"Assalamualaikum mak, ayah. Puteri dah balik ni". Aku mengambil tempat duduk ku di atas kerusi kayu yang ada di ruang tamu kecil rumah keluarga ku itu.
Terlihat emak sedang datang kepada ku sambil tangannya membawa secawan air sejuk.
"Puteri, minum ni. Kan panas kat luar tu".
"Takpela mak, Puteri dah makan aiskrim ni". Aku mengangkat batang aiskrim yang sudah pon tiada apa itu, menunjukkannya kepada emak.
"Oh, cakap pasal aiskrim kan... Puteri beli kat mana aiskrim tu?".
"Kedai Pak Man la. Kenapa? Mak nak jugak? Takpe, esok Puteri beli".
"Tak, apa Puteri ni, ish! Tadi, Pak Man telefon, dia cakap, hutang kita dengan dia dah selesai. Siapa yang bayarkan? Kamu ke? Puteri ambil duit daripada mana? Jangan cakao Puteri mencuri, tak baik tau".
Alamak, aku nak jawab apa ni?
Dah la aku tak kenal pon mamat tua tadi.
Takla tua sangat sebenarnya.Siapa dia?
Apa aku nak jawab dengan mak ni?"Mak, relaks. Puteri tak curi la. Sebenarnya, tadi...".
Okay, kita jujur jela.
Yela, tak baik menipu kan?"... ada seorang lelaki ni. Umur dia lebih kurang umur Pak Su. Hm..., ha dia la yang tolong bayarkan". Sehabis baik aku cuba jelaskan.
"Lelaki? Sebaya Pak Su? Siapa?".
Dah datang dah, mod membawang dia tu.
"Tak kenal. Orang asing. Tak pernah nampak pon kat kampung ni". Aku menjawab selamba sambil meneguk sedikit air sejuk tadi.
"Oh~".
"Abah mana?". Giliran aku pula bertanya.
"Ke sawah. Mak tak pergi harini sebab tak larat". Kata mak sambil mengurut-urut lututnya. Semerbak tercium bau minyak cap kapak yang digunakan olehnya.
...
"Mak, ayah".
"Hm?". Dengar ayah jawab macam ni pon dah seram sejuk. Inikan nak bertanya soalan yang seterusnya, haih... Mahu kering dulu ai liur aku ni.
"Apedie, Puteri?".
"Puteri... Put-put... Puteri...".
Kenapa la boleh tersekat pulak lidah ni, aih?!
"PUTERI NAK IKUT PERGI KERJA DENGAN AIRIS, MAK TEH!". Terdengar kuat laungan suara Airis daripada pintu hadapan rumah ku itu.
Belum sempat apa-apa, dia sudah masuk ke dalam rumah ku itu dan duduk bersebelahan dengan ku.
Tapi takpe.
Dia dah terbiasa macam ni.
Emak dan ayah pon tak kisah."Kerja?".
Perit aku menelan air liur, mendengar persoalan ayah yang sejak daripada tadi mukanya seperti hendak ngap org sahaja!
"Haah, ayah. Puteri nak kerja".
"Kerja apa?".
"Kerja kilang sekali dengan Airis". Tangan sejuk Airis memegang tangan ku, berdebar-debar menantikan jawapan daripada ayahanda ku yang tercinta.
"Kilang dekat mana, Puteri?". Giliran emak pula menyiasat.
"KL, Mak Teh".
"Mak Teh bukan tak nak bagi, lagipun KL tu dekat je. Kurang satu jam je daripada sini. Tapi, Mak Teh risaukan Puteri". Sayu sahaja kedengaran suara emak.
YOU ARE READING
[BOOK 3] THE PROLOGUE ||©
Romance[PUTERI KHAIRINA The Series] Puteri Khairina Amirul Khairin One of the most beautiful love story I've ever written. Permulaan kepada segala kisah pertemuan di antara seorang jejaka bernama Amirul Khairin dan seorang wanita polos bernama Puteri Kha...