LETTING YOU GO

48 3 2
                                    

jimin memandang yoora dari luar yang sedang menikmati minuman bersama jungmin di sebuah kafe memandangkan harini adalah cuti bekerja .

jimin mengalirkan air matanya melihat mereka berdua yang kelihatan gembira itu .

tak sangka selama ini dia mempunyai keluarga yang setia menunggunya bertahun-tahun . betapa kuatnya yoora menempuhi dugaan ini seorang sambil membesarkan jungmin sehingga keharini tanpa jimin disisinya .

"ouk , pakcik !" sapa jungmin melambai tangan kearah jimin .

jimin membalas lambaian tersebut lalu masuk kedalam kafe menuju kearah mereka .

"pakcik buat apa berdiri dekat luar tadi ? sejuklah ." kata jungmin .

"pakcik saja bersiar-siar tadi , tak tahu pulak jungmin dengan eomma dekat sini ." balasnya lalu memandang yoora .

yoora memandang kearah lain tidak mahu bertentang mata dengannya secara tiba-tiba .

"yoora-ah , kau tak ajak pun aku minum sekali dengan jungmin-"

"aku dah taknak ada kaitan dengan kau lagi ." celahnya .

jimin mengerutkan dahinya .

"kenapa tiba-tiba ni ? kau demam ke-"

"jangan sentuh aku !" katanya meninggikan suara .

"eomma....." kata jungmin pelik dengan perilaku ibunya itu .

"jum , jungmin-ah . tiba-tiba eomma ada kerja yang perlu dibuat ." katanya lalu menarik tangan jungmin keluar daripada kafe .

"apa salah aku pada kau ? kenapa kau bersikap dingin dengan aku secara tiba-tiba ni ?" soal jimin keliru dengannya .

baru sahaja semalam mereka bergurau senda bersama . kenapa yoora berubah sikap terhadapnya tiba-tiba ni ?

yoora memusingkan badannya memandangnya dingin .

"aku rasa lebih baik kita jauhkan diri . aku taknak menyakiti hati sesiapa . lebih baik kau fikirkan tentang chaeyoung . disebabkan hal semalam , ramai orang post gambar kita di internet dan tak mungkinlah chaeyoung tak tahu pasal hal ni jadi aku harap lepasni bolehlah kau keluar daripada hidup aku . aku taknak tengok muka kau lagi ." balas yoora sebelum beredar daripada situ .

jimin hanya berdiri kaku sakit mendengar ayat tersebut dari mulut wanita yang dicintainya .

dia baru sahaja pulih dari ingatannya dan sekarang yoora mahu berjauhan darinya ?

sampai hatinya .

.............

setelah merasakan jimin jauh daripada mereka , yoora memberhentikan langkahnya langsung menangis teresak-esak .

jungmin memandang eommanya risau .

"eomma , kenapa eomma menangis ni ? janganlah menangis ." katanya sambil memeluk kakinya .

yoora terduduk seketika lalu memeluk jungmin erat masih mengalirkan air mata .

dia terpaksa berkata begitu pada jimin supaya kim beom tidak mengancam hidupnya . jimin telah pun mendapat peluang untuk hidup sekali lagi dan sekarang kim beom hendak membunuhnya sekiranya dia berada disekitar jimin . dia tidak sanggup melihat jimin mati dihadapannya .

mungkin ini sahaja caranya untuk membetulkan keadaan .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
chaeyoung termenung diluar tingkap . terlihat riak wajahnya sedih setelah kejadian semalam .

jimin langsung tidak mahu memaafkannya mahupun memandang wajahnya .

tidak ada sebab lagi untuk dia teruskan hidup . tanpa jimin , tiada lagi yang mampu menyayanginya sepertinya .

 ʜʏʙʀɪsᴛᴏᴘʜɪʟɪᴀ | ᴊɪᴍɪɴ ғғ {DARK GENRE} Where stories live. Discover now