BAB 7

1.7K 184 10
                                    

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

MAYSA melemparkan pandangan pada air pantai yang membiru itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MAYSA melemparkan pandangan pada air pantai yang membiru itu. Bunyi angin bersama deruan ombak membuatkan dia tersenyum manis. Sungguh indah ciptaan Allah. Sesekali dia merenung Rehan yang sedang bermain bersama Naisya.

"May. Kau kahwin dengan aku jelah."

Rhea yang duduk di sebelah Maysa tiba-tiba sahaja ajak dia kahwin. Bagai nak terkeluar bebola mata Maysa sebab terkejut punya pasal. Dia tidak pernah dilamar sebelum ini. Ini kali pertama. Paling gila ialah, dia dilamar oleh PEREMPUAN.

Lahhh, ghisau.

"Kau dah kenapa? Otak rosak ke?" Maysa menggerakkan tangan dengan wajah jengkel.

Takut dibuatnya.

Rhea ni kadang-kadang boleh jadi tomboy, kadang-kadang boleh jadi feminine macam perempuan melayu terakhir. Bila side tomboy dah keluar, semua perempuan boleh cair sebab handsome sangat. Tapi kalau feminine side yang keluar, semua lelaki mesti akan terkejar-kejarkan dia.

Yelah.

Cantik.

Seksi.

Siapa yang tak nak?

Lagi-lagi lelaki tua kaya yang cuma nakkan keseronokan. Lagilah mereka semua suka perempuan yang cantik dan seksi macam Rhea. Jadi lelaki pun hensem. Jadi pompuan pun cantik. Dua dalam satu.

"Betul lah... Kau bisu. Tak ada orang nak kau. Jadi kau jadi milik aku jelah. Biar aku jaga kau. Sampai bila kau nak stay dengan abang-abang kau kan?" Soalnya tanpa tapisan.

Maysa mengetap bibir.

Mahu sahaja ditebas kepala Rhea ni sampai putus. Memanglah dia bisu tapi tak perlulah cakap hingga macam tu sekali. Terasa hati kecilnya. Walaupun kekurangannya itu merupakan benda yang nyata dan hakikat yang tidak dapat diubah, dia tetap tidak suka dengan cara Rhea yang memanggilnya bisu.

Dia rasa malu.

Malu dengan kekurangan itu.

Namun, kata-kata yang meniti keluar di bibir Rhea diabaikan. Jangan ikut emosi. Everything will be okay. Calm down.

"Aku bukan lesbian. Aku tak perlukan lelaki untuk jaga aku dan yang paling penting, aku tak perlukan perempuan untuk jaga aku. Aku boleh jaga diri sendiri."

Bukan angkuh tapi kenyataan.

Dia tak perlukan lelaki untuk lindungi dirinya. Abang dia tu lain ceritalah. Mereka bertiga memang terlampau protective walaupun sudah dijelaskan yang dia tak perlukan semua tu. Dia bukannya budak kecik. Dia dah besar. Dan dia ialah anak Lucius Codrus dan Mariam Delilah.

Arcane Devil From HeavenWhere stories live. Discover now