୨⎯ " The Dark Past "⎯୧
.·:*¨༺ •---------••---------• ༻¨*:·.Sudah larut malam dan hyunjae masih tidak keluar dari dalam stor.
⋋✿ FLASHBACK ✿⋌
Setelah didesak berulang kali, barulah hyunjae mengikut mereka untuk pulang. Mereka membawa hyunjae untuk tinggal di rumah mereka pada hari itu.
Hyunjae kelihatan sangat lemah, pergerakannya juga jelas menunjukkan bahawa dia tidak bermaya. Juyeon memimpin hyunjae hingga dia terduduk di atas sofa.
"Jae?" Panggil juyeon lembut. Namun, panggilannya tidak mendapat sebarang respon dari hyunjae. Si kembar berpandangan dengan penuh kerisauan. Jyujin kemudian mengorak langkah menuju ke dalam stor dan mengambil sesuatu sebelum kembali semula ke ruang tamu.
"Hyunjae." Panggil jyujin. Sekali lagi, tiada sebarang jawapan darinya. Jyujin melepaskan keluhan sebelum menghulurkan sesuatu pada hyunjae. Jejaka itu hanya memberi tatapan kosong saja sebelum dia dapat memproses objek yang dihulurkan oleh jyujin. Lantas tangannya mengambil objek yang berbentuk patung beruang berkembar.
"Mana kau—" Tak sempat dia menghabiskan kata-katanya, jyujin memotong.
"Jaehyun bagi. Dia minta kami simpan benda ni sampailah dia dapat jumpa semula dengan kembar dia. Dia yang beli patung ni dulu. Katanya, patung ni sama dengan patung yang awak dan dia pernah beli dulu. Tapi tak lama lepastu, patung tu hilangkan? Dia harap sangat yang dia dapat bagi patung ni sendiri kat awak. Ianya hadiah daripada lee jaehyun untuk satu²nya kembar yang dia ada dan sayang."
Hyunjae menatap patung kecil itu dengan mata yang berkaca.
"Jaehyun tu selalu sangat sebut nama kau. Dia selalu cerita pasal kau kat kitorang. Teruja betul dia masa tu. Tapi, dia tak pandai nak sorok rasa sedih dia. Macam kau sekarang. Dia rindu sangat kat kau. Dia risau kalau apa² yang buruk berlaku pada kembar dia ni. Lebih² lagi, dia tu abang, tanggungjawab dia tetap lebih berat walaupun korang kembar. Dia selalu risau sebab tak dapat lindungi kau. Kau salahkan diri kau kan atas apa yang berlaku? Sama jugak dengan jaehyun. Dia salahkan diri dia sebab kau kena culik." Ujar juyeon. Walaupun nadanya seperti biasa, juyeon juga sedang sedaya upaya untuk tidak menangis. Kenalah tunjuk kuat kan?
"Bukan salah dia.... Tapi a—"
"SUDAHLAH TU!! BOLEH TAK AWAK BERHENTI SALAHKAN DIRI AWAK!? AWAK DENGAN JAEHYUN SAMA JA! BOLEH TAK BERHENTI BUAT SAYA MENANGIS!? SIKIT² NAK SALAHKAN DIRI SENDIRI!! APALAH YANG SUSAH SANGAT UNTUK TERIMA JA TAKDIR NI!? TERIMA JELAH APA YANG BERLAKU! INI BUKAN SALAH AWAK DAN BUKAN SALAH JAEHYUN!! SEMUA NI NAK BERLAKU! TERIMA JELAH! WALAUPUN SUSAH UNTUK KITA HADAM SEMUA NI, TAPI ITULAH HAKIKATNYA! LEE HYUNJAE! TERIMA SAJA LAH!!!" Raung jyujin sekuat hati dengan laju. Dia sudah tidak sanggup melihat hyunjae asyik menyalahkan dirinya dari tadi. Dia mula hilang sabar. Air matanya yang dari tadi ditahan, akhirnya mengalir deras sejurus dengan kata²nya.
Hyunjae terkelu mendengar kata-kata si gadis. Suasana menjadi hening seketika. Pandangan hyunjae hanya tertumpu pada patung di tangannya.
YOU ARE READING
₍₍C⁾⁾ 𝚃𝙷𝙴 𝙳𝙰𝚁𝙺 𝙿𝙰𝚂𝚃 || ʟᴇᴇ ʜʏᴜɴᴊᴀᴇ
FanfictionThe past that only 'he' knows. The dark past that made 'him' suffer in the rest of 'his' life. The truth about 'him' Sambungan daripada 'I WANT TO GO BACK' START :13/9/2021 END :16/1/2023