Chapt 21

10 2 29
                                    

୨⎯ " The Dark Past "⎯୧
.·:*¨༺ •---------••---------• ༻¨*:·.

- HYUNJAE PoV -

"Oppa!? Mana oppa ni?? Oppa!!"

Sudah hampir 1 jam sejak juyeon berada di dalam ICU. Jyujin juga masih tidak berhenti menangis. Berkali-kali aku cuba menenangkan dia, namun gagal. Aku menarik semula tubuh gadis masuk ke dalam dakapan aku.

"Semua ni salah saya... Hiks... Saya sepatutnya terus balik ja tadi... Hiks... Oppa.... Saya patut pergi jaga dia... Hiks..." Luah gadis itu.

"Jyujin. Bertenang. Semua ni bukan salah awak."

"Habis salah siapa!? Awak!?" Terkesima aku apabila nada suaranya meninggi pada aku.

"Macamana awak ada situ?" Soalku teragak-agak.

"S-saya... Saya nak kejar awak... Saya nak minta maaf dan jelaskan apa yang awak nampak kat taman tadi... Kalau saya tak buat macam tu dengan changmin, mesti awak takkan salah faham.... Mesti awak takkan larikan diri.... Dan saya takkan cari awak dan.... Semua ni takkan berlaku... Juyeon mesti okay saja sekarang ni... Hiks.." Wajahnya disembam pada dadaku. Aku mengusap belakang kepalanya lembut. Ubun²nya aku kucup.

Bila difikirkan balik, semua ni salah aku juga. Kalaulah aku ikutkan saja cakap yuna tadi, semua ni takkan berlaku.

"Jyujin! Yah! Neon gwaenchanha?" Yuna yang baru tiba terus menyoal. Bahu jyujin ditarik olehnya.

"Hey... Aku tanya ni... Neo gwaenchanha?" Soal yuna lagi.

"Anh... An gwaenchanha.... Yuna.... Oppa aku.... Hikss.. Semuanya salah aku...." Kini tubuh yuna pula menjadi dakapan jyujin.

"Aigoo... Semua ni bukan salah kau. Please don't blame yourself. Oppa kau mesti tak suka tengok saeng dia macamni. Please, jyujin?" Pujuk yuna.

Tangan aku secara tiba-tiba ditarik oleh seseorang.

Younghoon.

Changmin juga ada bersamanya.

"Apa yang dah jadi? Macam mana juyeon boleh jadi macamni?"

"Semua salah aku." Aku perasan mata younghoon membulat. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa sukar untuk dia percaya kata² aku.

"Apa maksud kau?" Soalnya lagi.

Aku memandang changmin sekilas sebelum mengalihkan pandangan aku pada jyujin.

"Aku terlalu ikutkan perasaan. Aku tak sepatutnya lari masa tu. Sepatutnya aku ikutkan saja cakap yuna. Aku dah gagal lindungi kembar tu.... Kami tak sepatutnya berjumpa langsung..."

"Kau ni memang-" Younghoon mengepalkan penumbuknya ke udara.

"Wow! Younghoon. Sabar." Changmin menghalang penumbuk younghoon dari mula bergerak ke arah aku.

"Eishh!! Sebab aku ingat kau ni member aku ja tau? Tolong jangan salahkan diri kau. Semua benda ni memang nak berlaku." Aku hanya mendiamkan diri.

Suasana menjadi sunyi sepi. Hanya suara tangisan si gadis saja yang kedengaran.

- AUTHOR PoV -

₍₍C⁾⁾ 𝚃𝙷𝙴 𝙳𝙰𝚁𝙺 𝙿𝙰𝚂𝚃 || ʟᴇᴇ ʜʏᴜɴᴊᴀᴇWhere stories live. Discover now