5 tahun kemudian
" Mama, Abang Umar wush ambil color kita wush, wush" ucap si kecil Thaqeef.
" Thaqeef, apa cakap macam tu? Tak elok lah" tegur Farisya.
" Thaqeef tak buat apa pun. Mulut ni yang buat. Tampar mulut satgi!" Thaqeef menampar mulutnya sendiri.
" Ya Allah, Thaqeef! Mama tak ajar buat macam tu kan?!" Farisya tidak marah, tetapi geram.
" Uwaaaa! Mama arohh! Mama arohh" Umar sudah Menangis. Dia sangkakan ibunya memarahi dirinya, disebabkan itu dia menangis.
Umar berlari ke arah Nazmi yang sedang duduk di kerusi makan.
" Papa, sob sob" kata Umar
Jika Umar cakap sob sob, itu bermakna Umar mahu dipujuk.
" Siapa marah Umar ni? Meh nak marah sikit" saja Nazmi melayan karenah Umar.
" Mama.." sayu sahaja suara Umar.
Nazmi mendukung Umar dan mereka pergi ke tempat Farisya diruang tamu.
Dia duduk diatas sofa. Umar diletakkan diatas ribanya.
" Sayang, kenapa marah ni?" Tanya Nazmi secara lembut.
" Saya tak marahkan Umar ataupun Thaqeef. Cuma saya geram dengan Thaqeef, dia asyik buat benda pelik. Sedih saya tengok dia. Macam orang sakit je" jelas Farisya.
"Thaqeef, janganlah buat macam tu lagi. Tak takut ke kalau nanti mama marah awak betul-betul?" Tanya Nazmi.
" Sumpah, Thaqeef tak buat pun semua tu. Kenapa tak percaya thaqeef?" Bibir Thaqeef sudah sebek mahu menangis.
Dengan pantas, Nazmi mendukung dan memeluk erat tubuh anak bongsunya.
Anak bongsunya ini akan mencederakan diri sendiri ketika nangis. Entah dari genetik siapalah ni.
" Semua tak percaya thaqeef" akhirnya Thaqeef menampar sisi kepalanya.
" Ya Allah, Thaqeef. Janganlah macam ni. Abang jom pergi klinik. Makin teruk dah Thaqeef ni"
" Sayang, biarlah. Budak kecil biasalah macam ni. Just relax" pujuk Nazmi.
" No abang! Naluri hati saya mengatakan Thaqeef ada benda yang tak kena. Abang kena percayakan saya. Saya ibu dorang, saya ada naluri seorang ibu" rayu Farisya.
" Okaylah, awak siap-siap. Abang nak mandikan dorang"
***
" Adik Thaqeef?" Panggil doktor.
" Saya. Saya Thaqeef kacak" budak kecil itu bersuara.
" Adik tak boleh tahu benda ni. Bila adik dah besar, baru adik boleh tahu" kata doktor
" Tahu ape? Rahsia ke" tanya Umar pula.
" Iya, hanya mama dan papa adik sahaja yang boleh tahu sekarang" terang doktor lagi.
Nazmi dan Farisya sudah memandang sesama sendiri. Penyakit Thaqeef teruk sangat ke?
***
Umar dan Thaqeef sudah bermain di papan gelongsor yang berada di kaunter klinik.
Didalam bilik pemeriksaaan kesihatan itu hanya ada Nazmi, Farisya dan seorang doktor wanita.
" Thaqeef di diagnosis tourette syndrome" kata doktor.
Nazmi sudah meraup muka.
Farisya hanya menunduk. Dia sudah agak. Pernah 2 bulan lepas dia google tentang masalah yang dihadapi Thaqeef, perkataan yang pertama kali dilihat ialah tourette syndrome.
" Tapi nasib baiklah awak membawa Thaqeef ke sini dengan lebih awal dan kemungkinan besar yang tourette syndrome tu akan beransur pulih. Tourette yang ada pada Thaqeef tidak kekal"
Pasangan suami isteri itu memandangkan doktor itu secara serentak.
" Betul ni doktor?!" Farisya teruja.
" Iya" doktor itu tersenyum.
Farisya dan Nazmi berpelukan dengan perasaan gembira.
" Eh eo a?-" doktor
Tamat
YOU ARE READING
Only a Month
ActionQaleesya diperlakukan seperti seorang hamba kerana ketidaksempurnaan dan pemikiran tidak bertamadun oleh sang suami, Nazmi Hatiff. Keperitan hidupnya selama berperang dengan perlakuan suami dan perasaan sendiri adakah akan ada sinar pelangi yang bak...