15

1.7K 111 36
                                    

Day 20

" Boleh tak kita pergi berkelah? Saya teringin nak berkelah"

" Kau cacat macam ni nak pergi berkelah? Malu lah aku" angkuh Nazmi.

" Please, ni je. Lepastu saya tak minta apa-apa dah"

" Esok lah. Tengahari ni aku kena pergi Serdang. Malam baru balik. Nanti aku suruh grab food hantar makanan. Kau jangan naik atas pula. Sedar sikit diri tu cacat"

Qaleesya mengangguk. Lali dengan ayat yang sama.

                                 ***

" Kenapa sejak dua menjak ni rezeki aku sempit eh?" Tanya Nazmi kepada rakannya.

" Seriously? Muka kau pun dah tak bercahaya dah. Macam muka orang jahat dho" kata rakan Nazmi sambil tergelak kecil.

" Serius lah bro? Muka aku tak bercahaya, tak handsome?"

" Handsome tu still ada lagi. Tapi aku pun tak tahu nak cakap macam mana" tambah rakannya lagi.

" Esok jom main judi. Kau dah lama tak main kan? Muka handsome macam kau memang banyak Ong esok!"

                               ***

Day 21

Nazmi membentangkan tikar di atas rumput hijau di taman rekreasi.

Qaleesya pula sedang menuju ke tempat berkelah sambil mengontrol kerusi roda elektrik.

Nasi lemak dan bihun goreng yang dibeli ditepi jalan dipegangnya kemas.

Nazmi menuju semula ke kereta mengambil bakul berisi botol air mineral, coklat dan cawan. Tak lupa buah-buahan. Nazmi sangat menitikberatkan soal sarapan pagi.

" Nyam sedapnya! Dah lama tak berkelah macam ni! Dapat hirup udara segar. Tengok sekeliling. Waw" kata Qaleesya didalam hati.

Sejak suapan pertama hingga habis, bibir Qaleesya tak henti mengoyakkan senyuman.

" Kau pehal ah? Macam jakun je" tanya Nazmi kerana tidak senang dengan ekspresi wajah Qaleesya.

" Saya gembira. Saya dapat keluar"

" Eleh, nanti aku kurung kau balik-" terhenti percakapan Nazmi kerana terganggu dengan bunyi deringan telefon bimbit dari poket seluarnya.

" Okay okay. Aku datang sekarang"

Titt

" Kau balik lah dengan siapa-siapa pun. Aku nak pergi kerja" kata Nazmi sambil sibuk membelek skrin telefon.

" Saya nak balik dengan siapa?"

" Hish. Sini kau" peha Qaleesya yang berlapik seluar palazo dicubit kuat.

" Kau pergi jelah dengan sesiapa pun. Bukannya orang nak rogol kau pun. Tak bernafsu dorang tengok kau cacat macam ni" kata Nazmi tajam.

Pedih hati Qaleesya mendengarnya.

Takpelah. Nanti mesti ada ' bidadara syurga' yang mahukannya.

  
                                ***

Akhirnya Qaleesya pulang hanya dengan menaiki kerusi roda elektrik. Nasib elektrik, kalau biasa?

Jarak taman rekreasi dan rumah Nazmi ialah 800 meter.

Nasib dekat sahaja.

Badannya sudah berpeluh. Dia mahu mandi.

Only a MonthWhere stories live. Discover now