INCIDENT

43 3 0
                                    

jimin bangun daripada pengsannya dan terlihat chaeyoung berada disampingnya sambil memegang tangannya terlelap .

dia mengerutkan dahinya .

apa yang dah berlaku pada dirinya semalam ?

chaeyoung yang merasakan pergerakan pada tangan jimin segera bangun daripada tidurnya .

"jimin-ah ?" soalnya .

"kita dekat mana ni ? apa dah jadi dengan saya semalam ?" soal jimin aneh .

"semalam awak jatuh pengsan dekat hospital sebelum nak balik . nasib baik security nampak awak , dia terus call saya untuk dibawa kehospital ." jelasnya .

"security ?"

dia mulai teringat sesuatu .

jimin ? park jimin !" yoora berlari kearahnya dalam keadaan risau .

dia cuba mengegarkan badannya namun masih tidak bangun .

dia mulai cemas .

"security ! security !!!!" jeritnya meminta pertolongan memandangkan hanya pengawal sahaja yang berada dibangunan hospital tersebut .

jimin memegang kepalanya mulai terasa sakit .

"akk-"

"jimin-ah kenapa ni ? sakit lagi ke ? doktor-"

jimin menahan chaeyoung daripada memanggil doktor .

"saya teringatkan sesuatu ." katanya .

chaeyoung memegang tangan jimin erat .

"awak teringatkan apa ?" soalnya .

"yoora....tolong panggilkan dia untuk datang kesini . saya nak berjumpa dengan dia sekejap ." balas jimin membuatkan senyuman chaeyoung jatuh .

chaeyoung melepaskan tangan jimin perlahan .

"a-awak nak buat apa jumpa dengan dia ?" soalnya .

"ada benda yang perlu saya cakapkan ."

chaeyoung mendiamkan dirinya seketika .

"chaeyoung-ah ?"

"n-nae ?"

"panggilkan yoora ? bole ?" kata jimin .

"b-baiklah . saya telefon momo sekejap sebab saya takde nombor dia ." balasnya .

"okay , terima kasih sayang ." kata jimin sambil tersenyum .

chaeyoung membalas senyumannya sedikit terpaksa .

kenapa pulaklah jimin ni nak jumpa dengan yoora . jangan kata dia dah mula pulih daripada ingatan sudahlah .

.............

DI RUMAH YOORA

"wahh cantik rumah awak sekarang , yoora-sshi ." puji chaeyoung yang datang bersama dengan yeonjun .

"takdelah , ini pun berkat hasil duit simpanan saya dulu ." balas yoora .

"segak betul jungmin sekarang . rupanya tak ubah seperti jimin-"

yeonjun mencubit lengan chaeyoung sedikit kuat .

"akk-yah !" marahnya .

terlihat senyuman yoora sedikit pudar namun dia masih boleh tersenyum .

"macam mana dengan keadaan awak sekarang yeonjun ? saya dengar awak berdua dah berhubungan . mesti chaeyoung pandai ambik hati awak kan ?" celah yoora mengubah topik .

 ʜʏʙʀɪsᴛᴏᴘʜɪʟɪᴀ | ᴊɪᴍɪɴ ғғ {DARK GENRE} Where stories live. Discover now