BAB 17

107 8 0
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

___________________

AKU DUDUK di atas tikar yang dihamparkan di atas tanah berhadapan dengan tasik yang berada agak tersorok di dalam hutan itu. Tempat inilah yang muncul dalam mimpi ku sejak 3 hari yang lalu. Sebenarnya, sudah lama aku tidak menjejakkan kaki ke tempat ini dan peliknya, tempat ini masih cantik dan sangat terjaga.

Kali terakhir aku datang kesini ialah sebelum aku tinggalkan bumi itali 11 tahun yang lalu dan waktu itu, aku datang bersama Arcane. Kami menghabiskan masa berdua di situ. Ianya pengalaman yang berharga bagi ku. Mustahil untuk aku lupa tentang hal berkenaan.

Seketika kemudian aku mengeluh. Aku memandang sekeliling dengan pandangan yang tajam. Selepas yakin tiada siapa di situ, aku memetik jari dan Lennox muncul bersama dengan Asher.

"Bos."

"Kau ada dapat apa-apa berita tentang Cassia atau tidak?" Aku menyoal dengan nada yang mendatar apabila mereka berdua muncul dj depan ku.

Asher merenung wajahku dengan dahi berkerut.

"Kenapa bos bercakap? It would be bad if someone were to hear your voice."

Aku sengih tak bersalah apabila Asher menyuarakan pendapatnya. "Come on Ash. There's only the three of us here."

Bukannya ada sesiapa di dalam hutan ini dan kalau ada pun, aku pasti sudah merasakan kelibat seseorang di situ tetapi tidak. Hanya mereka bertiga yang ada di sini. Jadi tak akan ada sesiapa yang dengar suara aku.

Ye.

Aku boleh bercakap.

Tiga tahun selepas hari aku kemalangan, aku telah menjalani pembedahan dan aku boleh bercakap seperti biasa. Tetapi, aku sengaja menipu semua orang tentang keadaan aku. Aku tipu semua orang dengan mengatakan aku tidak boleh bercakap.

Ketiga-tiga abangku juga tidak tahu yang aku boleh bercakap. Thing would be even more realistic if your own family don't even know the truth. Bukan niat aku nak menipu atau mempermainkan mereka. Aku ada banyak misi untuk dilakukan. Dan, kekurangan itu sebenarnya ada bawa kelebihan untuk aku.

"Suka hati bos lah dan, tak... Aku tidak kesan apa-apa pergerakan yang dibuat oleh perempuan tu." Tenang sahaja Asher melaporkan.

"That's weird."

"Sebenarnya, ada kemungkinan besar yang perempuan tu tahu yang bos dah tahu mereka yang serang bos waktu di Malaysia."

"Kalau dia tahu yang aku dapat tahu pasal benda tu, that's mean she have a strong source of information too."

Aku rasa sakit kepala bila fikir mengenai perempuan itu.

Cassia Athena.

Adik Arcane De'Luca.

Semua ni mungkin tidak akan jadi sesukar ini if only dia bukan adik Arcane. Kalau ikutkan hati aku, aku nak hantar orang aku untuk serang kumpulan tu tetapi, aku tak sampai hati. Cassia adik Arcane dan, Cassia pernah jadi kawan baik Rhea.

"Bos rasa, Santiago ke yang beri maklumat pasal kau pada dia?" Lennox mencelah.

"Benda tu tidak mustahil. Kalau aku boleh dapat maklumat tentang Cassia dari dia, Cassia pun mungkin akan dapat maklumat tentang aku dari dia. Of course, with a crazy high price."

Aku tahu Santiago tidak akan jual maklumat berkenaan aku pada orang lain dengan harga yang murah. My information is too valuable after all. Aku berbaring di atas tikar sambil merenung langit yang membiru.

Arcane Devil From HeavenWhere stories live. Discover now