BAB 8

1.6K 176 6
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jaga diri elok-elok, princess."

Maysa mengangguk mendengar pesanan dari Maximillian.

Sudah berapa kali Max asyik ulang ayat yang sama. Mungkin terlampau risaukan dirinya. Dia tidak tahu kenapa dia perlu pulang ke Itali. Dia sudah cuba menolak dan memberi alasan kenapa dia tidak mahu ke sana tetapi Mikael berkeras. Mikael tetap tidak mahu dengar apa sahaja alasan yang dia berikan.

"Baby. Take care of yourself. If anything happen to you, call me immediately. I'll come to you as fast as possible." Matthias mencelah sebelum dia memeluk adik kesayangannya itu dengan pelukan yang erat.

Dah macam tak nak lepaskan. Paksa orang tinggalkan Malaysia tapi bila orang nak pergi, sayang pula nak lepas.

Mengada.

Lennox dan Asher hanya memandang mereka adik-beradik. Mereka berdua turut akan pergi ke itali memandangkan bos mereka akan pulang ke sana. Takkanlah mereka nak duduk di sini.

"Kenapa nak Maysa balik Itali? What about my boutique here? I don't want to leave yet. I'm not ready to let people know about this."

Kadang-kadang dia rasa rasa malu dengan diri sendiri sebab dia bisu. Dia tidak boleh bercakap. Kalau dia balik ke Itali, macam mana dia nak berkomunikasi dengan mereka? Mama dan papa tidak tahu yang dia bisu. Mama dan papa tak tahu bahasa isyarat.

Kalau dulu lain. Lain dia ada kebolehan bertutur. Dia cantik dan boleh bercakap tetapi sekarang dia bisu. Itu satu-satunya kekurangan yang sukar untuk dia terima. Malu sangat.

"Princess. Don't you know that you're perfect just the way you are?" Mikael menyoal sambil pipi adiknya itu.

Dia paksa Maysa pergi bukan sebab dia tidak sayang. Tapi sebab dia sayanglah dia minta Maysa ke sana. Lagipun, sampai bila Maysa nak rahsiakan perkara ni dari parents dia sendiri? Dan yang lebih penting, dari Arcane?

Walaupun Maysa tak beritahu sesiapa, Mikael tahu dia rindukan Arcane. Macam mana dia tahu? Loket yang tergantung di lehernya yang tersorok di sebalik tudung yang dipakai itu sudah cukup untuk memberitahu Mikael bahawa adiknya itu rindu. Yelah. Loket tu merupakan hadiah perpisahan antara mereka berdua. Dan, Mikael tahu Arcane pun masih simpan loket berkenaan.

"Betul tu. Baby. You tak perlu rasa rendah diri. You cantik. You kaya. You independent. You're smart and kind. Jadi, jangan pernah rasa diri tu banyak kekurangan. Baby you're perfect." Kali ini Matthias yang bersuara sambil mengusap kepalanya yang berlapik tudung itu.

Maysa rasa jiwanya sesak.

Kasih sayang yang dia terima dari tiga orang abangnya itu buatkan dia lemas. Bukan lemas sebab sakit hati atau menyampah, jauh sekali geli. Dia lemas dalam lautan kasih sayang tu tapi dia suka. Dia suka bila di sekelilingnya penuh dengan kasih abang-abangnya. Rasa nak nangis.

Arcane Devil From HeavenWhere stories live. Discover now