Nazmi pov
Hari jumaat, hari yang penuh berkah aku telah menjadi suami sah kepada Nur Farisya Irdina.
Ya, dari dulu aku sangat menanti-nantikan hari bahagia ini sampaikan aku tidak sengaja melakukan perkara buruk.
Cinta itu buta.
Aku yakin, Nur Farisya Irdina adalah isteri dunia akhirat aku.
Nur Qaleesya pula hadiah dari Allah untuk aku.
Hadiah yang mengajarkan aku kesabaran, menahan ego dan berlemah-lembut.
Allah hadirkan Qaleesya untuk aku supaya aku bersedia untuk menjadi suami yang selayaknya.
Sebelum aku menyetujui perkahwinan ini, aku sudah mendapat petanda bahawa Qaleesya bukanlah jodoh aku.
Hampir setiap malam Qaleesya akan memasuki alam mimpi aku.
Dia bersama seorang lelaki yang memakai jubah putih. Wajah lelaki itu sangat kacak.
Mungkin nanti Qaleesya akan berkahwin bersama bidadara syurga?
Sekarang, aku bahagia.
Terima kasih Qaleesya, kerana hadir dalam hidup saya dan ajarkan saya erti perkahwinan yang sebenarnya.
Maafkan saya Qaleesya, disaat hari terakhir awak di dunia, awak patut gembira. Tetapi hadirnya saya di hari-hari terakhir awak, awak disiksa. Maaf.
YOU ARE READING
Only a Month
ActionQaleesya diperlakukan seperti seorang hamba kerana ketidaksempurnaan dan pemikiran tidak bertamadun oleh sang suami, Nazmi Hatiff. Keperitan hidupnya selama berperang dengan perlakuan suami dan perasaan sendiri adakah akan ada sinar pelangi yang bak...