Kasyaf menjungkitkan keningnya.
"For your information Miss Afrina. Barang yang mereka bawa tu tak seteruk yang kau sangkakan. Mereka bukannya bawa parang ataupun pistol. Mereka bawa atas sebab untuk melindungi diri. Mereka tu pelajar kesayangan guru besar kau tahu tak. Dan pelajar dari tingkatan tiga atas. Aku tak rasa penyembur pemedih mata tu satu benda yang salah. Cikgu Zahir pun lepaskan mereka" terang Kasyaf. Afrina menggigit bibir bawahnya.
"Tak! Benda tu benda terlarang! Diaorang sepatutnya terima hukuman!" kata Afrina.
Dia berjalan dua tapak meninggalkan Da Bros. Namun Aydin sempat menyambar lengan kiri Afrina. Afrina menoleh laju. Aydin memandangnya dengan pandangan maut.
"Orang yang boleh tentukan sama ada seseorang tu layak dihukum cumalah Da Bros dengan Cikgu Zahir sahaja. Kau tak ada apa-apa hak ke atas tu walaupun kau penolong ketua pengawas. Faham?" bisik Aydin. Ngeri bunyinya.
Aydin melepaskan lengan Afrina laju. Tanpa Amaran Afrina menarik kolar baju sukan milik Aydin. Badan Aydin bergerak sedikit kerana tarikan dari Afrina. Terbuntang dua pasang mata Luth dan Kasyaf.
"I tak nak gaduh dengan you. Tapi I tak faham. Kenapa you nak backup diaorang sangat?!" tengking Afrina.
"They are my friends" kata Aydin perlahan. Afrina mengangguk sambil senyum sinis. Pelajar yang keluar dari bilik penyalinan itu melihat mereka pelik.
"Friends? Habistu Khayla? Friend jugak ke? You jangan ingat I tak perasan yang you dengan dia semakin rapat la Aydin! Sejak dia datang sini balik, I perasan yang you selalu pandang dia!" marah gadis itu.
"Kenapa kau benci sangat dengan Khayla? Aku tengok dia okey je. Baik. Ya, baik walaupun kadang-kadang macam kurang diajar. I think she's better than you, Afrina. More better than you" ujar Aydin. Dia melepaskan tangan Afrina dari bajunya.
"You jangan nak berharap sangat pada dia, Aydin! She will destroy your heart! I kenal dia sejak I tingkatan satu lagi. Dia tak suka lelaki, Aydin! Dia akan buat you tergila-gilakan dia! Tapi hati dia tak!" Afrina berkata.
"... you hadam kata-kata I ni, Aydin" sambungnya lagi.
Tanpa membuang waktu, Da Bros berjalan ke padang sekolah. Meninggalakan Afrina yang bagai tidak waras itu.
"Kau tak nak bagitahu dia benda betul ke, Aydin?" tanya Kasyaf. Namun Aydin hanya diam.
"Jangan sampai cinta dia tu bertukar dendam pulak nanti. Tak tenang hidup kau tu. Bukan kau je, Khayla pun sama" celah Luth.
Mereka tiba di padang sekolah.
"Wey, korang tahu tak nama akaun ig Khayla?" soal Aydin tiba-tiba. Sudah lama dia ingin bertanya. Tetapi adakah dia harus bertanya pada tuan punya badan sendiri?
Luth dan Kasyaf terdiam seketika. Kemudian Luth mengangguk. Aydin memberikan telefonnya kepada Luth. Luth membuat muka menyampah. Nak stalk la tu! Ikon Instagram dibuka. Lalu Luth menaip nama akaun Khayla. Telefon bertukar tangan semula.

ANDA SEDANG MEMBACA
THE TRIO DA BROS | SU |
Teen FictionBOOK 3: THE TRIO DA BROS "𝐓𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫? 𝐂𝐚𝐧 𝐢𝐭 𝐛𝐞 𝐟𝐨𝐫𝐞𝐯𝐞𝐫?" Biasanya lelaki yang kecoh bila nak pikat gadis idaman. Ini lain pula jadinya. Beautiful as always. Sweet words with a rude mouth. A rude mouth with a pretty smile. Th...