20XX
...
"Airis, kau kan satu-satunya kawan aku kan?".
"Haah". Dia menjawab sambil menggigit, yes mengigit aiskrim Malaysianya yang berperisa bandung itu.
"Aku nak tanya sesuatu boleh?".
"Tanya la". Sebelah tangannya terketar-ketar memegang plastik sejuk aiskrim bandungnya itu, sebelah lagi sedang memaut erat lengan ku. Seperti tidak mahu lepas sahaja.
Airis Qisteena.
Satu-satunya kawan aku sepanjang 5 tahun aku bersekolah di sekolah menengah itu. Aku pertama kali kenal dia sewaktu waktu makan tengahari di sekolah. Masatu, tiada siapa pon yang berani nak makan dengan aku sebab mereka geli melihat muka aku yang dinaiki campak itu.Iya, demam campak pada hari pertama persekolahan aku di sekolah menengah itu.
Aku hampir menangis masa makan pada hari itu. Tetapi, nasib baiklah ada Airis yang sanggup temankan aku. Semenjak haritu la kitorang berkawan baik.
Sahabat.
Selamanya.(a/n: if you read Book 1 and Book 2,im sure you'll cry here)
"Oit! Mengelamun pulak! Kau nak tanya apa?". Dia memberhentikan langkahnya dan menyiku perlahan pinggang ku.
"Hehe, sorry. Tak, aku nak tanya... nanti, lepas habis SPM, kau nak kerja ke?".
Sekali lagi, langkahnya atau langkah kami terhenti.
Dia mengangguk beberapa kali sebelum berkata,
"Haah. Kau nak ikut tak?". Dapat ku dengar keterujaan di dalam suaranya yang masih lagi berbunyi seperti kanak-kanak sekolah rendah itu.
"Hm... Nak la. Tapi, mak ayah aku kasi ke?".
Kami menyambung semula perjalanan balik ke rumah daripada sekolah itu.
"Biar aku pujuk, okay?".
Uish, excited betul Si Airis ni!
Macam ni la baru aku bersemangat!"Okay".
"Tapi, kenapa kau nak kerja?". Airis menyoal.
"Aku nak tolong mak ayah aku la, kesian dorang, turun sawah panas-panas terik. Kalau aku kerja, dapat la aku bagi duit gaji aku dekat dorang". Aku tersenyum lebar.
"Haah kan? Baik betul niat kau. Niat aku pon baik, aku nak tolong kau ni, boleh tak?".
"Mestilah! Aku tak sabar nak kerja!".
...
"Wey, sorry tak dapat hantar kau sampai depan rumah. Mak aku suruh balik cepat harini, nak teman dia pergi pasar".
Kami berhenti tepat di hadapan rumah kayu yang agak besar milik keluarga Airis itu.
"Takpela, Ris. Aku pon nak pergi kedai kejap ni". Aku memeluk bahu nya dan mencium kepalanya yang berlapik tudung itu.
"Eee, apa cium-cium ni?! Aku simpan untuk suami aku la!". Dia ketawa besar di situ.
"Untuk siapa Airis?". Mak Long, ibu kepada Airis, mencerlung tajam muka anaknya itu.
"Ehehe, takde la mak. Simpan untuk mak la".
Amboi, pandai dia cover!
"Dia ni Mak Long, gatal nak kahwin!". Aku mencubit halus pinggangnya sambil ketawa terbahak-bahak di situ.
"Apa-apa je la, Airis. Asal kau tak rampas laki orang sudah. Ha, Khairina, tak nak naik dulu ke?". Mak Long bertanya.
"Tak kot, Mak Long. Khairina nak pergi kedai kejap".
"Hm, takpela macam tu. Mak Long pon nak pergi pasar ni dengan Airis". Mak Long perlahan-lahan menuruni tangga kayu rumahnya itu dan berdiri di sebelah Airis.
"Mak, apeni? Orang baru balik sekolah".
"Ha, mengeluh ke?".
"Eh, tak tak".
Pandai betul budak ni mengelat!
"Khairina pergi dulu, Mak Long". Aku mencapai tangan yang agak kasar itu lalu menciumnya lembut.
"Hm, hati-hati tau!". Mak Long seakan menjerit kepada ku yang baru sahaja beberapa langkah menapak menjauhi laman rumah itu.
Aku tidak membalas, sebaliknya mengangkat jari ini: 👌🏻.
...
"Pak Man, aiskrim ni satu tau". Aku meletakkan aiskrim berperisa susu dan coklat itu ke atas kaunter kecil Pak Man itu.
"Satu je? Kawan kamu mana?". Pak cik tua yang sudah berusia lebih setengah abad itu bertanya selepas mengambil 4 keping duit syiling berupa 50 sen itu daripada tangan ku.
"Dia balik dulu tadi".
"Hm, nah".
"Terima kasih, Pak Man". Aku tersenyum dan mencapai aiskrim itu.
"Kejap, Pak Man ada benda nak tanya ni".
"Tanya la, Pak Man".
"Bukan apa la, tapi bila mak ayah kamu nak bayar hutang yang bulan-bulan lepas tu? Kalau macam ni, boleh bangkrap, Pak Man!". Dia memicit-micit dahinya.
"Takpe nant-".
"Berapa hutang mak ayah dia dengan pakcik?".
Aik, siapa tu?
Aku tidak boleh berpaling menghadapa suara milik seorang lelaki itu kerana dia berdiri betul-betul di belakang badan ku.
"Kamu ni siapa?".
"Saya ulang sekali lagi, berapa hutang mak ayah dia dengan pakcik?". Kalini, suara itu sedikit tegas berbanding tadi.
"RM50".
"Tch, 50 je pon. Nah...".
Dapat ku rasakan tangan lelaki itu mengeluarkan dua keping wang RM50 daripada dalam poketnya.
"Ni dah lebih dah ni, encik". Kata Pak Man.
Aku masih lagi terpatung di situ.
"Takpe, pergi paket kan barang-barang dapur untuk dia ni".
"O-okay, encik". Pak Man tergesa-gesa keluar daripada kaunter kecilnya itu dan bergegas ke belakang untuk menunaikan permintaan orang asing ini.
Di sini la, aku mengambil kesempatan untuk memusingkan badan ku, menghadap lelaki itu.
"You are beautiful". Dia berbisik sambil mendekatkan mukanya ke muka ku. Kedua tangannya pula diletakkan kedua-dua sisi badan ku.
I was trapped in his 'cage' in Pak Man punya kedai runcit!
Berdebar-debar jantung aku memandang rupa nya yang serba manis itu.
Aku cuba melepaskan diri, namun dia mendekatkan lagi badan nya dengan ku.
"Nama apa?". Dia bertanya.
"Lepas lah". Aku sudah separa menjerit.
He smirked and kept staring at me.
"Lepas, boleh tak? Kalau tak, saya jerit". Aku berkata-kata kepada lelaki yang lengkap berpakaian kerja seperti seorang CEO syarikat itu.
"Jerit la, lepastu I kiss bibir you tu".
Semakin dekat...
Semakin dekat...
Semakin dekat..."Ni ada lagi bagi seringgit ni. Pak Man simpan jela ya?".
Terdengar sahaja suara Pak Man, terus aku menolak kuat badan lelaki asing itu.
"Haah, Pak Man ambil jela. Khairina balik dulu". Aku mencapai plastik yang agak besar bewarna biru itu lalu melangkah laju, keluar daripada kedai itu.
...
khairin point of view:
"Khairina...".
end
YOU ARE READING
[BOOK 3] THE PROLOGUE ||©
Romance[PUTERI KHAIRINA The Series] Puteri Khairina Amirul Khairin One of the most beautiful love story I've ever written. Permulaan kepada segala kisah pertemuan di antara seorang jejaka bernama Amirul Khairin dan seorang wanita polos bernama Puteri Kha...