Chapt 12

33 3 122
                                    

୨⎯ " The Dark Past "⎯୧
.·:*¨༺ •---------••---------• ༻¨*:·.

- HYUNJAE PoV -

Aku terjaga sebaik sahaja aku merasakan dahi aku berlanggar dengan sesuatu yang keras. Perlahan-lahan aku membuka kelopak mata aku. Perkara pertama yang aku lihat sebaik sahaja mata aku dibuka ialah...

Jyujin.

Wajahnya berada betul² di hadapan wajah aku. Agak terkejut aku apabila melihat jarak antara wajah kami sangat dekat. Aku dapat rasakan senyuman mula terbit pada wajah aku. Gadis itu sangat lena dibuai mimpi sehingga dia tak sedar dahi aku telah berlaga dengan dahi miliknya.

Tangan aku perlahan-lahan bergerak ke arah wajahnya. Rambutnya yang menutupi sedikit wajahnya aku selitkan ke belakang telinga. Belakang tangan aku digunakan bagi mengusap lembut wajahnya kepalanya sedikit bergerak akibat merasakan sesuatu menyentuh wajahnya. Tindakannya membuatkan aku tergelak kecil.

"Kwiyeowo." Ujarku perlahan. Aku mencubit sedikit hidung milik jyujin. Melihat reaksi wajahnya membuatkan aku tak henti-henti melepaskan tawa kecil.

"Jyujin-ah." Bisik aku lagi. "Neomu kwiyeowo. Patutlah jaehyun sayang kau." Walaupun aku rasa sebak apabila nama jaehyun aku sebut, namun, aku tetap tersenyum. Aku tak pasti kenapa. Bila aku dapat macamni dengan jyujin, aku asyik tersenyum ja. Bahaya kalau dia dan juyeon nampak aku senyum ni.

Tapi.... Seronok lah pulak usik dia ni.

Tak henti² tangan aku mengusik jyujin yang sedang tidur.

Aku juga mengusap lembut sebelah tangannya. Kecil betullah tangan dia. Comel.

Tapi.... Kenapa dia ada kat sini? Macam mana-

"Uhuk uhukk!!" Alamak! Tersedak pulak. Lantas aku mengubah posisi aku yang tadinya baring kepada duduk. Dan disebabkan itu, aku dah buat jyujin terjaga dari tidurnya. Aku tak henti-henti melepaskan batuk.

"Hyunjae!? Hyunjae!? Awak okay tak!?" Dia lantas bangun lalu menepuk² belakang aku. Setelah itu, batuk aku pon berhenti. Gadis itu duduk di atas katil di sebelah aku. Aku memandang dia sekilas. Wajahnya tampak risau dengan keadaan aku.

Hampir² saja aku mengukirkan senyuman. Aku terus mengubah riak wajah aku menjadi dingin semula.

"Awak okay ka ni?" Tangannya pantas memegang dahi aku. "Omo!! Awak demam lagi lah. Dah²! Baring balik." Dia membantu aku untuk baring semula. Aku blur. Apa maksud dia?

"Demam lagi?" Soalku.

"Kau lupa? Malam tadi kau demam. Badan kau panas sangat²! Juyeon bawa lah kau masuk bilik ni. Dia mandikan kau dan tukar baju kau." Aku tidak memberi sebarang reaksi. Sehinggalah aku tersedar.

"MWO!?" Terkejut gadis itu dengan suara aku. "Maksud kau, dia buka baju aku!?" Soalku risau. Dia hanya membalas dengan anggukan.

"Sorry. Dia terpaksa juga. Dan aku pon...." Dia tertunduk serba salah.

"Korang nampak lah kan?" Soalku lagi dengan dingin. Dia mengangguk perlahan.

"Sorry again." Perlahan saja suaranya. Aku kemudian dapat satu idea untuk usik dia. Tersenyum sinis aku memandangnya.

"Suka eh kau?" Kata aku tiba². Reaksi muka aku betulkan. Dia mendongak memandang aku. Blur. "Kau mesti ada sentuh badan aku kan?" Dia mengangguk. Agak terkejut aku kat situ. Tapi aku masih meneruskan rancangan aku. "Mesti kau suka kan tengok badan aku ni?" Matanya berkedip dengan laju.

₍₍C⁾⁾ 𝚃𝙷𝙴 𝙳𝙰𝚁𝙺 𝙿𝙰𝚂𝚃 || ʟᴇᴇ ʜʏᴜɴᴊᴀᴇWhere stories live. Discover now