BAB 11

1.6K 167 21
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

"INI kali pertama kau terima jemputan dan hadir ke parti yang dianjurkan seseorang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"INI kali pertama kau terima jemputan dan hadir ke parti yang dianjurkan seseorang. Kalau orang lain dapat tahu pasal benda ni, masalah mungkin akan muncul." Amir menyuarakan pendapatnya.

"I see no problem with that. Our life has always in danger since the moment we become The Delca. Let's not be afraid because of that silly thought." Czar mencelah dengan tangan diseluk ke dalam poket seluar.

"I never said I was afraid." Tidak puas hati apabila dia rasa seperti diejek.

Tapi Czar cuma angkat bahu dan buat tidak tahu.

Langkah diatur dan mereka masuk ke dalam kelab malam itu. Kelab malam yang sentiasa menjadi tumpuan ramai. Tempat yang dipanggil syurga dunia ini sebenarnya hanyalah tempat untuk mereka yang taksub dengan dunia supaya terus bermaksiat. Tempat di mana maksiat dijalankan secara berleluasa dan tidak terkawal.

Tetapi, kelab malam ini lebih dikenali sebagai information guild kerana di sinilah semua orang yang merupakan ahli-ahli dalam organisasi mafia tidak kira besar atau kecil berkumpul. Mereka mencari maklumat di sini kerana polis sentiasa tertipu dengan penampilan mereka. Mereka menyamar menjadi orang awam dan dengan mudahnya mereka semua terlepas.

Maklumat akan dibeli dan dijual di sini.

Makin berpengaruh seseorang itu, makin mahal harganya. Maklumat tentang Arcane? Oh, maklumat dia ialah maklumat paling mahal untuk dimiliki. Maklumat tentang dia ada di sini, tetapi tiada siapa yang tahu sejauh mana kesahihan maklumat berkenaan.

Disebabkan itu, tiada siapa yang berani nak cuba beli maklumat berkaitan Arcane. Kerana maklumatnya mahal dan tiada siapa yang tahu sama ada maklumat tersebut boleh diguna pakai atau tidak. Entah boleh dipercayai atau tidak. Jadi, dari rugi berjutaan ringgit, lebih baik jangan dibeli dari awal.

Dan Santiago ialah pengurus tempat ini.

Arcane tidak pernah datang ke tempat sebegini walaupun dia selalu menerima jemputan daripada mereka semua. Tapi kali ini, dia nak kan kelainan. Dia rasa ada sesuatu akan terjadi yang sekaligus membuatkan dia pilih untuk datang ke tempat begini. Bukan itu saja alasan kenapa dia pilih untuk datang. Dia datang kerana ingin membeli maklumat.

Hati rasa tidak tenang.

Entah kenapa hati asyik memaksa dia keluar dari tempat itu. Kenapa?

Kenapa dia rasa macam ni?

Walaupun begitu, dia tetap tidak boleh berganjak.

"Aku rasa nak tidur." Czar menguap.

Czar, Theron dan Elion tiada agama.

Arcane Devil From HeavenWhere stories live. Discover now