BAB 14

1.6K 176 14
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

RED membaca maklumat yang disediakan oleh Santiago dengan teliti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RED membaca maklumat yang disediakan oleh Santiago dengan teliti. Sebaik sahaja dia menerima panggilan daripada Santiago, dia terus bergegas untuk berjumpa dengan lelaki itu. Sekarang, dia duduk di atas kerusi sambil mengamati maklumat yang diberikan kepadanya. Santiago juga tidak pergi ke mana-mana dan hanya menunggu Red meneliti maklumat berkenaan.

NAME: CASSIA ATHENA
DATE OF BIRTH: 4 MARCH 1999
CITIZEN: ITALY
LANGUAGES: ITALY, ENGLISH, MALAY
MARTIAL STATUS: SINGLE
LISTED AS: THE LEADER OF BLACK ROSE
CODE NAME: RONDIA
FILED NO: CP3OP67
BLOOD TYPE: B-
HAIR COLOR: BLONDE
EYE COLOR: BROWN
HEIGHT: 160 CM
BODY TYPE: 47 KG

"Dia dipilih sebagai ketua sebab dia berjaya bunuh the former leader of Black Rose."

Red menganggukkan kepala tanda faham akan apa yang Santiago katakan. Dia ada dengar berkenaan konflik dalaman yang telah berlaku dalam kumpulan Black Rose sebelum diwar-warkan kepada dunia gelap bahawa ketua lama Black Rose sudah mati dan ada orang baru yang ambil tempat tersebut.

Dia tidak pernah cuba ambil tahu memandangkan kumpulan itu tiada kaitan dengan dia. Tetapi, dia diserang beberapa hari yang lalu jadi dia perlu siasat perkara ini dan, dia tidak boleh lagi memejamkan mata. Kalau perempuan tu dah mulakan langkah, dia juga tidak akan duduk diam dan tunggu untuk diserang.

"So... She kill the leader? She must be quite skilled then. But the real question is, why is this person targeting me? I'm sure I don't know her."

Red mengerutkan dahinya.

Dia tidak kisah kalau perempuan tu jadi ketua kumpulan Black Rose yang baru dan dia tidak kisah siapa pun yang perempuan itu bunuh because it's not her problem. Tetapi, dia masih juga tidak faham kenapa gadis itu menyerangnya waktu dia berada di Malaysia beberapa minggu yang lalu. Dia tidak kenal siapa gadis ini secara personal. Bertemu pun tidak pernah jadi kenapa gadis itu nak serang dia sesuka hati?

Waktu dia tengah kusut memikirkan segala kemungkinan dia memandang Santiago yang elok sahaja duduk sambil menyilangkan kaki. Dia juga nampak sangat tenang sewaktu sedang menghisap rokok.

Hanya senyuman nipis terukir di bibir lelaki itu.

"Maklumat yang aku akan bagi pada kau ni agak mahal. Are you sure you want to know?"

"You know money is never the problem between us. You give me the information I need and I give you money no matter how much you ask as long as it worth the information I just got."

Arcane Devil From HeavenWhere stories live. Discover now