" nah hadiah" doktor Amar menghulurkan sebuah kotak yang dibalut dengan kertas hadiah berwarna ungu.
" Terima kasih"
" Jangan buka dekat hospital. Nanti dah sampai rumah baru buka" kata doktor Amar sambil mengupas kulit pisang.
Pisang yang sudah dikupas itu dihulurkan kepada Qaleesya.
Qaleesya tersenyum.
" Terima kasih doktor" tangan Qaleesya bergerak-gerak membuat bahasa isyarat.
" Jom saya bawa pergi jalan-jalan dekat bawah" ajak doktor Amar.
***
" Selalunya waktu petang saya akan jalan kat sini lah. Hirup udara segar sikit" kata doktor Amar sambil menolak kerusi roda yang diduduki Qaleesya.
" Kejap ye Qaleesya. Saya nak pergi tandas kejap" ujar doktor Amar
" Hati-hati doktor"
10 minit berlalu, kelibat doktor Amar masih tidak kelihatan.
Tiba-tiba ada seseorang yang menolak kerusi rodanya.
Qaleesya mendongak, ternyata Nazmi.
Nazmi menolak kerusi roda itu dengan sangat laju. Qaleesya menggengam kuat tempat meletak tangan kerusi roda itu.
Sampai di basement, Nazmi menolak kuat Qaleesya ke dalam keretanya.
Nak keluarkan suara tak boleh, Qaleesya hanya mampu menangis.
" Kau diam!"
Bahu gadis itu terhinjut. Takut dengan situasi sekarang.
***
" aku nikahkan dikau dengan Nur Qaleesya Binti Abdul Razak dengan mas kahwin sebanyak RM 3000 tunai"
" Aku terima nikahnya Nur Qaleesya Binti Abdul Razak dengan mas kahwin sebanyak RM 3000 tunai"
"Sah?"
"Sah"
"Sah"
Qaleesya menunduk. Lelah dengan ujian yang diberi Ilahi.
Air mata juga sudah kering.
Dia tak rela.
Sekarang dia sudah bergelar isteri kepada doktor Nazmi. Lelaki yang merawatnya di hospital.
" Qaleesya"
Qaleesya menoleh. Dia tersenyum sedikit.
Wajah kakaknya yang dirindui dipandang penuh kasih.
Sudah 4 tahun dia tidak bertemu kakaknya." Maaf, sebab kakak yang paksa Nazmi untuk kahwin dengan awak. Ada sebab kakak buat macam ni.
Ibu tak mahu jaga adik, kakak pulak kena stay Paris dan kakak tahu Nazmi boleh jagakan adik. Dia baik" ucap Farisya sambil mencium kekura tangan Qaleesya.
Sebenarnya Farisya boleh sahaja menjaga Qaleesya di Paris, Qaleesya bukanya anak kecil tetapi Farisya malu dengan kondisi adiknya
Qaleesya menarik Farisya kedalam pelukannya.
" Kakak tak boleh jaga awak. Maafkan kakak sebab tak boleh jaga awak. "
Tangan Qaleesya mula bergerak-gerak untuk melakukan bahasa isyarat.
" Maaf sebab adik bisu"
Makin lebat air mata yang turun dari dua adik beradik itu.
***
" Lepas sebulan, aku ceraikan kau" kata Nazmi tanpa memandang Qaleesya yang sedang membentangkan sejadah.
" Ni bilik kau. Bilik aku ada dekat atas. Kau jangan nak memandai masuk bilik aku" sambung Nazmi.
Nazmi terus berlalu naik ke biliknya. Pintu ditutup dan dia terus menghempaskan tubuhnya di atas katil.
***
" Ya Allah, dugaan apa yang kau berikan kepada ku Ya Allah"
" Kau kuatkan hamba-Mu yang lemah ini Ya Allah. Aamiin"
Qaleesya selesai berdoa. Dan di atas sejadah itu lah dia menangis semahu-mahunya.
Meratapi perjalanan hidup yang bakal dia tempuhi.
YOU ARE READING
Only a Month
ActionQaleesya diperlakukan seperti seorang hamba kerana ketidaksempurnaan dan pemikiran tidak bertamadun oleh sang suami, Nazmi Hatiff. Keperitan hidupnya selama berperang dengan perlakuan suami dan perasaan sendiri adakah akan ada sinar pelangi yang bak...