19

1.8K 104 21
                                    


Rumah Nazmi Hatiff dipenuhi dengan orang ramai. Beberapa buah kereta polis juga turut ada.

Kematian Qaleesya amat mengejutkan para jiran di taman perumahan itu.

Seingat mereka, mereka tidak pernah melihat Qaleesya dikawasan situ. Pelbagai fikiran buruk sudah dibayangkan.

" Encik Nazmi Hatiff, anda ditahan kerana membunuh"

Wajah Nazmi pucat memandang pegawai polis dihadapannya.

Tangan Nazmi digari. Tanpa banyak melawan, dia mengikut polis memasuki kereta polis.

***

" Adik cik ditemui maut akibat pendarahan pada otak, mengalami kerosakan buah pinggang, dihentak dan ditendang dengan kuat termasuk kulit kepalanya terkoyak akibat ditarik. Terdapat juga kesan lecur yang bergaris-garis dalam. Keseluruhan tubuhnya turut lebam akibat sentiasa didera"

" Allah. Bila tempoh yang disahkan adik saya takde?" Tanya Farisya kepada petugas forensik.

" Sekitar 6 jam yang lepas. Kehilangan darah yang banyak juga faktor adik cik pergi menghadap Ilahi"

" Allah"

" Takpelah cik. Cik boleh balik dulu. Van jenazah kami sudah uruskan. Cik bolehlah sediakan kain batik untuk jenazah dirumah nanti"

" Oo- okay baik"

" Hello ibu, adik dah takde"

***

" Assalamualaikum, saya nak bagi tahu kepada makcik semua yang adik saya Qaleesya sudah berkahwin dengan suaminya iaitu nazmi.

Dorang berkahwin sebulan lepas dan buat majlis hanya keluarga yang dijemput. Saya harap makcik semua faham" ucap Farisya lantang.

Farisya melangkah masuk ke dalam bilik Qaleesya. Dia memerhati sekeliling bilik itu.

Bilik yang penuh dengan kesedihan.

Ya, dia dapat merasai aura kesedihan itu.

Dia melihat ke arah lukisan yang dilukis Qaleesya tempoh hari. Sebuah lukisan yang mempunyai maksud tersirat.

Dia membuka pula pintu almari pakaian Qaleesya.

Kain yang berada didalam plastik Jakel dibeleknya.

" Eh? Kain kafan?"

" Farisya? Jumpa tak kain batik?" Tanya seorang makcik.

" Tak. Tapi ni jumpalah" kata Farisya sambil menunjukkan kain kafan itu.

" Eh? Farisya beli?"

" Bukan. Kain ni ada dalam almari ni"

" Kalau macam tu, tengok ukuran dia berapa. Kalau past, boleh guna yang ni sebab kain kafan yang order tadi tak sampai lagi" kata makcik itu lagi

" Okay okay"

Farisya mengambil kain kafan itu berhati-hati.

" Cukup ni untuk adik kamu"

Tiba-tiba Farisya terlihat secebis kertas didalam plastik Jakel itu.

" Kalau Qaleesya pergi, gunalah kain kafan ni. Ni kain kafan yang Qaleesya beli sendiri guna duit tabung. Dah lama Qaleesya teringin nak beli. Bye"

" Adik, hiks"

" Sudahlah jangan menangis, tak elok meratapi kematian jenazah"

" Makcik! Ni kain batik dah ada!" Jerit seorang budak remaja yang mungkin jiran sebelah Nazmi.

" Ha! Bagi dekat tok Su dekat tandas!"

" Okay!"

***

" Mana anak aku! Mana dia!" Jerit puan Hajar iaitu ibu kepada Qaleesya dan Farisya.

Farisya berlari keluar. Dia segera memeluk ibunya.

Sekarang dia tiada adiknya, hanya ibu yang akan menjadi tempat dia melepas rindu nanti.

" Ibu, adik dah takde"

" Bohong! Tepi"

Puan Hajar pergi ke tandas. Dia hanya keras di pintu tandas.

" Anak aku"

Puan Hajar menolak kerusi rodanya. Sampai di hadapan Qaleesya, dia mencium wajah anaknya.

" Maafkan ibu, ibu jahat sebab tak jaga kamu. Maafkan ibu sebab pisahkan kamu dan kakak kamu hiks"

Only a MonthWhere stories live. Discover now