BAB 3

1.9K 188 16
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ONE WEEK BEFORE

Mariam mengukir senyuman sinis. Wajah lelaki tua di hadapannya ditenung tanpa rasa gentar. Takut? Untuk apa? Dia tidak takutkan apa-apa melainkan Allah SWT. Jadi, walaupun lelaki tua ini sedang mengacukan pistol di dahinya, dia masih lagi tenang.

Langsung tidak gelabah.

Si suami yang sedang duduk di sebelah Mariam hanya menayangkan wajah tegang. Tangan sasa itu turut mengacukan sebuah pistol di dahi lelaki tua itu. Anak buah mereka yang berdiri di belakang sofa turut melakukan hal yang sama apabila si tua itu menghalakan senjata itu ke arah isteri tuan mereka, Lucius Codrus atau nama Islamnya, Muhammad Ibrahim.

Mariam duduk dengan wajah yang tenang sambil menyilangkan tangannya ketika Angelo menghalakan revolver ke dahinya, manakala suaminya, Lucius, turut menghalakan pistolnya ke arah Angelo. Namun, di tengah ketegangan yang berlangsung itu, Mariam hanya diam di situ, menunjukkan bahawa dia tidak takut dengan lelaki tua itu, kerana dia sudah sangat fasih akan permainan yang dimainkan ini.

"I didn't expect a red carpet reception, Angelo," Balas Mariam sambil tersenyum mengejek. Kata-kata yang keluar dari mulutnya hanyalah ejekan semata-mata. Red carpet? Of course no. It's a gun instead. "But I see you're in a welcoming mood today."

Angelo menayangkan muka jengkel apabila dia dapat rasakan ejekan di sebalik senyuman manis itu.

"You're arrogant even now, Lady Mariam. But I must thank you for accepting my invitation."

Angelo tidak sukakan pasangan di hadapannya ini.

Lucius merupakan bekas ketua mafia kumpulan Cardinal Cobra di Chicago yang terletak di United State of America manakala Mariam, seorang bekas pembunuh upahan yang pernah dicari satu masa dahulu. Mereka berdua, bukan orang biasa. Dahulunya mereka pernah menjadi musuh tapi, permusuhan itu ditamatkan apabila Angelo pernah diselamatkan oleh pasangan itu.

Jadi, mahu tidak mahu, dia terpaksa akui bahawa pasangan itu telah menjadi sebab kenapa dia masih bernyawa dan dia tidak mahu meneruskan permusuhan yang berlaku walaupun hati masih lagi membenci.

Mariam angkat bahu apabila Angelo membalas sebegitu.

"I'm not arrogant. I'm simply being myself," Kata Mariam sambil tersenyum sinis. Jelas sekali dia sedang menikmati masa dan kuasa yang dipegangnya ke atas Angelo. "Honestly, it's quite intriguing that you would invite us here. So, what is it that you want, old man? Do you need our help with something?"

Arcane Devil From HeavenWhere stories live. Discover now