3 tahun kemudian
" Terima kasih Farisya, kerana sentiasa ada bersama saya, yang sentiasa maafkan saya walaupun saya telah bunuh adik awak, yang sedarkan saya, and setia tunggu saya sampai sekarang"
" Saya akan tebus kesalahan saya kepada Qaleesya dengan cara menjaga kakak dia dengan baik. Saya janji" ucap Nazmi apabila dia sudah menjejak kaki ke depan rumahnya.
Farisya tersenyum. Walaupun dia masih belum terima kenyataan bahawa adiknya telah dibunuh oleh tunang sendiri, tetapi dia masih sayangkan Nazmi. Dia percaya, Nazmi mampu berubah menjadi yang lebih baik.
Oh ya, Nazmi dibebaskan kerana kes pembunuhan itu berlaku sewaktu Nazmi dibawah pengaruh alkohol.
Sebagai ganti, Nazmi perlu membayar hampir sejuta ringgit kepada pihak mangsa.
" Okaylah, i nak balik dulu. Nanti ibu cari" pamit Farisya
" Bye. See u next time" balas Nazmi.
***
" Kakak dah balik? Ni ibu ada buat sambal udang" kata puan Hajar apabila Farisya melangkah kearahnya.
Farisya mencium pipi puan Hajar. Hubungannya dengan puan Hajar semakin baik.
Mereka belajar dari kesilapan. Jangan bencikan seseorang, kelak akan terkenang kesalahan lama.
" Sedap tu. Okaylah kakak nak mandi"
***
Krekk-
Pintu bilik Qaleesya dibuka.
Dia memerhati sekeliling bilik itu. Cantik walaupun berhabuk.
Dia duduk sebentar dibirai katil. Terkenang akan semua penderitaan yang telah dia buat terhadap isterinya.
" Ya Allah, ampunkan aku. Tempatkan isteri ku dalam kalangan orang beriman"
Menyesal? Hanya itu yang tersanubari di hatinya sejak 2 tahun lepas.
Dia banyak mendengar forum ceramah yang diadakan oleh pihak bertanggungjawab penjara.
Dia masih ingat kata kata seorang pakar motivasi kepadanya
" Awak patut bersyukur sebab Allah tukarkan hukuman awak. Kalau tidak, awak dah mati di tali gantung. Ada sebab Allah atur bergitu. Mungkin Allah mahu awak belajar erti hidup? Dan juga mungkin Allah mahu awak menjadi orang yang lebih baik?"
Pandangan Nazmi terarah pada sebuah buku dibawah katil.
" Buku dia ke ni?"
Nazmi membuka buku itu. Setiap helai dibelek dan dibacanya.
" Nazmi, andai awak baca buku ni, anggaplah ini satu percakapan realiti kita. Saya tak mampu untuk bersuara. Maaf sebab jadi isteri awak yang cacat"
" Isnin. Harini saya kena pukul. Saya teringat waktu saya kecil, saya selalu dipukul abah sebab abah kaki botol.
Abah tak pukul kakak sebab kakak anak kesayangan abah. Ibu pulak tak halang abah untuk memukuli saya sebab ibu tak pernah balik rumah.
Waktu akhir-akhir didera oleh abah, nenek datang mahu melawat rumah. Nenek hampir sakit jantung melihat saya yang terkulai lemah dengan badan yang dipenuhi lebam dan abah yang mengangkat batu bata mahu melempar ke kepala saya.
Saya ingat lagi, waktu tu saya dah beberapa hari tak mandi. Takda siapa yang mahu mandikan. Lampin pula sudah busuk dan dipenuhi najis.
Nenek bawa saya ke hospital dengan menumpang kenderaan jiran.
Pada awalnya, jiran tu tak mahu bawa nenek dan saya ke hospital. Tapi disebabkan nenek sanggup melutut, jiran tu pun akhirnya membawa kami ke hospital.
Hidup saya memang dipenuhi derita. Tapi saya yakin suatu hari nanti, Allah gantikan hari derita saya dengan hari yang bahagia"
"Jumaat. Abang masih sayangkan kakak Farisya. Habis tu siapa nak sayangkan saya? Ibu dah tak sayang saya, semua orang tak sayangkan saya"
" Sabtu. Dari abang terus pukul saya disebabkan perkahwinan ni, baik abang ceraikan saya dan pergi kahwin dengan kakak Farisya. I deserve someone better"
" Selasa. Saya benci abang! Setiap malam saya menangis kesakitan! Abang tak rasa kesian ke tengok saya?"
Nazmi memeluk buku diari itu. Dia merindui insan yang menulis buku itu. Dia mahu meminta maaf kepada gadis itu.
***
" Assalamualaikum Qaleesya, ni abang datang.
Abang minta maaf sebab buat Qaleesya nangis, Qaleesya trauma, dan macam-macam lagi.
Abang mengaku, abang bukan suami yang baik dalam tempoh perkahwinan kita. Abang dayus.
Abang janji, abang akan jaga kakak awak. Abang akan bimbing dia ke Jannah"
YOU ARE READING
Only a Month
ActionQaleesya diperlakukan seperti seorang hamba kerana ketidaksempurnaan dan pemikiran tidak bertamadun oleh sang suami, Nazmi Hatiff. Keperitan hidupnya selama berperang dengan perlakuan suami dan perasaan sendiri adakah akan ada sinar pelangi yang bak...