15- Nightmares

375 23 0
                                    

khairin point of view:

Krekk...

Perlahan-lahan aku menolak pintu biliknya. Risau, takut-takut dia dah tidur. Tak pasal-pasal terbangun pastu tanya macam-macam.

Tekaan ku tepat dikala aku melihat dia sudah terbaring di atas katilnya, tidur sambil memeluk patung dinasour yang pernah aku berikan kepadanya suatu ketika dulu. To be exact, 2 years ago.

Aku menarik kerusi di meja solek kecil yang ada di sebelah katilnya dan duduk di situ. Plastik yang berisikan barang-barang yang disuruh olehnya untuk aku beli petang tadi, aku letakkan ke atas meja solek itu.

Tangan ku bergerak spontan untuk mengusap rambutnya yang ikal mayang itu.

"Goodnight, Doll".

Chup.

Dan aku melepaskan sebuah ciuman hangat di dahinya.

"If only i can have you". Kata ku sebelum keluar semula daripada bilik itu.

end

...

"KHAIRIN! SIR! BANGUNNN LAAAA!".

Sikit sahaja lagi aku nak menangis di hadapan pintu biliknya itu. Takut punya pasal.

"SIRRR, PLEASE! BUKAK LA PINTU NI".

Aku meneruskan kerjaan ku dengan mengetuk-ngetuk pintu kayu bilik itu dengan agresif.

"Apebende kau ni? Bising la!".

Perkara pertama yang aku buat bila dia buka pintu itu, terus aku peluk batang tubuhnya yang tinggi lampai yang juga masih mamai itu.

"Kenapa kau ni?".

Bajunya mulai dibasahi oleh air mata ku yang suam-suam kuku itu.

Dia mencuba untuk membuang tangan ku daripada pinggangnya, tetapi aku semakin mengemaskan pelukan ku.

"Cuba kau bagitahu, Doll. Apa yang jadi? Kalau nangis je macam ni, macam mana aku nak tolong".

"A-ada hantu. Ada hantu dalam bilik saya".

"Hantu apa kau ni? Mengarut je. Dah la, aku nak tidur, lepas".

Aku menggeleng dan terus memeluknya. Masih lagi ketakutan dengan bayangan yang muncul di luar tingkap bilik kecil itu. Tambahan pula, hujan yang turun dengan begitu lebat sekali pada malam itu. Menambahkan lagi suasana seramnya.

"Doll, lepas".

Aku menggeleng lagi.

"Doll, aku tak nak ulang banyak kali. Baik kau lepas, aku ngantuk, aku nak tidur". Suaranya semakin dingin. Dapat aku rasakan matanya menikam aku.

Tapi, tiada apa yang lebih seram daripada bayangan yang ada di dalam bilik aku itu.

"Oi, perempuan!".

Zzup!

Sekali sahaja, tengkingan kuat itu dilepaskan di hadapan muka ku sendiri, terus sahaja aku melepaskan kedua-dua tangan ku daripada pinggangnya.

"I told you. Stop hugging me! Pastu bila orang marah, nangis, sedih. Lain kali, orang cakap tu, dengar!".

Terdiam aku.
Terdiam seribu bahasa.

"Saya minta maaf". Tegak aku berdiri di hadapan tubuhnya yang tegap itu. Muka ku menunduk memandang tanah.

Kedengaran dia mengeluh kecil.

"Come". Dia seterusnya memegang lembut pergelangan tangan ku.

"Huh?". Baru lah aku berani untuk mengangkat muka ku dan melihat ke dalam anak matanya yang bewarna coklat itu.

"Come. Tidur dengan aku".

"W-what?".

"Tadi cakap takut hantu, aku ajak tidur sekali tak nak pulak!".

"Oh, sebab tu eh?". Tersengih panjang aku.

What the hell were you thinking, Khairina?!

"Dahtu, kau fikir apa? Eh, kalau aku nak kan kau tu, bila-bila masa je la. Takyah sampai nak ajak-ajak bagai. Dah, cepat la, aku ajak sekali je. Aku ngantuk ni". Dia mengakhiri kata-katanya dengan menguap.

"Okay".

...

Aku meletakkan patung dinasour pemberiannya di tengah-tengah katil itu untuk memisahkan aku dan dia.

Kalau tak sebab bayang bodoh tu, takdanya aku nak kena tengking pastu mengada-ngada tidur dengan mamat baran ni!

"Goodnight, Doll". He kissed my forehead and dozed off really quickly.

"Goodnight, sir".

"This isn't working time. You can call me, Khai". Dia tersenyum kecil sambil matanya tertutup.

Dia senyum?
Keajaiban jenis apakah ini?
Tadi marah sangat dekat aku, heh!

"Okay, Khai".

"Goodgirl". He patted my head before really went asleep.

...

khairin point of view:

Aku terjaga di kala mendengar suara-suara Khairina menangis di sebelah ku. And the sound of the shifting bed sheet.

Terus aku buka mata ku dan melihat figura nya yang berpeluh-peluh dan mukanya yang berkerut-kerut itu.

"Mak, ayah.... Mak, ayah!". Dua perkataan tu menjadi semakin kuat dan semakin kuat setiap jeritan.

Lantas aku menariknya ke dalam pelukan ku untuk menenangkannya.

"Hey, hey, hey. Its alright. Its just a dream, shh. Go back to sleep". Aku menggosok-gosok rambut dan bahagian belakang badannya agar dia dapat menenangkan dirinya.

"Mak.... ayah.....".

"Yes, i know. First, go to back to sleep then we will talk about this tomorrow morning okay?".

Dia yang masih berada di alam mimpi itu, mengangguk dan mengemaskan lagi pelukannya.

Cute, little girl.

Aku tersenyum melihat tingkah lakunya itu.

Macam mana lah dia ni boleh takde kawan kat sekolah? Dia cantik kot, cute lagi. Sepakej lah tu. Pastu en, takde orang ke yang nak dekat dia. I mean, suka dekat dia. She's...

... she's perfect.

Aku mencapai telefon ku yang ada di atas meja lampu di sebelah katil itu untuk memesej pembantu peribadi ku.

Sabrina

Sabrina, I nak you cari alamat mak ayah dia ni.
                                                                               (5.08 a.m)

*send pic and khairina's biodata*
                                                 (5.10 a.m)

Dan terus aku off kembali telefon ku dan kembali fokus kepada figura kecil yang tertidur lena di dalam dakapan ku itu.

"Ahh girl, please be mine".

Dalam banyak-banyak wanita yang aku ajak date, dia lah yang paling susah. Aku ingat lagi, first time jumpa, dia ludah aku dengan air liur dia. Second time, dia tampar aku. Setahun yang lepas, she kicked me on my balls. Ouch! Tu yang paling sakit lah tu.

Kalau perempuan lain, baru buka mulut sikit je, dah tergedik-gedik dengan aku. Rimas!

Tapi...

She's 19...

Terlalu muda untuk aku.
Terlalu muda untuk semua ini berlaku dalam hidup dia.
Terlalu muda untuk dijadikan barang jual beli.

end

[BOOK 3] THE PROLOGUE ||©Where stories live. Discover now