" Papa, pergilah kawin baru" ucap Thaqeef.
Nazmi tersengih.
" Kenapa?" Tanya Nazmi.
" Bosanlah asyik tengok muka mama je" sambung Thaqeef.
" Ahahahahaha-"
Farisya mencubit pinggang suaminya. Nakal!
" Thaqeef nak bagi papa kahwin dengan siapa?" Tanya Farisya pula.
" Kahwin dengan cikgu Lisa-"
" Mama tak nak bancuh susu dah dekat Thaqeef. Padan muka. Nanti berak suruh cikgu Lisa tu basuh. Mama taknak ambil tahu pasal Thaqeef dah!" Merajuk si mama.
" Eleh, dekat tadika cikgu Lisa yang basuh berak Thaqeef! Mama tak datang basuh pun!"
" Eii budak ni! Takkan mama nak datang tadika awak semata-mata nak basuh tahi awak?"
" Ehh sudah-sudah. Taknak bergaduh" ucap Nazmi.
***
" U boleh terima I ke?" Tanya Maya.
" Insyaallah Maya" jawab Amar.
" Even I tak sempurna macam gadis lain?"
" I know your past story Maya. I akan sedaya upaya untuk terima U. Jangan risau"
" Tapi Amar-"
" Shush, I taknak dengar U tolak lamaran I lagi. Dah masuk 8 kali U tolak. Please, ni masa yang sesuai untuk kita kahwin. Umur kita bukan makin bertambah. Tapi berkurang" kata Amar.
***
" Umar hodoh! Hodoh" kata rakan sekelasnya.
Umar hanya menundukkan diri. Selalu sangat dia dengar rakan-rakanya mengejek.
" Abang, janganlah sedih. Abang hensem jugak macam Thaqeef" pujuk si Thaqeef.
Umar buat tak endah. Dia meninggalkan Thaqeef yang terpinga-pinga di kawasan tadika.
" Tunggu!"
***" Umar, tak baik buat Thaqeef macam tu. Dia adik awak tau"
" Tapi cikgu, saya sedih. Orang cakap saya hodoh. Saya bukan minta jadi hodoh pun" ucap Umar. Tangan kecilnya menggengam sisi baju.
" Awak comel lah Umar! Jangan dengar cakap dorang, dorang tu yang tak comel!" Cikgu Lisa memicit pipi anak muridnya.
Pin pin!
" Tu, papa awak dah sampai" kata cikgu Lisa
" Papa!" Jerit si kembar serentak.
***
Si kembar berlari ke muka pintu setelah melihat si ibu yang tercinta.
" Mama! Thaqeef rindu" Thaqeef mengangkat lengannya meminta didukung.
" Anak mama rindu mama ye?" Farisya mencium pipi anak bongsunya berkali-kali.
Umar mematah balik pergi ke papanya.
Tangan kecilnya memegang tangan kekar Nazmi.
" Why?" Tanya Nazmi perlahan.
" Jom masuk" Umar menarik papanya untuk masuk ke dalam rumah. Nazmi hanya mengikut.
***
"Sayang, Anak-anak papa! Turunlah! Makanan dah siap!" Jerit Nazmi.
Harini giliran Nazmi untuk masak makan malam.
YOU ARE READING
Only a Month
ActionQaleesya diperlakukan seperti seorang hamba kerana ketidaksempurnaan dan pemikiran tidak bertamadun oleh sang suami, Nazmi Hatiff. Keperitan hidupnya selama berperang dengan perlakuan suami dan perasaan sendiri adakah akan ada sinar pelangi yang bak...