BAB 4

1.6K 172 13
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

SUDAH setahun berlalu sejak kali pertama dia dibawa masuk ke dalam rumah agam gah milik Lucius Codrus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUDAH setahun berlalu sejak kali pertama dia dibawa masuk ke dalam rumah agam gah milik Lucius Codrus. Kini Arcane berumur 13 tahun manakala Maysa berumur 10 tahun. Mikael, Maximillian dan Matthias pula berada jauh di Malaysia. Jadi Maysa rapat sangat Arcane.

Maysa kini sedang menjeling tajam ke arahnya. Nampak macam tak puas hati pun ada.

"May? Kenapa? Awak marah dengan saya ke?" Soalnya.

Selepas setahun berada di bawah jagaan Mariam dan Lucius, dia akhirnya petah berbahasa melayu. Kenapa dia bersungguh-sungguh belajar bahasa melayu? Kerana Maysa orang Melayu.

Dia suka Maysa.

Dia nak jadi kawan Maysa.

Jadi dia belajar bahasa Melayu supaya dapat berbicara dengan Maysa sebagaimana Maysa berbicara dengan ibu bapanya. Dia seronok bila dia berjaya berkomunikasi dengan semua orang di dalam rumah agam itu. Walaupun mereka tinggal di bumi itali, pekerja di rumah agam ini, semuanya fasih berbahasa melayu.

Setahunya, syarat yang dikenakan untuk rakyat Itali yang ingin bekerja di rumahnya ialah, mereka perlu tahu cara bertutur dan menulis dalam bahasa melayu. Jika tidak, mereka tidak akan diterima. Oleh itu, mereka yang sanggup akan belajar bahasa melayu dan diterima bekerja di dalam rumah agam itu sebagai pembantu rumah.

"Kenapa awak makin tinggi?" Maysa membalas soalan Arcane dengan mengajukan soalan.

Wajahnya jelas menunjukkan yang dia tidak puas hati. Tahun lepas, lelaki itu hanya setinggi paras bahunya sahaja. Sekarang kenapa lelaki ini tinggi dari dia? Rasa tercabar pula.

"Oh? Awak tak nak saya tinggi dari awak ke?" Arcane menyoal. Muka cemberut Maysa dipandang tanpa rasa bersalah. Apa dia boleh buat kalau dia makin tinggi? Bukan ke perempuan suka lelaki tinggi? "Saya boleh melutut setiap kali kita jumpa kalau awak tak suka saya tinggi dari awak." Seloroh Arcane.

Makin cemberut pula wajah Maysa dibuatnya. Dia baru je nak feeling jadi tinggi memandangkan tiga orang abangnya itu memang dah serupa galah sampai dia selalu digelar pendek.

Tak suka!

Dia bukan tidak suka orang yang tinggi dari dia, tapi, dia sebenarnya nak juga jadi tinggi dari orang lain. Dia tak suka bila digelar pendek. Dia masih geram bila teringatkan 3 orang abangnya yang memanggilnya pendek. Sakit hati dibuatnya. Mereka bertiga mesti dah setinggi tiang lampu sekarang.

"Awak ingat awak kesatria ke nak melutut depan saya bagai. I'm not a queen so there's no reason for you to kneel in front of me just because I don't like the fact that you're taller than me. Now, stand up."

Arcane Devil From HeavenWhere stories live. Discover now