BAB 6

1.8K 181 19
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

15 TAHUN KEMUDIAN

Arcane melangkah masuk ke dalam perut kereta sambil diikuti oleh Czar Ivalo yang kadang-kadang berhenti melangkah kerana sibuk melayan peminat. Terlambai sana, terlambai sini. Tangan pun tak berhenti memberi servis dengan menandatangan buku serta koleksi yang dibuat oleh para peminatnya.

Dia yang tengok ni pun meluat. Lelaki itu masuk ke dalam perut kereta. Cermin kereta diturunkan dan dia melambaikan tangan ke arah peminat dengan senyuman yang lebar.

Arcane langsung tidak hiraukan perbuatan Czar. Dia membuka tiga butang teratas baju kemeja hitamnya, mendedahkan dada bidang miliknya. Dia membetulkan rambut hitamnya yang sedikit serabai dengan mengurai menggunakan jemari runcingnya sebelum memulakan pemanduan.

"Mulai esok, kau pergi kerja naik kereta sendiri." Senada sahaja suara Arcane sebaik sahaja Czar melangkah masuk ke dalam Lamborghini Aventador hitam milik Arcane.

Dia dah malas. Setiap kali nak balik, Czar mesti lambat sebab asyik layan peminat. Dia penat. Dia tahu, Czar pernah jadi seorang model tetapi dia meluat setiap kali mereka dikerumuni ramai orang kerana lelaki itu.

"Alah! Kenapa pulak?" Riak wajah Czar sudah berubah.

Dia paling malas nak bawa kereta.

Dia bukan tiada lesen. Dia cuma malas. Dia lebih suka orang lain bawa. Dia suka jadi penumpang tak berbayar! Sebab itu Arcane jadi mangsa memandangkan yang lain tidak mahu layan dia. Bila dia nak pergi kerja bersama Amir, dari awal lagi lelaki itu menolak.

Sudah masak sangat dengan perangai tak bertamadun Czar.

"Sebab kau lembap. Siput babi pun tak lambat macam kau." Pedas Arcane menyembur.

Dia tengah sakit hati.

"Auch! Your words is too harsh. It's hurt!" Czar buat drama sambil memegang dadanya dengan muka berkerut. Kononnya tengah sakit sebab ayat Arcane yang tidak bertapis. "Tapi itu bukan salah aku bro. Mereka duk minta tandatangan dari aku. Aku ni kan baik hati. Takkanlah nak abaikan." Czar membela diri.

Tahu sangat Arcane tidak suka akan hakikat bahawa Czar itu sentiasa dikerumuni oleh kaum hawa. Playboy? Of course no. Dia cuma layan peminat sahaja. Arcane tu lainlah. Langsung tak kisah pasal semua perempuan tu semua.

"Itu bukan urusan aku. Kalau kau nak layan diorang, kau pergi kerja sendiri. Tak payah nak menyusahkan hidup aku terpaksa tunggu kau layan mereka." Balas Arcane senada.

Czar berdecit perlahan.

Waktu Czar kenal Arcane dulu, dia ingat lelaki ini gay sebab dia langsung tidak dekat dengan mana-mana perempuan. Setiap kali ada perempuan datang nak goda dia atau sentuh dia, mereka semua akan mendapat nasib yang tidak diingini. Dimalukan dan diherdik. Czar dah seram sejuk sebab ingatkan Arcane ni sukakan lelaki.

Arcane Devil From HeavenWhere stories live. Discover now