BAB 12

1.6K 186 6
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

RHEA duduk di sebelah Rehan sebelum dia melepaskan satu keluhan yang agak panjang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RHEA duduk di sebelah Rehan sebelum dia melepaskan satu keluhan yang agak panjang. Rehan hanya menghirup kopi panasnya tanpa menghiraukan Rhea yang nampak kusut. Rhea tengah serabut. Serabut sebab Maysa pulang ke Itali tanpa pengetahuannya. Dia marah.

Dia sakit hati.

"Tak nak minum ke?" Soal Rehan.

Dengan dia pun ikut stress sebab muka Rhea yang dari tadi mencuka. Setiap kali orang lalu, mesti Rhea akan dipandang. Yelah, muka cantik tapi masam je dari tadi. Macam bini mati laki. Eh bukan. Macam bini yang suaminya kawen dua.

"Kau tak marah ke Rehan?" Soalan Rehan tidak dijawab.

Wajah Rehan ditenung.

"Nak marah tentang apa?"

"Kau tak marah ke yang Maysa balik ke Itali tanpa bagitahu kita berdua?"

Rehan mengeluh.

"Kalau aku marah pun, Maysa boleh muncul dekat sini ke? Dia tu dah duduk dekat itali sana. Nak marah buat apa lagi? Benda dah jadi."

Rehan tetap tenang.

Rhea pula makin sakit hati dengan jawapan Rehan yang macam langsung tidak kisah.

"Aku tak suka! Abang dia patut bagitahu kita. Dia patut bagitahu! Maklumkan pada kita. Kita kawan dia kan? Kenapa dia nak rahsiakan? Ini tidak! Mereka bertiga tak cakap apa-apa!"

Dia hanya menggeleng kepala mendengar bebelan Rhea.

Dia bukan tak tahu, Rhea ada hati dengan Maysa. Dia tahu Rhea perempuan, dia tahu Maysa perempuan, tapi mata Rhea setiap kali dia pandang Maysa dah cukup jelas untuk bagitahu dia yang Rhea sukakan Maysa. Gila? Ya gila. Tapi apa yang boleh dia buat? Rhea tak jujur dengan dia.

"Yang kau marah sangat ni kenapa? Kau ni dah macam suami hilang bini. Dia bukannya kena culik. Dia cuma balik ke itali. Tempat dia dilahirkan. Jadi, yang kau nak kecoh sangat kenapa?" Soal Rehan tanpa perasaan.

Rhea diam.

Soalan itu bagaikan peluru berpandu yang menusuk masuk terus ke jantung. Dia kaku. Dia memandang Rehan yang sedang merenung wajahnya. Dia membuka mulut ingin mengatakan sesuatu tetapi tiada perkataan yang keluar.

"Aku tahu..."

"Apa?"

"Aku tahu kau sukakan Maysa."

Kali ini wajah Rhea nampak macam dia tercekik buah durian. Rehan tahu? Kenapa? Tak, macam mana? Dia tidak bagitahu apa-apa pada Rehan. Dia hanya bagitahu Maysa. Mustahil untuk Maysa bagitahu Rehan dalam masa yang singkat.

Jadi, macam mana?

"Hahaha. A-Apa yang kau merepek ni?"

Dia berpura-pura ketawa untuk menutup rasa gugupnya tapi wajah Rehan tidak berubah. Itu membuatkan Rhea lebih panik. Dia tidak tahu bahawa dia akan rasa macam ni kalau orang luar tahu tentang perasaan songsangnya.

Arcane Devil From HeavenWhere stories live. Discover now