Baru 2 hari menjadi isteri kepada Nazmi, dirinya sudah menjadi seperti hamba yang dihukum.
Nazmi yang sedang membaca buku di ruang bacaan sengaja menguatkan suara speaker.
Dia memerli Qaleesya yang tidak boleh mengeluarkan suara walau sedikit pun.
Qaleesya pula sedang melukis. Meluahkan segala perasaan yang terpendam.
Sakit hatinya dengan perangai Nazmi.
Dalam lukisan ini lah apa yang dia rasakan.
Setelah mengeringkan lukisan tersebut, dia menyimpannya di bawah katil.
Bilik Qaleesya hanya ada katil, almari, tandas dan tempat menyangkut sejadah.
Memang taklah Nazmi mahu memberi Qaleesya bilik yang bagus.
***
Malam menjelma.
Qaleesya tidak diberi makan. Bahkan Nazmi mengunci Qaleesya dari luar pintu bilik.
Kalau Qaleesya haus, dia akan membuka pili paip sinki tandas dan terus meminumnya.
***
Day 5
Nazmi membuka pintu bilik Qaleesya. Qaleesya yang sedang tidur meringkuk itu dipandang.
" Qaleesya, Qaleesya" panggil Nazmi lemah longlai.
" Kesian kau. Penat ya puasa? Kesian. Tak berbuka lagi lah ni?" Ucap Nazmi dan dia terus membaling seketul roti Gardenia berperisa jagung diatas muka Qaleesya.
Nazmi melihat kesan lecur di bahagian tangan Qaleesya. Teruk juga.
Maklumlah, Nazmi membiarkan tangan Qaleesya terkena jirusan air panas selama 5 minit.
Tubuh badan Qaleesya juga kelihatan sedikit susut.
Tapi apa Nazmi kesah?
***
Qaleesya mengucapkan syukur apabila selesai makan roti jagung itu.
Dia hanya makan setengah sahaja. Lagi setengah dia simpan untuk esok. Takut esok Nazmi akan mengurungnya lagi.
Qaleesya turun dari katil dan cuba memulas tombol pintu.
Tidak berkunci.
Dia nampak kelibat Nazmi yang sedang duduk di atas sofa sambil melihat rancangan Netflix.
Dia pergi di hadapan Nazmi.
" Nak apa kau?" Tanya Nazmi dingin
" Saya nak jalan jalan dekat belakang rumah" tangan Qaleesya bergerak-gerak membuat bahasa isyarat
" Ha pergilah. Jangan lari pulak"
Qaleesya segera membuka langkah ke pintu belakang rumah Nazmi.
Dia menahan senyum.
"Baiknya suami saya hari ini"
Wahh rumput hijau yang segar dia pijak.
Udara segar dihirup.
Ada tanaman pokok bunga ros dipagar besi rumah tersebut.
Qaleesya berguling-guling di atas rumput hijau.
Nazmi yang sedang mengintai Qaleesya berguling-guling itu tersenyum.
Dan terpancar senyuman sinis khas dari Nazmi Hatiff.
***
Nazmi memerhati Qaleesya yang sedang duduk rehat di dalam gazebo.
" Qaleesya, aku ada surprise untuk kau"
Qaleesya memanjangkan lehernya. Terkejut dengan ucapan Nazmi.
Surprise?
" Kau nak hadiah tak?" Tanya Nazmi.
Qaleesya mengangguk teruja.
Mestilah nak. Siapa yang tak nak hadiah.
" Nah kain. Ikat dekat mata kau"
Qaleesya menuruti permintaan Nazmi. Dia mengetatkan ikatan kain.
1, 2 ,3
Qaleesya ditendang dari belakang.
Jatuh gadis itu di atas rumput. Air mata ditahan.
Kaki Nazmi mula memijak kepala Qaleesya.
Nazmi mengambil tali rafia dan mengikat tangan Qaleesya.
Dia menyepak perut kempis Qaleesya berkali-kali.
Terdengar bunyi sekat-sekat dari Qaleesya.
Nazmi Hatiff seorang suami yang dayus!
Nazmi pergi ke bahagian hos paip dibahagian belakang rumah.
Dia membuka pili paip dan dia membawa getah paip ke hadapan Qaleesya.
Nazmi menyumbat masuk getah paip ke dalam mulut Qaleesya.
Tersedak-sedak Qaleesya dibuatnya.
Air mata dah sebati dengan air paip.
Hina sungguh dirinya sekarang.
Tak lupa, Nazmi memasukkan air dari getah paip ke dalam hidung Qaleesya.
Hanya pedih yang dapat Qaleesya rasakan.
Dan akhir sekali,
Nazmi membuka ikatan tali pinggangnya. Tali pinggang itu dilibas di bahagian badan Qaleesya.
Berbirat-birat badan Qaleesya. Ada yang calar dan berdarah.
Qaleesya pengsan disitu.
" Hey, tak larat dah ke?" Tanya Nazmi.
Tiada balasan dari Qaleesya
YOU ARE READING
Only a Month
ActionQaleesya diperlakukan seperti seorang hamba kerana ketidaksempurnaan dan pemikiran tidak bertamadun oleh sang suami, Nazmi Hatiff. Keperitan hidupnya selama berperang dengan perlakuan suami dan perasaan sendiri adakah akan ada sinar pelangi yang bak...