3

1.7K 107 0
                                    

" Qaleesya, saya nak check kesihatan awak ni" kata Nazmi

Qaleesya mengangguk.

Stetoskop milik doktor Nazmi melekap pada belakang badan Qaleesya.

" Tangan sakit lagi tak?"

Qaleesya mengangguk.

" Dua atau tiga hari lagi insyaallah lega sikit tangan awak tu" kata Nazmi

Nazmi perasan yang Qaleesya seolah-olah mahu mengatakan sesuatu. Tetapi terhalang kerana ketidaksempurnaan itu.

" Kejap, saya pergi ambil sketch book"

Setelah Nazmi keluar, Qaleesya memejamkan matanya rapat.

Dia tak kuat.

Dia rapuh.

Dia rindu.

Rindu ibunya.

Pintu bilik dibuka dari luar.

Qaleesya cepat mengesat air mata yang laju mengalir di pipi.

" Nah. In case kalau awak cakap sesuatu. Tulis je kat sini" Qaleesya mengambil huluran pen dan sketch book.

" Terima kasih" perkataan itu terdengar samar-samar keluar dari mulut Qaleesya

Nazmi tersenyum nipis sebelum keluar dari wad itu.

Only a MonthWhere stories live. Discover now