بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
________________________
ITALIAN CITY, MARCH 2008
Suara kanak-kanak perempuan yang sedang ketawa menghiasi mansion yang besar dan mewah itu manakala ada seorang budak lelaki yang berdiri di hadapan kanak-kanak perempuan itu dengan muka yang kemerahan. Kulitnya yang putih melepak itu membuatkan ianya kelihatan sangat jelas apabila pipinya bertukar kemerahan.
"Arcane."
Dia memanggil nama budak lelaki itu dengan senyuman yang lebar manakala Arcane langsung tidak mengangkat wajahnya kerana malu. Telinganya juga sudah berubah warna dan itu buatkan kanak-kanak perempuan tadi makin girang.
Arcane mahu larikan diri. Dia mahu menyorok. Dia... Dia tak mahu berada di tempat asing ini tetapi, pilihan apa yang dia ada? Dia diarahkan untuk datang ke sini dan, dia langsung tidak boleh mengingkari arahan berkenaan.
"Look at me. I swear, I love your eyes! Those beautiful puppy green eyes are so dreamy!"
Kanak-kanak berambut hitam yang bermata hazel itu tersenyum manis sambil cuba mengintai wajah Arcane yang dari tadi sedang tunduk memandang lantai kerana malu. Dia cuba menyentuh dagu budak lelaki itu untuk memastikan kanak-kanak itu memandang wajahnya tapi satu suara dari belakang membuatkan dia berhenti bergerak dan menoleh ke belakang.
"Maysa Dareena. I told you not to tease him. He's all red now."
Mikael yang muncul entah dari mana mencelah sambil berjalan menghampiri mereka. Dia berjalan dengan langkah macho dengan kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar kiri dan kanan.
Maysa mencebik apabila lihat abang dia sedang berjalan menuju ke arahnya.
Mikael Darien berumur 15 tahun dan lelaki itu adalah abang yang paling Maysa suka. Maysa suka Mikael kerana dia seorang yang lembut dalam berbicara dan sentiasa sokong Maysa dalam apa jua yang dia lakukan. Maysa ada 3 orang abang termasuk Mikael dan Maysa adalah anak bongsu dari 4 beradik.
"Maysa, you can't marry him because we're not going to allow that." Deanz Maximilian, yang merupakan the oldest twin and the second born turut mencelah sambil berjalan bersebelahan dengan Deanz Matthias the third child.
Maximillian dan Matthias merupakan pasangan kembar seiras.
Perkara yang membezakan mereka berdua ialah, warna mata mereka. Maximilian bermata biru, ikut bapaknya manakala Matthias bermata Hazel, ikut mamanya. Personaliti mereka berdua juga sangat berbeza jadi senanglah nak bezakan mereka. Mereka berdua berumur 13 tahun.
"I don't care what you say. I still want to marry Luca. I will marry him when I grow up!" Maysa menjawab dengan muka selamba.
Langsung tidak hiraukan Arcane yang wajahnya sudah bertukar kemerahan macam buah tomato di hadapannya.
Arcane memandang wajah Maysa sekilas sebelum kembali merenung lantai dengan perasaan malu. Dia malu kerana Maysa langsung tidak segan apabila bercakap atau menyentuhnya walaupun ini kali pertama mereka bertemu.
"Do you think he would want to marry a stubborn child like you?" Kali ini Matthias mencelah sambil menjegilkan mata ke arah Maysa.
"Why not? I'm pretty. I'm rich. I have everything. He has no reason to refuse me." Maysa membalas dengan yakin.
Dia langsung tidak teragak-agak untuk membalas sebegitu memandangkan dia tahu dia seorang yang cantik. Dia yakin dengan dirinya jadi kenapa dia perlu tahan diri dari puji diri sendiri?
YOU ARE READING
Arcane Devil From Heaven
Любовные романы"If my love for you is a crime, then I shall be a criminal for the rest of my life."-ARCANE DE'LUCA Arcane masuk ke dalam keluarga Maysa setelah kehilangan dua orang tuanya. Bagi Arcane, Maysa adalah alasan untuk dia tersenyum, dan satu-satunya caha...